Kosmo Online - Negara |
- Patah tulang dirempuh kuda
- Mahkamah tangguh keputusan lupus anjing Pit Bull
- Daftar kes TTPM melalui SMS
Posted: Patah tulang dirempuh kudaOleh NOOR HASLIZA NUSI ARINA Kirana yang patah tulang selangka dibawa ke Hospital Pulau Pinang semalam. GEORGE TOWN – Kegembiraan empat sekeluarga menikmati percutian di pantai Batu Feringghi dekat sini menjadi mimpi ngeri apabila seorang kanak-kanak cedera parah dirempuh seekor kuda yang ditunggangi lelaki tempatan semalam. Ketika kejadian pada pukul 10.45 pagi itu, mangsa Arina Kirana Azrin, 5, sedang bermain pasir di pantai bersama kakaknya, Athirah Balqis, 12, di hadapan Hotel Parkroyal yang didiami keluarga mereka di sini. Tanpa disedari, mangsa tiba-tiba dirempuh seekor kuda yang ditunggangi seorang lelaki menyebabkan kanak-kanak itu melambung dan berpusing beberapa kali sebelum dia terjatuh tidak jauh dari lokasi tempat dia bermain. Akibat kejadian itu, mangsa yang datang dari Putrajaya pada Isnin lalu mengalami patah tulang selangka kiri dan terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP). Semasa kejadian, didakwa tiada seorang pengusaha atau penjaga kegiatan pantai mengawal kuda yang dinaiki lelaki tempatan itu. Selepas kejadian itu, penunggang kuda terbabit menghilangkan diri. Bagaimanapun, dikatakan terdapat dua anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berada di lokasi kejadian namun tiada bantuan diberikan kepada mangsa mahupun tindakan diambil ke atas penunggang kuda terbabit. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Mahkamah tangguh keputusan lupus anjing Pit Bull Posted: Mahkamah tangguh keputusan lupus anjing Pit BullGEORGE TOWN - Nyawa empat ekor anjing jenis Pit Bull milik Joseph Teoh Boon Aun, 42, dan isterinya, Teoh Bee Eng, 56, masih panjang apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam membenarkan permohonan pasangan itu menggantung keputusan melupuskan anjing peliharaan itu sehingga perbicaraan penuh didengar pada 5 Julai depan. Hakim Yaacob Md. Sam membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan dalam prosiding yang dikemukakan peguam Jerald Gomez yang mewakili pasangan suami isteri itu. Yaacob berkata, perbicaraan penuh itu diadakan bagi mengetahui sama ada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai hak dan kuasa mengikut undang-undang untuk menghapuskan anjing tersebut seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau pada 4 April lalu. "Ia juga bagi memastikan sama ada cara MPPP menarik balik lesen yang telah diberikan kepada pemilik anjing tersebut telah dibuat secara sah dan betul seperti garis panduan ditetapkan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Daftar kes TTPM melalui SMSISMAIL Sabri mengakses portal 1MPB pada pelancarannya di PWTC, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Pengguna yang berasa tertipu dan ingin mendapatkan ganti rugi terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan kini boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi membuat aduan dan pendaftaran kes masing-masing di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan tersebut bertujuan menarik lebih ramai golongan muda dan pengguna di luar bandar mengemukakan tuntutan. "Kaedah alternatif ini diharap dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna di luar bandar kerana banyak kes yang melibatkan mereka. "Saya harap lepas ini lebih banyak pengguna yang rasa diri tertipu akibat pembelian barangan, perkhidmatan boleh membuat aduan untuk mengambil tindakan undang-undang melalui TTPM,'' katanya selepas melancarkan portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) di sini semalam. Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi TTPM, Pretam Singh. Ismail Sabri berkata, SMS yang dihantar tidak dikira sebagai pemfailan kes kerana ia hanya sebagai pendaftaran. Sebaliknya pengguna perlu memfailkan tuntutan mereka di cawangan TTPM atau di laman web http://ttpm.kpdnkk.gov.my. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan