Ahad, 5 Jun 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tunang batal nikah melalui SMS

Posted:

Tunang batal nikah melalui SMS

Tunang batal nikah melalui SMS

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


AIZAT merenung barang-barang hantaran untuk majlis pernikahan yang dibatalkan oleh tunangnya melalui SMS di Kangar semalam.


KANGAR - Impian seorang jurujual kereta di sini untuk berkahwin dengan gadis pilihannya berkecai selepas tunangnya itu membatalkan majlis pernikahan mereka melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lebih melukakan hati lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, 37, kiriman SMS oleh gadis tersebut dibuat kira-kira 11 jam sebelum majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah masjid di Simpang Empat di sini pukul 10 pagi semalam.

Ekoran terkejut dan terkilan dengan keputusan pasangannya itu, Aizat tidak dapat tidur semalaman dan akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini semalam.

"Saya buat laporan ekoran rasa ditipu dan teraniaya oleh tindakan tunang saya dan keluarga perempuan yang membatalkan majlis akad nikah secara tiba-tiba.

"Saya sepatutnya bernikah dan bersanding hari ini (semalam) di rumah pengantin perempuan, namun impian saya musnah tiba-tiba," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Aizat, pasangannya yang dikenali sebagai Amira, 20, membatalkan pernikahan mereka atas alasan abang gadis itu yang merupakan wali perempuan berubah fikiran pada saat-saat akhir.

"Dalam SMS itu, Amira kata dia tidak boleh meneruskan perkahwinan kerana abangnya yang patut menjadi wali perkahwinan marah kerana saya pernah menuduh keluarga Amira sebagai zalim," ujarnya.

Menurut Aizat, sebelum itu dia ada terlepas cakap perkataan zalim itu ekoran tertekan dengan keluarga tunangnya itu yang berkeras mahu wang hantaran sebanyak RM8,860 diserahkan sebelum majlis pernikahan diadakan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fara Fauzana dilamar Astro

Posted:

Fara Fauzana dilamar Astro

Fara Fauzana dilamar Astro

Oleh MALIAH SURIP dan FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Deejay Fara Fauzana kini berada dalam dilema sama ada mahu terus setia bersama stesen radio Hot.FM atau berhijrah ke stesen televisyen Astro selepas dikhabarkan menerima tawaran kontrak mencecah RM1 juta.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd. Fadzil, 31, yang kini berkhidmat di stesen radio Hot.FM mengaku menerima lamaran daripada pihak Astro untuk berhijrah ke stesen televisyen berbayar tersebut.

Bagaimanapun, Fara sewaktu dihubungi Kosmo! berkata, dia sedikit terkejut apabila mendengar dakwaan bakal menerima kontrak bernilai RM1 juta sekiranya bersetuju berhijrah ke Astro.

"Ya betul, memang saya mendapat tawaran tersebut daripada pihak Astro tetapi sehingga hari ini, saya masih belum membuat sebarang keputusan. Jika saya sudah membuat keputusan, saya pasti akan mengumumkannya kelak," kata Fara.

Menjawab tentang habuan RM1 juta yang ditawarkan pula, Fara hanya berkata: "Tak adalah."

Apabila ditanya tentang kemungkinan dia meninggalkan stesen radio Hot.FM yang telah menjadi 'rumahnya' selama lebih lima tahun dan pulang ke 'rumah lamanya' di Astro, Fara hanya menjawab: "Tiada komen."

Deejay itu juga mengulangi bahawa dia masih tidak membuat sebarang keputusan terhadap kontrak yang ditawarkan kepadanya itu.

Fara turut menafikan dakwaan dia kini memandu kereta mewah jenis BMW X6 sebaliknya menyatakan: "Saya masih memandu kereta lama saya jenis Honda. Kalau ada duit banyak, saya pun teringin juga nak pandu BMW X6."

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada niat terselindung

Posted:

Tiada niat terselindung

Tiada niat terselindung

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


MUHYIDDIN (tiga dari kanan) beramah mesra dengan penduduk ketika membuat lawatan ke Kampung Baru semalam.


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tiada niat terselindung dalam usaha untuk membangunkan Kampung Baru.

Jelas beliau, hasrat membangunkan hartanah paling berharga di ibu negara seluas 122.9 hektar itu adalah untuk dinikmati oleh semua pemilik tanah di situ.

"Tidak ada niat tertentu yang terselindung kecuali untuk pastikan khazanah negara yang bernilai ini dapat dibangunkan setimpal dengan perkembangan di sekelilingnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Pindah, Kampung Baru dan perjumpaan dengan penduduk di flat Jalan Tun Razak, Kampung Baru di sini semalam.

Pada majlis itu juga Muhyiddin mengarahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyelesaikan masalah tanah mendap di situ dan meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk kerja pemulihan tanah.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM450,000 untuk mengecat semula flat Jalan Tun Razak sebelum Hari Raya Aidilfitri Ogos depan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved