Sabtu, 11 Jun 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Anang, Ashanty mabuk cinta

Posted:

Anang, Ashanty mabuk cinta

Anang, Ashanty mabuk cinta



ASHANTY SIDDIK kini adalah satu figura hiburan yang cukup hangat di Indonesia. Dia sudah mendiami industri hiburan di republik tersebut sejak tahun 2009 dan mempunyai sebuah album solo berjudul Ashanty.

Namun pada waktu itu, diri wanita berusia 27 tahun ini tidak mendapat liputan meluas seperti hari ini.

Hari ini, berita tentang Ashanty tidak pernah ketinggalan daripada menjadi sorotan media Indonesia. Semuanya gara-gara kisah percintaan dia dengan Anang Hermansyah, 42.

Dia mengaku, jika bukan kerana Anang, dirinya pasti tidak terkenal. "Itu adalah hal yang tidak boleh saya bohongi. Memang saya terkenal kerana Anang," katanya.

Namun apabila mula menjadi terkenal, anak bongsu dari lima beradik ini sukar untuk beradaptasi dengan suasana baru ini. Paling ditakutinya, kalau dia dijangkiti sindrom perasan superstar. Dan lagi, setiap hari diekori media adalah hal asing baginya.

"Mama paling tidak suka, dia tidak suka gosip. Saya sendiri juga kurang selesa apabila diekori dan saban hari berita tentang saya tersiar.

"Tetapi lama-kelamaan, saya dan mama mula membiasakan diri. Jujurnya, saya okey menjadi perhatian, namun saya tidak mahu dijangkiti sindrom superstar," luah Ashanty jujur.

Ada sebab mengapa ibunya tidak gemar anak bongsu daripada lima beradik itu menjadi perhatian umum. Ini kerana dia lahir dalam keluarga bijak pandai.

Arwah bapanya, wakil diplomat Indonesia, paling menentang pilihan dia menjadi penyanyi. Adik-beradik yang lain juga menjadi sebahagian pekerja kolar putih, hanya dia seorang sahaja yang memecah tembok itu untuk memenuhi impiannya menjadi penyanyi.

"Famili menentang saya menyanyi. Mereka kata saya harus melakukan pekerjaan yang serius. Namun saya tetap memilih bidang ini.

"Itu pun selepas saya menjadi lulusan dalam Perhubungan Antarabangsa di Universitas Paramadina dan ayah juga sudah terlalu tua sewaktu saya mula menyanyi sebelum setahun kemudian dia meninggal dan tidak sempat melihat kejayaan saya hari ini dalam bidang yang saya pilih," jelasnya panjang lebar.

Kini bersama Anang yang bukan sahaja rakan duet, malah kekasihnya, Ashanty meraih sukses yang tidak sedikit. Kolaborasi yang baru terjalin sejak Oktober tahun lalu menerusi album yang baru memasuki pasaran pada 14 Mac lalu, Jodohku, begitu mendapat perhatian, setinggi perhatian yang diberi terhadap kisah asmara mereka berdua.


ANANG dan Ashanty kini sedang melewati fasa manis bercinta.


Ditanya tentang cinta yang tersimpul antara mereka berdua, Ashanty memberitahu ia baru berusia dua bulan dan masih terlalu awal untuk memberi persetujuan terhadap lamaran Anang untuk menikahinya.

Mengaku seorang yang begitu realistik dalam bercinta, kata Ashanty dia masih memerlukan waktu, paling lama setahun untuk mengenal baik buruk hubungan mereka.

"Saya pernah berpacaran selama empat tahun sebelum ini dan yakin bahawa kekasih saya itu adalah orang yang akan saya nikahi, tetapi ternyata tidak.

"Jujurnya, untuk percintaan saya dengan Anang, saya sendiri masih belum yakin. Usia percintaan kami baru dua bulan, semuanya masih manis.

"Saya memerlukan masa lagi untuk mengenal perhubungan ini. Sementelah ini adalah hubungan pertama saya dengan lelaki yang jarak usianya 14 tahun. Kemudian, Anang sudah punya dua anak dan saya takut tidak mampu untuk menjadi yang terbaik buat mereka.

"Oleh kerana saya kini adalah seorang pencinta yang realistik berbanding dulu, justeru saat dia melamar untuk menikahi saya, saya tidak boleh terus setuju. Biar perjalanan ini mengalir dulu. Jangan paksa perasaan kita," kata Ashanty yang memberitahu Anang cukup manja dan seperti anak kecil apabila mereka mula bercinta.

Lasak

Mempunyai sepasang mata bundar, rambut ikal, pinggan bak kerengga dan pendek kata sempurna sebagai seorang wanita lawa, Ashanty memberitahu, penampilan yang dibawanya pada hari ini adalah satu transformasi yang sukar buatnya.

Ini kerana dia pada awalnya adalah seorang wanita yang lasak, tidak suka berhias dan hanya mengenal jeans serta t-shirt.

Namun sebaik menjadi pasangan duet Anang, imej lasaknya harus dikikis. Dia perlu menjadi wanita dengan penampilan serba-serbi rapi dan tampil lebih feminin.

Katanya: "Dulu, saya jenis wanita yang hanya akan memakai jeans dan t-shirt. Saya juga tidak bersolek.

"Tetapi kini, semua berubah. Kata Anang, saya kepunyaan publik. Jadi perlu selalu tampil cantik. Pada awalnya, memang susah transformasi ini, tapi kini saya mula menyukainya."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertaruhan Mari Menari 2

Posted:

Pertaruhan Mari Menari 2

Pertaruhan Mari Menari 2

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


SEPULUH pasangan memulakan cabaran dalam Mari Menari 2 bermula 17 Jun ini.


PROGRAM realiti tarian Mari Menari merupakan antara rancangan realiti mencungkil bakat pasangan dalam bidang seni tari yang telah mendapat sambutan hangat orang ramai.

Setelah menyaksikan pasangan Raziff dan Alia muncul juara pada edisi sulung, kini rancangan tersebut kembali menemui penonton untuk musim yang kedua.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, kejayaan rancangan Mari Menari sebelum ini jelas membuktikan bahawa seni tari merupakan satu cabang seni yang mendapat perhatian orang ramai.

"Peserta yang bersaing hanyalah terdiri daripada orang biasa, namun mereka masih mampu untuk menghasilkan rentak tari yang mengagumkan menerusi latihan dan kesungguhan yang tinggi.

"Jadi untuk musim terbaru, saya merasakan tiada masalah besar buat peserta kerana rata-rata mereka tentunya sudah faham dengan selok-belok dengan rancangan ini," ujarnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Menurut Azlin, persaingan pada kali ini menampilkan sepuluh pasangan yang akan merebut gelaran juara Mari Menari 2. Selain setiap peserta dilatih oleh jurureka tari profesional, mereka turut dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Belalang dan Ray.

Antara peserta yang diletakkan dalam kumpulan Belalang seperti pasangan Nita, Mizi, Wan, Razman dan Faiz serta diketuai oleh seorang kapten jurureka tari iaitu Mohd Zulfarqar Awaluddin.

Kumpulan Ray pula akan diketuai oleh Ray Redzuan Awang dan disertai oleh lima lagi peserta yang terdiri daripada pasangan Nora, Ummi, Bibi, Azlin dan Sarah.

"Tugas kedua-dua ketua jurureka tari ini bukan sekadar memberikan tunjuk ajar, galakan motivasi dan membuat pemilihan lagu, malah mereka ini akan menjadi sumber inspirasi kepada setiap pasangan.

Lebih menarik lagi, saingan pada kali ini juga menampilkan empat pasangan suami isteri dan tiga pasangan adik dan kakak, manakala terdapat juga pasangan ibu dan anak, bapa dan anak serta abang dan adik.

Sementara itu, persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50 peratus juri dan 50 peratus lagi adalah menerusi undian daripada para penonton.

Malah, persaingan kali ini turut membuat pembaharuan terutamanya dengan memperkenalkan pelakon Vanida Imran dan Harith Iskandar sebagai juri profesional di samping terus mengekalkan khidmat Joseph Gonzalez.

Rancangan realiti Mari Menari akan memulakan siaran pertama untuk episod pengenalan pada 17 Jun ini dan diikuti siaran langsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu bermula pada 18 Jun.

Sama seperti musim lalu, rancangan tersebut juga masih lagi mengekalkan Awal Ashaari dan Lisa Surihani sebagai pengacara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Liyana jadi perokok

Posted:

Liyana jadi perokok

Liyana jadi perokok

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com


DARI kiri: Pengarah Aron Koh, Liyana Jasmay dan Iz.


BERTEMU dengan pelakon kecil molek, Liyana Jasmay, kami dikejutkan dengan pengakuan beraninya menghisap rokok.

Ternyata pelakon berusia 23 tahun itu mempunyai niat untuk merokok tetapi malangnya gagal kerana apabila menghisap rokok dia terbatuk-batuk dan susah untuk bercakap.

"Saya memang cuba untuk menelan asap rokok yang dihisap tetapi gagal. Bila saya hisap sahaja saya akan terbatuk-batuk dan sukar untuk melontarkan dialog," kata Liyana jujur kepada media.

Pastinya bagi peminat-peminat pelakon utama filem Khurafat itu terkejut dengan pengakuan berani Liyana itu. Namun, Liyana hanya merokok bagi menjayakan wataknya di dalam filem pendek berjudul Cinta Akhir arahan Aron Koh.

Filem berdurasi 10 minit itu turut menampilkan lakonan Pierre Andre dan juga penyanyi One In A Million (OIM), Iz Suliani.

Namun, belum lagi ia ditayangkan untuk tatapan orang ramai, filem pendek itu sudah mendapat kritikan hebat.

Ia dikatakan tidak memberikan kesan langsung kepada perokok-perokok malah jalan ceritanya juga tergantung.

Saat diajukan perkara tersebut kepada pengarahnya, Aron, dia mengaku sengaja membiarkan penamat filem itu tergantung. Dia mahu membuatkan penonton berfikir dan membuat andaian sendiri mengenai kesudahan yang terjadi kepada Lisa lakonan Liyana.

"Sasaran kami menghasilkan filem Cinta Akhir adalah untuk golongan belia. Kempen ini sekadar untuk menyedarkan belia kepada bahayanya rokok bukan bertujuan untuk mendidik," katanya ketika ditemui selepas majlis pratonton di Golden Screen Cinema (GSC), Pusat Beli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

Aron yang juga pernah mengarahkan filem cereka Seed of Darkness dan beberapa klip video termasuk untuk kumpulan Pop Shuvit bertajuk Marabahaya memberitahu, filem pendek yang mendapat sokongan daripada Dana Belia 1Malaysia dan juga Kementerian Belia dan Sukan itu juga dibuat khas sempena Kempen Anti Merokok (ASAP).

Bercerita mengenai Cinta Akhir, ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama Lisa yang merupakan seorang penjual rokok di kelab malam. Lisa juga merupakan seorang perokok tegar. Dia bertemu dengan seorang lelaki pelajar yang merendah diri bernama Bob lakonan Pierre Andre.

Sementara itu, bagi Iz pemilihannya berlakon sebagai penyanyi kelab di mana tempat Lisa menjual rokok merupakan peluang buat dirinya melangkah lebih jauh di dalam bidang lakonan.

Iz yang juga merupakan Duta ASAP itu juga turut menyumbangkan lagu Cinta Akhir untuk filem pendek itu.

"Ini merupakan percubaan pertama Iz menceburkan diri dalam bidang lakonan," katanya yang bakal mengeluarkan album pertamanya awal tahun depan.

Filem pendek yang menelan belanja sehingga RM130 ribu itu boleh dilayari menerusi laman web www.asap.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved