Kosmo Online - Dunia |
Posted: Bangkok umpama kubu
BANGKOK - Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan menawan jalan-jalan utama di Bangkok semalam dalam usaha untuk melumpuhkan bandar raya berkenaan, sekali gus mendesak Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra meletak jawatan. Kumpulan penunjuk perasaan membanjiri persimpangan utama di Bangkok dan membina pentas ceramah, khemah dan gerai-gerai yang menawarkan makanan percuma untuk para peserta. Mereka juga berikrar untuk menawan lokasi-lokasi utama di Bangkok sehingga Yingluck meletak jawatan dan mengancam untuk mengganggu pilihan raya umum yang dijadualkan pada Februari depan. "Hari ini (semalam) akan tertulis dalam sejarah Thailand," kata ketua penunjuk perasaan tersebut, Suthep Thaugsuban dalam satu bantahan malam kelmarin. Beliau yang pernah menjadi timbalan perdana menteri juga berikrar untuk meluaskan bantahan berkenaan bagi melumpuhkan bandar berkenaan sehingga kerajaan sedia ada tumbang. Para penunjuk perasaan itu cuba memaksa Yingluck meletak jawatan dengan sebuah kerajaan sementara dibentuk untuk melaksanakan pembaharuan bagi menamatkan rasuah dan poli- tik wang di Thailand. Mereka juga mahu menggagalkan pilihan raya umum lebih awal yang diumumkan oleh Yingluck pada 2 Februari depan kerana bimbang pemimpin yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra kembali berkuasa. Para penunjuk perasaan itu menuduh Yingluk menjadi boneka kepada Thaksin yang juga abangnya. Thaksin pernah digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 selepas kerajaannya dicemari dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Namun, Thaksin kini hidup dalam buangan dan akan dihukum penjara dua tahun jika kembali ke Thailand selepas didapati bersalah melakukan penyalahgunaan kuasa semasa menjadi Perdana Menteri. - Agensi | |
Posted: Banjir landa JakartaGAMBAR menunjukkan sebuah kawasan yang dilanda banjir di Jakarta semalam. JAKARTA - Seramai 5,000 orang di Jakarta terpaksa dipindahkan apabila hujan lebat selama beberapa hari menyebabkan beberapa lokasi di bandar raya berkenaan dinaiki air, lapor akhbar Jakarta Post semalam. Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan paras air sungai di bandar raya berkenaan melimpah. Katanya, di bahagian barat Jakarta, air naik setinggi empat meter dan keadaan dijangka bertambah buruk kerana hujan lebat bakal berterusan selama beberapa hari lagi. "Penduduk yang berpindah itu ditempatkan di 23 buah pusat pemindahan yang disediakan oleh kera- jaan," katanya. Kejadian itu juga dianggap sebagai salah satu ujian kepada Gabenor Jakarta yang popular, Joko Widodo yang sebelum ini berjanji menyelesaikan masalah banjir di bandar raya berkenaan. - Agensi | |
Israel beri penghormatan terakhir kepada Sharon Posted: Israel beri penghormatan terakhir kepada SharonBENTUK kubur Sharon di sebelah kubur isterinya di ladang miliknya dekat Sderot, selatan Israel. BAITULMUQADDIS - Para pegawai Israel dan beberapa pemimpin dunia hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri ke-11 Israel, Ariel Sharon (gambar) sebelum pemimpin yang turut dikenali sebagai 'Penyembelih Beirut' itu dikebumikan di ladang miliknya di selatan Israel. Keranda yang mengandungi mayat Sharon diletakkan di luar bangunan parlimen Israel untuk majlis penghormatan terakhir yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair Turut hadir pada upacara itu ialah Perdana Menteri Republik Czech, JirĂ Rusnok dan seorang pegawai diplomat dari Mesir. Selepas upacara itu, keranda yang mengandungi mayat Sharon dibawa menaiki kereta menuju ke sebuah ladang miliknya di selatan Israel untuk dikebumikan. Mayat Sharon dikebumikan di sebelah kubur isteri- nya, Lily. "Mendiang merupakan salah seorang pahlawan terbilang Israel dan kematiannya merupakan suatu kehilangan yang besar kepada negara,'' kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam majlis itu. Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel. Beliau yang merupakan seorang bekas jeneral, menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006. Sharon yang terkenal kerana kekejamannya, pernah dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di Beirut, Leba- non pada tahun 1982. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan