Kosmo Online - Varia |
Posted: Gotong-royong perangi denggi
SEJAJAR dengan visi syarikat bagi menyokong kehidupan lebih sihat dan kediaman yang bersih, pengeluar penyembur serangga perosak Shieldtox, Reckitt Benckiser (RB) telah menjayakan program gotong-royong bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya demam denggi. Program yang diadakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur itu merupakan program kemasyarakatan berkonsep pendidikan yang menghiburkan. Kira-kira 2,400 penduduk terlibat dalam gotong-royong tersebut yang turut diselangi acara menarik seperti pertandingan mencari harta karun, melukis, mewarna, perlawanan sepak takraw dan pertunjukan kebudayaan. Pihak Jabatan Kesihatan turut menyampaikan ceramah ringkas berkenaan kawalan haiwan perosak. Gotong-royong yang bermula pada awal pagi itu menyaksikan kerjasama penduduk dan sukarelawan membersihkan sampah sarap dan longkang yang tersumbat bagi memastikan tiada air yang bertakung. Sebanyak 30 beg sampah berjaya dikumpulkan sepanjang gotong-royong yang berjalan selama dua jam itu. "Kesihatan yang baik adalah kunci kebahagiaan. Maka visi kami adalah menyediakan penyelesaian inovatif bagi membolehkan orang ramai memiliki kediaman yang menggembirakan dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. "Denggi bukan sahaja mengganggu kehidupan, malah turut menjejaskan orang di sekeliling kita. "Masyarakat perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan persekitaran sentiasa bersih dan selamat. "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan masyarakat setempat dalam program komuniti yang bermakna ini," ujar Pengarah Pemasaran RB, Abhishek Chuckarbutty. Seorang pelukis profesional turut melukis mural pada dinding yang bertemakan Shieldtox Melindungi Tanpa Keraguan bagi menunjukkan betapa pentingnya mencegah nyamuk aedes daripada membiak. AKTIVITI semburan asap antara langkah mengawal penularan wabak denggi. Kes denggi meningkat Berdasarkan laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, kira-kira 2.5 bilion atau 40 peratus daripada populasi dunia hari ini tinggal di kawasan berisiko denggi. Ia merupakan penyakit endemik di lebih 100 negara di Asia, Amerika dan Afrika. Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula menganggarkan sebanyak 50 hingga 100 juta jangkitan dilaporkan setiap tahun termasuk 500,000 kes denggi berdarah dan 22,000 kematian dengan majoriti melibatkan kanak-kanak. Mengikut laporan yang dipetik daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia pula, terdapat peningkatan kes denggi bagi tempoh Januari hingga November tahun lalu berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu sebanyak 11,486 kes dengan 61 kematian dilaporkan di negara ini. "Ramai orang masih tidak tahu bagaimana nyamuk aedes membiak. Ia boleh membiak walaupun dalam sedikit air bertakung," dedah Chuckarbutty. Beliau turut mengingatkan orang ramai agar memainkan peranan masing-masing dalam mencegah pembiakan nyamuk aedes dengan membersihkan longkang yang tersumbat dan membuang air di dalam baldi, pasu bunga dan bekas penyiram pokok. Orang ramai juga perlu membersihkan dulang atau bekas takungan yang diletakkan di bawah unit pendingin hawa bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembiakan nyamuk. Turut hadir pada acara tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Naquib Rahman. RB juga mengumumkan pelaksanaan beberapa lagi projek komuniti di seluruh negara dalam masa yang terdekat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.rb.com/my-sg. | |
Posted: Fantasi Natal 1 UtamaDEKORASI mewah di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama yang membangkitkan elemen fantasi. TIDAK pernah berkompromi dalam soal rekaan dalaman, pusat beli-belah keempat terbesar di dunia dengan lebih 700 premis di bawah satu bumbung, 1 Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor tampil dengan pelbagai pengalaman beli-belah yang menyeronokkan sempena Hari Natal. Bermula 29 November lalu hingga 25 Disember ini, 1 Utama mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menyaksikan penjelajahan fantasi penuh keghairahan dan kejutan. Antaranya, suasana khayalan menerusi konsep belon udara panas, dekorasi matahari keemasan Sol de Mayo, kereta luncur salji, jempelang kuda mainan serta pokok-pokok Krismas yang dihias cantik dengan dikelilingi kotak-kotak hadiah. Bertemakan Terbangkan Saya - Jelajah Belon Udara Panas Krismas, rekaan utama yang menggunakan replika belon udara panas bersaiz besar di tengah-tengah Centre Court di pusat beli-belah itu disertai pelbagai gimik lain yang pasti membawa kepada satu persekitaran yang benar-benar baharu dan unik. "Replika belon udara panas terbesar kami ialah setinggi 6 meter dengan corak rona hijau dan merah. "Seperti biasa, kami hanya memberikan yang terbaik dan terhebat kepada pengunjung," kata Pengurus Pengiklanan dan Promosinya, Patrik So. Menggandakan semangat sambutan, 1 Utama juga meraikan pengunjung dengan pelbagai persembahan pentas dan aktiviti seperti nyanyian, tarian, lakonan, kugiran, bengkel seni dan simfoni ukulee. Bukan itu sahaja, menjadi tradisi 1 Utama untuk menawarkan hadiah perayaan kepada pelanggan. Caranya, dengan mengumpul cop setem pada kad tebusan. Dengan pembelian minimum RM150 dalam maksimum dua resit pada hari yang sama di mana-mana kedai Onecard, pelanggan berpeluang mendapatkan satu cop setem dan satu rantai Charm Krismas. Pengumpulan cop setem pula akan membolehkan pelanggan membawa pulang hadiah seperti pek jamuan (dua setem), baucar beli-belah (tiga setem), penyangkut dekorasi (empat setem), set teh (enam setem), kerusi kanak-kanak (lapan setem) dan jempelang roda (10 setem). - NIZHA PERIASWAMY |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan