Kosmo Online - Dunia |
- Suami mati selepas ditolak isteri dari tingkat 17
- Sejumlah kereta jutaan dolar rosak
- Britney Spears bakal kahwin lagi
Suami mati selepas ditolak isteri dari tingkat 17 Posted: Suami mati selepas ditolak isteri dari tingkat 17JOSHUA HILBERLING jatuh dari tingkap ini. TULSA, Oklahoma - Seorang wanita yang sarat mengandung dan baru berkahwin di Amerika Syarikat (AS) membunuh suaminya dengan menolaknya keluar dari tingkap tingkat ke-17 bangunan menara Universiti Club di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Mangsa, Joshua Hilberling, 23, ialah seorang anggota tentera udara AS. Lelaki tersebut dipercayai sedang mengemas barang-barangnya sebelum memberitahu isterinya, Amber Hilberling bahawa dia mahu meninggalkannya selepas kurang setahun mereka berkahwin. Berang mendengar pengakuan suaminya, Amber, 19, menerpa ke arah lelaki itu dan menolaknya keluar dari menara Unievrsiti Club itu yang menempatkan kediaman mereka di sini pada Selasa lepas. Mangsa meninggal dunia selepas terjatuh di atas sebuah garaj pada ketinggian 115 meter. Amber ditangkap tidak lama kemudian dan dia dilaporkan mengaku kepada beberapa saksi di tempat kejadian bahawa dia menolak suaminya keluar dari tingkap bangunan itu. Polis pada asalnya menahan Amber kerana disyaki membunuh tanpa niat tetapi dakwaan itu diubah kepada membunuh dengan niat selepas siasatan lanjut dilakukan. Wanita tersebut yang sedang mengandung tujuh bulan dibebaskan dengan bon jaminan berjumlah AS$250,000 (RM755,375) sementara menunggu perbicaraan. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Sejumlah kereta jutaan dolar rosak Posted: Sejumlah kereta jutaan dolar rosakSEBUAH kereta Ferrari (kiri) dan Lamborghini (kanan) turut terjejas akibat banjir kilat yang melanda tempat letak kereta apartmen St. Regis di Singapura pada Ahad lalu. SINGAPURA - Sejumlah kereta sport bernilai jutaan dolar seperti Ferrari rosak selepas tempat letak kereta bawah tanah di sebuah apartmen mewah di sini dilanda banjir, lapor beberapa buah akhbar semalam. Tempat letak kereta di apartmen itu, St. Regis yang bernilai AS$16.27 juta (RM49.15 juta) menempatkan sejumlah kenderaan mewah semasa banjir kilat berlaku pada Ahad lalu. Kereta-kereta mewah seperti Ferrari yang bernilai AS$894,979 (RM2.7 juta) rosak teruk akibat ditenggelami air banjir. Para pemilik kereta tersebut yang menginap di apartmen berkenaan gagal mengalihkan kenderaan mereka dengan segera kerana maklumat mengenai banjir itu gagal diberitahu disebabkan sistem amaran banjir gagal berfungsi. Pemilik-pemilik kereta itu perlu membayar cukai yang amat tinggi semasa mengimport kenderaan tersebut di Singapura. Ekoran itu, harga kenderaan mewah amat tinggi di Singapura seperti kereta Rolls-Royce Phantom yang berharga AS$1.43 juta (RM4.3 juta) iaitu AS$813,019 (RM2.45 juta) lebih tinggi daripada yang dijual di United Kingdom. Antara kereta mewah lain yang turut rosak akibat banjir itu di tempat letak kereta berkenaan ialah Aston Martin yang berharga AS$731,755 (RM2.21 juta) dan Porsche 911 yang berharga AS$406,530 (RM1.22 juta). Kos bagi membaiki kereta mewah itu akibat banjir kilat dianggarkan melibatkan ratusan ribu dolar jika ruang dalaman dan sistem elektrik kenderaan berkenaan rosak. Seorang penduduk yang merupakan pekerja pelaburan, Matthew Song, 33, berkata, kereta BMW M3 miliknya juga ditenggelami banjir. Menurutnya, dia membeli kereta itu dua bulan lalu dengan harga AS$284,012 (RM858,142). Kereta itu dihantar untuk dibaiki dengan menggunakan sebuah trak tunda pada Rabu lalu. Seorang penduduk di apartmen itu, John Waggot, 50, yang merupakan seorang jurutera berkata, banjir kilat melanda apartmen tersebut buat kali pertama pada pertengahan Jun lalu. Menurutnya, banjir kilat kali kedua berlaku dua minggu selepas kejadian pertama berlaku dan yang berlaku pada Ahad lalu merupakan bencana alam yang ketiga. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Britney Spears bakal kahwin lagi Posted: Britney Spears bakal kahwin lagiBRITNEY SPEARS dan Jason Trawick. LOS ANGELES - Bintang sensasi yang terkenal lagu Ops I Did It Again, Britney Spear bakal mengahwini tunangnya, Jason Trawick. Sebelum ini, Spears, telah merahsiakan majlis pertunangannya itu. Pasangan tersebut memberitahu, mereka merancang untuk berkahwin dalam satu majlis sederhana di Hawaii selepas berakhirnya sesi jelajah dunia penyanyi itu pada penghujung tahun ini. Trawick, 39, yang merupakan ejen pencungkil bakat dan kini bertindak selaku pengurus Britney dikatakan telah melamar Spears dengan menulis puisi romantik dan menghias keseluruhan tingkat bawah rumah agam di Los Angeles dengan bunga serta lilin. Spekulasi mengenai pasangan itu mengikat tali pertunangan pada minggu lalu tercetus selepas terdapat foto yang menunjukkan Spears memakai cincin berlian di jarinya. Ini merupakan perkahwinan ketiga Spears, 29. Perkahwinan terakhir penyanyi itu bersama bekas suami, Kevin Federline dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki dan hanya bertahan selama dua tahun. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan