Jumaat, 3 Januari 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Stacy mendalami Islam bersama Akim

Posted:

Stacy mendalami Islam bersama Akim

Stacy mendalami Islam bersama Akim

LINCAHNYA Stacy dalam memulakan gerak tari di atas pentas, selincah itu juga penyanyi berasal dari Kota Kinabalu itu dalam mengeluarkan kata-kata.

Namun, kata-kata yang dikeluarkan bukan sebarangan tetapi ditapis agar tidak membuatkan sebarang hati terluka. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan soal agama, cinta dan keluarga.

Lima tahun bersama penyanyi Akim Ahmad dengan pengakuan kepada peminat bahawa mereka sekadar kawan rapat, Stacy disoal mengenai perancangannya pada tahun 2014.

Dia juga disoal tentang fasa hubungannya bersama Akim serta kesediaannya menganut agama Islam andai dia jadi berkahwin dengan Akim kelak.

"Isu agama agak sensitif untuk dikatakan. Namun, saya percaya agama merujuk pada satu Tuhan. Saya tidak boleh komen lanjut mengenainya kerana ingin menjaga hati keluarga.

"Namun, jika pada suatu hari nanti saya masuk Islam, ia adalah atas kehendak hati bukan kerana cintakan dia (Akim)," ujar pemilik nama penuh Stracie Angie Anam usai mengadakan persembahan bersama kumpulan KPop Indonesia, SM*SH di Wisma Bentley, Petaling Jaya.

Mengakui Akim banyak bercerita tentang agama Islam setiap kali mereka berjumpa, luah Stacy, sedikit sebanyak dia mulai memahami dan kagum dengan agama tersebut.

Pergaulannya dengan rakan-rakan beragama Islam sejak memasuki Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dan juga selepas enam tahun bergelar penyanyi turut mendedahkannya mengenai agama Islam.

SM*SH mempunyai pengikut di laman sosial Facebook yang mencecah tujuh juta orang.


"Dulu semasa di kampung halaman di Kota Kinabalu, pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian.

"Namun, selepas masuk AF dan berpindah ke Kuala Lumpur, saya hormat dengan komuniti di sini terutama cara-cara Muslimah berpakaian.

"Sejak itu, hati saya mula terbuka untuk memahami dan mendalami mengenai agama ini dengan lebih mendalam," ujarnya yang turut memberitahu ada dalam kalangan adik-beradiknya yang sudah menganut agama Islam selepas berkahwin.

Bella, Akim rapat

Meluncurkan kata-kata yang kedengaran matang sesuai dengan usianya yang sudah mencecah 24 tahun, Stacy bercerita tentang Bella Valentina, anak angkat yang diambil sejak dua tahun lalu.

"Bella membesar makin sihat. Sekarang umur dia sudah dua tahun. Saya jaga dia sepenuhnya dan saya tidak boleh berjauhan dengan Bella sampaikan tidur mesti peluk dia.

"Jika bekerja, ibu akan menjaganya tetapi jika saya terpaksa membuat persembahan di luar, saya akan membawanya bersama," ujarnya yang pernah membawa Bella ke Indonesia selama empat hari kerana terlibat dengan persembahan di sana.

Terlanjur bercerita tentang Bella, Stacy juga mengakui yang dia memikirkan masa depan anaknya itu. Harapannya, agar calon suami dapat menerima kehadiran anak angkatnya itu.

Disoal sejauh mana rapatnya Bella dengan Akim, Stacy akui, Bella mesra bersama Akim.

"Bella rapat dengan Akim dan juga kawan-kawan AF lain seperti Hafiz," tuturnya.

FIGURA lincah ini mengakui ada dalam kalangan adik-beradiknya yang memeluk agama Islam selepas berkahwin.


Tidak mengenali SM*SH

Bakal mengeluarkan album ketiga pada bulan Februari ini, Stacy menghidangkan sebanyak 10 buah lagu termasuk lagu bersama penyanyi Altimet dalam album tersebut.

Menganggap album ketiganya unik, album Stacy itu juga menunjukkan kematangannya dalam menyampaikan lagu dan juga perubahan imejnya.

"Pelbagai keunikan ada dalam album itu. Saya anggap album ketiga ini lain daripada album sebelum ini kerana ia menunjukkan kematangan saya dari segi nyanyian dan juga imej yang cuba ditampilkan.

"Disebabkan itu, album ini lewat dihasilkan kerana saya benar-benar menumpahkan seluruh tenaga dan jiwa dalam album ini," ulasnya yang tidak lagi berkolaborasi dengan Akim untuk album ketiganya.

Bukan soal enggan bekerjasama dengan Akim tetapi luah Stacy dia tidak mahu mencampur-adukkan albumnya.

Semuanya dilakukan untuk kepuasan peminat, bukan demi memuaskan hatinya.

Mengulas mengenai kolaborasi bersama kumpulan KPop Indonesia iaitu SM*SH pula, kata Stacy, ia merupakan peluang terbesarnya untuk melebarkan sayap ke negara seberang itu.

"Ini adalah kali pertama kami bertemu dan mengadakan persembahan di atas pentas. Rakaman lagu Hello (kolaborasi bersama SM*SM) dibuat secara berasingan dan sejujurnya ketika diminta berkolaborasi bersama SM*SH, saya masih tidak mengenali kumpulan itu," jujur akui Stacy.

Biarpun tidak mengenali, Stacy melihat kolaborasi itu sesuai kerana genre lagu SM*SH dan umur anggota kumpulan itu yang tidak jauh beza dengan Stacy.

Iamneeta tak tumpang populariti Najwa Latif

Posted:

Iamneeta tak tumpang populariti Najwa Latif

Iamneeta tak tumpang populariti Najwa Latif

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

TRIO iamNEETA dianggotai (dari kiri) Patrick, Neeta dan Anas.


ISU tumpang populariti bukan perkara baharu dalam industri hiburan, malah ramai penyanyi tidak kira baharu atau lama terpalit dakwaan sedemikian sekiranya ada pembabitan bersama artis popular.

Band iamNEETA merupakan salah sebuah kumpulan yang dituduh cuba meraih populariti bersandarkan penyanyi sensasi YouTube, Najwa Latif apabila single terbaharu mereka, Kau Pergi Jua melibatkan kolaborasi bersama.

Mengulas mengenai dakwaan terbabit, iamNEETA yang dianggotai oleh tiga anak muda, Neeta Manisha, 19, Anas Zakwan Azhar, 20, dan Patrick Anohada, 27, ada jawapan lanjut.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama band iamNEETA yang ditemui pada majlis sidang akhbar pelancaran Eco Fest 2013 di Delicious Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Benarkah iamNEETA cuba menumpang populariti Najwa Latif apabila memilih penyanyi itu untuk berkolaborasi bersama dalam lagu Kau Pergi Jua?

IAMNEETA: Masing-masing ada peminat sendiri dan kebetulan kami bernaung di bawah syarikat rakaman sama iaitu NAR Records, jadi lebih senang untuk kami bekerja bersama-sama untuk single keempat kami, Kau Pergi Jua.

Kalau betul kami mahu tumpang populariti Najwa, kenapa perlu tunggu sampai lagu keempat? Lebih baik dari awal lagi kami menyanyi bersama. Jelas sekali, dakwaan itu tidak benar.

Adakah kalian kecewa apabila dituduh sedemikian?

Tidak terasa sedikit pun kerana perkara itu tidak benar. Apabila diberitahu akan perkara itu kami cuma mampu ketawa.

Kenapa pilih Najwa sedangkan ramai lagi artis lain yang bernaung di bawah syarikat rakaman itu?

Dia tidak banyak songeh dan senang untuk berbincang. Najwa seorang yang santai dan relaks, apabila kami menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dia terus setuju. Dia memang penyanyi yang paling rapat dengan kami, dia muda dan kami pun muda, jadi tiada masalah untuk membentuk persefahaman.

NAJWA LATIF


Umum mengetahui, untuk berkolaborasi bersama perlukan komitmen. Jadi, adakah Najwa akan sentiasa perlu ada bersama-sama iamNEETA untuk menyanyikan lagu tersebut?

Tidak semestinya. Selepas tiga bulan lagu Kau Pergi Jua dilancarkan, baru beberapa kali kami membuat persembahan bersama. Malah, lagu Kau Pergi Jua sesuai dinyanyikan solo sama ada iamNEETA sahaja atau Najwa berseorangan.

Perlukah populariti untuk band iamNEETA memandangkan kalian mula dikenali pun melalui media sosial?

Sebenarnya kedudukan kami sekarang sudah melebihi jangkauan sebagai sebuah band baharu. Kami tidak mengharapkan populariti datang hingga tahap ini dan syukur single demi single mendapat maklum balas yang baik.

Band iamNEETA mula dikenali dengan lagu Tuhan Tolong Aku, Terima Kasih, Hari Raya dan sekarang Kau Pergi Jua tapi seolah-olah kalian tiada identiti genre muzik khusus. Komen kalian?

Benar tapi kami masih dalam peringkat percubaan dan ingin meneroka genre yang benar-benar bersesuaian dengan iamNEETA.

Sebab itu kami kelaskan genre kami adalah pop rock alternatif kerana kami fleksibel menerima kecenderungan muzik lain selain balada.

Kami akan melancarkan single terbaharu berjudul Jatuh Cinta dan melancarkan album pertama kami Februari depan.

Bagaimanakah iamNEETA mula diketengahkan menjadi sebuah band dalam arus semasa sekarang?

iamNEETA bermula dari channel di YouTube milik kami yang kebanyakannya menyanyikan lagu cover version daripada penyanyi terkenal contohnya Rolling In The Deep, Someone Like You, Jar Of Hearts dan Thousand Years.

Kemudian, kami dilamar oleh NAR Records untuk bernaung di bawah syarikat rakaman tersebut dan akhirnya memilih nama ini untuk diketengahkan memandangkan ramai sudah mengenali kami sebagai iamNEETA.

Tindakan biadap, malukan negara

Posted:

Tindakan biadap, malukan negara

Tindakan biadap, malukan negara


MALAM Tahun Baru 2014 di Dataran Merdeka dicalarkan dengan insiden peserta perhimpunan haram Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) merempuh tapak konsert sehingga ia dibatalkan kerana bimbang artis dan pengunjung.


ADA lima buah konsert sambutan ambang 2014 berlangsung serentak di ibu kota Kuala Lumpur dan Putrajaya pada malam 31 Disember lalu.

Ia termasuklah Konsert Aktif 7 anjuran RTM di Taman Tasik Titiwangsa, Konsert Ambang Tahun Baru KL 2014 di KLCC, Konsert A Night To Remember 31.12.13 di The Curve, Mutiara Damansara, Konsert Ambang Tahun Baru 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka dan Konsert Ambang 2014 anjuran Ambank di Dataran Putrajaya.

Antara kelima-lima buah konsert, penulis difahamkan cuma salah satu daripadanya dikotori dengan tindakan cetek akal penunjuk perasaan yang membaling objek ke atas pentas ketika artis sedang membuat persembahan iaitu di Dataran Merdeka.

Insiden di luar kawalan itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 11.30 malam apabila lebih 5,000 orang penunjuk perasaan merempuh sekatan polis dan menyerbu kawasan pentas konsert yang sedang berlangsung sebelum membaling objek seperti botol air ke arah pentas.

Ketika kejadian, juara rancangan Mentor 6, Puteri Caroline baru memulakan persembahan kedua dengan lagu Gemilang (nyanyian asal Ella) sehingga dia melihat 'botol terbang' ke arahnya lantas konsert dihentikan serta-merta.

Memetik kenyataannya dalam sebuah laporan akhbar harian semalam, Caroline mengaku terkejut dengan sikap biadap peserta perhimpunan haram tersebut, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk menghiburkan khalayak pada masa akan datang.

Bagaimanapun, kesan daripada tindakan pendek akal itu, tiada laungan Tahun Baru 2014 atau bunga api dan tambah buruk apabila artis terpaksa 'dikurung' di Bangunan

Perpustakaan Kuala Lumpur hingga pukul 1 pagi sehingga keadaan betul-betul terkawal.


AMY SEARCH sempat menghiburkan khalayak yang menyambut tahun baru di Dataran Merdeka sebelum rempuhan berlaku.


Berbeza pula situasi di empat lokasi lain di KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, The Curve dan Dataran Putrajaya (lokasi penulis bertugas pada malam sambutan ambang Tahun Baru 2014), yang bermula aman berakhir damai.

Tiada langsung kekacauan, konsert berjalan lancar dan kalau ada pun teriakan gembira menyambut Tahun Baru 2014 atau sahut-menyahut menyeru artis yang sedang membuat persembahan.

Penulis turut mendapatkan respons daripada rakan petugas lain di tiga lokasi berbeza, KLCC, Taman Tasik Titiwangsa dan The Curve, pun tiada kekacauan atau drama baling-baling botol.

Menilai perspektif sikap penunjuk perasaan secara teori yang dipanggil perilaku kolektif, gerakan demonstrasi yang dicetuskan seseorang atau kelompok yang inginkan perubahan sosial dalam masyarakat mudah merebak dan menjadi tindakan yang tidak diorganisasikan seperti yang telah terjadi di Dataran Merdeka.

Dicetuskan daripada kelompok kecil sehingga menular menjadi gagasan membentuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan bertindak luar batasan akal.

Lebih senang menular dan didorong tindakan agresif apabila kebanyakannya disertai oleh golongan belia yang senang terpengaruh.

Jujur dibilang perkara sebegini tidak seharusnya terjadi tambahan pula pada malam penduduk seluruh negara meraikan sambutan yang bersifat mega.

Fikirkan pandangan pelancong asing yang mahu meraikan sambutan Tahun Baru 2014 di Malaysia apabila mereka sendiri menyaksikan situasi tegang itu berlaku di depan mata.

Fikirkan juga kesannya kepada perkembangan matlamat Tahun Melawat Malaysia 2014, baru saja tahun baru dibuka sudah tercalit warna hitam dalam industri pelancongan negara.

Jangan menjejaskan produktiviti negara sekiranya ada niat untuk mengembalikan suasana sejagat seperti mana yang dimahukan.

Memetik sepotong lirik daripada sebuah lagu popular suatu ketika dulu; Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada otak pandai, ada akal pakai! - KHAIRUL AMRI HASSAN

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved