Kosmo Online - Dunia |
- Penunjuk perasaan sedia tawan Bangkok
- Sinabung terus hambur lahar, gas
- Puting beliung ganas landa utara Tonga
Penunjuk perasaan sedia tawan Bangkok Posted: Penunjuk perasaan sedia tawan Bangkok
BANGKOK - Penunjuk perasaan antikerajaan bersiap sedia untuk menawan beberapa kawasan utama di ibu kota Thailand di sini semalam. Rancangan mereka untuk menutup bandar raya ini dibimbangi akan mencetuskan keganasan yang membawa kepada rampasan kuasa tentera di Thailand. Penunjuk perasaan itu cuba memaksa Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletak jawatan dengan sebuah kerajaan sementara dilantik untuk melaksanakan pembaharuan bagi menamatkan rasuah dan politik wang di Thailand. Mereka juga mahu menggagalkan pilihan raya umum lebih awal yang diumumkan oleh Yingluck pada 2 Februari depan. Sejak November tahun lalu, kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan telah beberapa kali bertempur dengan polis, memotong bekalan air dan elektrik ke ibu pejabat polis dan menawan seketika beberapa agensi kerajaan lain. Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk seorang anggota polis maut dalam keganasan akibat kekacauan politik tersebut. Terdahulu semalam, sejumlah penunjuk perasaan membuat sekatan di sebatang jalan raya di pinggir bandar raya ini yang menempatkan kebanyakan pejabat kerajaan. "Setakat ini tiada konfrontasi berlaku dengan pihak berkuasa ekoran tindakan tersebut," kata Timbalan Jurucakap Polis, Kolonel Anucha Romyanan. Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri Surapong Tovichakchaikul berkata, sejumlah 12,000 anggota polis dan 8,000 askar telah dikerahkan untuk mengawal ketenteraman di sini. Sementara itu, pemimpin penunjuk perasaan Suthep Thaugsuban menolak gesaan kerajaan untuk membatalkan tunjuk perasaan besar-besaran itu esok. "Saya akan menyuruh penyokong saya berundur hanya jika perang saudara meletus," kata Suthep. - Agensi | |
Sinabung terus hambur lahar, gas Posted: Sinabung terus hambur lahar, gas AFP JAKARTA - Gunung Sinabung di barat Sumatera terus memuntahkan batu panas dan lahar sehingga memaksa lebih 25,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka, kata seorang pegawai semalam. Pengarah Mitigasi Bencana Kebangsaan, Tri Budiarto berkata, gunung berapi setinggi 5,000 meter berulang kali memuntahkan batu panas dan gas sejak kelmarin. "Sehingga kini, seramai 25,516 penduduk telah dipindahkan dan tiada sesiapa dibenarkan untuk berada dalam lingkungan lima kilometer dari kawasan letusan," kata Budiarto. "Kami juga meminta mereka yang tinggal dalam lingkungan tujuh kilometer dari gunung berkenaan supaya berpindah atas faktor keselamatan," tambahnya. Menurut Budiarto, lahar panas yang mengalir dari gunung tersebut sejak beberapa minggu lalu kini melimpah ke dalam beberapa batang sungai di sekitarnya. "Berlaku letupan apabila lahar panas ini memasuki sungai tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. "Kami menasihati penduduk tidak menjalankan sebarang aktiviti di kawasan sungai yang terjejas,'' katanya. - AFP | |
Puting beliung ganas landa utara Tonga Posted: Puting beliung ganas landa utara Tonga AFP NUKU'ALOFA, Tonga - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh apabila puting beliung Ian membadai kepulauan Ha'pai di utara Tonga, menurut beberapa laporan semalam. Bencana itu turut menyebabkan kemusnahan besar dengan sejumlah kediaman ranap dan banyak pokok tumbang. Kepulauan berkenaan yang dihuni oleh sekitar 8,000 penduduk merupakan destinasi popular dalam kalangan pelancong asing. "Setakat semalam seorang disahkan terbunuh manakala sebahagian besar rumah di Ha'pai ranap manakala pokok dan tiang elektrik tumbang," kata ketua Palang Merah Tonga, Sione Taumoefolau. Susulan perkembangan tersebut, kerajaan New Zealand mengumumkan bantuan segera berjumlah AS$41,500 (RM135,642) selain menghantar sebuah pesawat untuk memantau kawasan yang terjejas. Setakat semalam, puting beliung Ian melanda Tonga dengan membawa angin selaju 259 kilometer sejam . - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan