Kosmo Online - Dunia |
- Straus-Kahn diejek di mahkamah
- Adik Ryan Giggs berpisah dengan isteri curang
- Jet Britain serang ibu pejabat agensi perisikan Libya
Straus-Kahn diejek di mahkamah Posted: Straus-Kahn diejek di mahkamahSEKUMPULAN penunjuk perasaan berhimpun di luar Mahkamah Tinggi New York ketika menunggu ketibaan Dominique Strauss-Kahn semalam. NEW YORK - Ketibaan bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, 62, disambut dengan cemuhan apabila dia dicemuh hampir 100 wanita yang berpakaian seperti pembantu rumah di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini semalam. Laungan penunjuk perasaan yang kuat itu boleh didengari sehingga tingkat ke-13 bangunan tersebut semasa Straus-Kahn tiba untuk menghadapi perbicaraan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja hotel di sini pada bulan lalu. Strauss-Kahn yang keluar dari kenderaan utiliti sukan kelihatan memakai kot biru gelap dan bertali leher sebelum memasuki mahkamah dengan ditemani isterinya, Anne Sinclair yang tersenyum sambil memegang erat lengan suaminya. Penunjuk perasaan itu merupakan anggota Kesatuan Pekerja Hotel New York turut membawa sepanduk yang tertera ayat: 'Kecederaan terhadap salah seorang daripada kami juga akan menyebabkan kecederaan kepada semua pekerja.' Strauss-Kahn membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan melakukan serangan seksual tersebut semalam di kamar mahkamah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh seorang kerani mahkamah. "Tidak bersalah," kata bekas ketua IMF itu kepada kerani mahkamah itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan. Seorang peguam bela Strauss-Kahn, Benjamin Brafman kemudian memberitahu pemberita: "Apabila wujud bukti, ia jelas menunjukkan tiada sebarang paksaan." Perbicaraan seterusnya yang dikendalikan oleh Hakim Michael Obus di Mahkamah Tinggi New York akan berlangsung pada 18 Julai ini. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Adik Ryan Giggs berpisah dengan isteri curang Posted: Adik Ryan Giggs berpisah dengan isteri curang
LONDON - Adik bintang kelab bola sepak Manchester United, Ryan Giggs berpisah dengan isterinya, Natasha yang telah dikahwininya selama lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Perpisahan itu berlaku selepas timbul laporan bahawa Natasha mempunyai hubungan sulit dengan abangnya itu. Akhbar News of the World kelmarin melaporkan Giggs meniduri Natasha yang merupakan isteri adiknya, Rhodri semasa hubungan sulit berlangsung selama lapan tahun. Natasha dikatakan mempunyai hubungan dengan Giggs sebelum dia mengahwini Rhodri. Giggs tetap menjalin hubungan sulit itu walaupun dia sudah berkahwin dengan Stacey dan mempunyai dua anak. Rhodri yang berusia 34 tahun dilihat sangat sedih dan tidak lagi memakai cincin perkahwinannya semalam. Satu sumber memberitahu: "Dia sangat sedih dan tidak percaya bagaimana dia boleh dimalukan isteri dan abangnya itu. "Walaupun Rhodri ada mengesyaki sesuatu yang tidak kena di antara Natasha dan Ryan, tetapi dia tidak sangka ia sampai ke tahap itu." Hubungan sulit itu terbongkar selepas skandal Giggs dengan model terkenal, Imogen Thomas turut didedahkan media pada bulan lalu. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Jet Britain serang ibu pejabat agensi perisikan Libya Posted: Jet Britain serang ibu pejabat agensi perisikan LibyaTRIPOLI - Serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyasarkan ibu pejabat agensi perisikan tentera Libya semalam, kata seorang pegawai tentera Britain, Mejar Jeneral Nick Pope di London. Menurutnya, jet-jet Tentera Diraja Britain yang menyertai serangan NATO itu melakukan serangan pada awal semalam. Seorang pegawai di Kementerian Penerangan Libya di sini menyatakan, jet-jet pejuang NATO turut melakukan serangan ke atas pejabat penyiaran kelmarin. Kerosakan turut dilihat oleh seorang wartawan agensi berita AFP di bangunan Parlimen Libya selepas serangan berkenaan. Pergolakan di Libya berlaku sejak 15 Februari lalu selepas para penunjuk perasaan menuntut lebih banyak kebebasan hak asasi dan pengunduran Muammar Gaddafi sebagai pemimpin yang sudah memerintah sejak 1969. Pihak NATO kemudian campur tangan dengan melancarkan serangan bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di negara tersebut selepas mendapat mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan