Sabtu, 28 Disember 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM gagal jelas situasi sebenar

Posted:

FAM gagal jelas situasi sebenar

FAM gagal jelas situasi sebenar

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

AMIRULHADI (kanan) dibenarkan menyertai Johor DT meskipun didenda sebanyak RM25,000 kelmarin.


"INILAH 'lawak' paling kelakar yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tahun ini."

Demikian respons bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali ketika diminta mengulas mengenai hukuman yang dikenakan FAM ke atas bekas pemain tengah kebangsaan, Amirulhadi Zainal.

Meskipun didenda sebanyak RM25,000, Amirulhadi dibenarkan menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT).

FAM membuat keputusan tersebut selepas mendapati perjanjian Amirulhadi bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) wujud 'keraguan'.

Khalid berkata, FAM gagal menjelaskan situasi sebenar sebab utama bekas pemain Selangor itu dibenarkan berhijrah.

Katanya, sudah tiba masanya FAM meneliti peraturan kontrak baharu dengan memperkenalkan undang-undang yang lebih ketat dan kemas.

"Undang-undang apa ini? Malulah saya. Seolah-olah bola sepak kita ini langsung tidak profesional.

"Dia (Amirulhadi) didenda sebanyak RM25,000 tetapi dibenarkan menyertai Johor DT? Atas sebab kontrak 'meragukan'? Sepatutnya, FAM kena jelaskan lebih terperinci mengapa perpindahan ini dilaksanakan.

"Pada pendapat saya, perkara ini tidak ditujukan kepada mana-mana persatuan negeri sebaliknya FAM harus bersikap lebih profesional.

"Peminat-peminat bola sepak ingin tahu perkara sebenar dan jika FAM masih mengekalkan pendekatan seperti ini, penyokong-penyokong tidak akan terkejut jika perkara sama ini berulang pada akhir tahun depan.

"Jadi, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, FAM mendedahkan situasi sebenar atau lebih tepat, laksanakan peraturan dengan lebih berkesan pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Khalid berkata, beliau menasihatkan persatuan atau kelab agar tidak terlalu mengikut kehendak pemain jika sudah tidak memiliki hasrat bersama majikan asal.

"Kalau pemain itu tidak mahu lagi bersama pasukan, lepaskanlah dia. Tiada guna simpan pemain itu dan jika ada baki kontrak, berundinglah dengan cara yang lebih baik.

"Buat satu tempoh masa dengan baik. Lebih baik jika membawa saksi ketika menandatangani kontrak.

"Saya berharap FAM akan lebih tegas dari segi peraturan terutamanya berkaitan dengan masalah kontrak," katanya.

Ramdan yakin pertahan gelaran

Posted:

Ramdan yakin pertahan gelaran

Ramdan yakin pertahan gelaran

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


RAMDAN akan bertemu Chun Seang pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Peringkat Akhir 2013 di Putrajaya hari ini.


PEMAIN muda negara, Misbun Ramdan Mohmed Misbun optimis mampu mempertahankan gelaran juara pada Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Peringkat Akhir 2013 selepas menumpaskan Mohd. Arif Abdul Latif untuk mara ke separuh akhir hari ini.

Biarpun berdepan dengan bekas pemain seniornya itu, Ramdan yang kini di bawah naungan Kelab Badminton Nusa Mahsuri meraih keyakinan itu apabila mencatat keputusan 17-21, 21-19, 21-12 untuk muncul pendahulu Kumpulan D.

Ternyata kemenangan ketiga itu membuktikan dia masih konsisten sebagaimana kecemerlangannya meraih empat gelaran di peringkat antarabangsa di Portugal, Slovenia, Greece dan Ireland tahun ini.

Begitupun, anak bekas jurulatih negara, Misbun Sidek itu tidak menafikan saingan yang lebih sengit bakal dihadapinya yang akan bertemu seorang lagi pemain senior, Tan Chun Seang yang menjuarai Kumpulan B semalam.

"Memang saya sentiasa bersedia walaupun siapa yang akan saya jumpa dan saya sudah jangka halangan pada kejohanan ini akan hadir daripada pemain-pemain senior.

"Saya juga tahu saingan akan lebih tinggi walaupun tidak pernah bertemu dengan Chun Seang tetapi saya akan sentiasa bersedia.

"Buat masa ini saya tidak fikir lagi strategi untuk menentangnya sebab tidak pernah lawan, mungkin idea saya akan lebih jelas ketika menentangnya esok (hari ini)," ujar Ramdan.

Ditanya mengenai perlawanan menentang Arif semalam, Ramdan mengakui bahawa dia tidak meramalkan kemenangan ke atas pemain Kelab Badminton Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) itu.

"Saya gembira dengan keputusan ini kerana saya tidak sangka dapat menewaskan Arif tetapi permainan yang dipamerkan Arif sangat sengit.

"Dia seorang pemain yang mempunyai skil yang tinggi," tambah Ramdan.

Sementara itu, Chun Seang mengesahkan slot separuh akhir selepas menewaskan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam satu aksi sengit yang berkesudahan 8-21, 21-16, 21-17.

Dalam pada itu, satu lagi aksi separuh akhir akan mempertemukan juara Kumpulan A, Chong Wei Feng dan Zulfadli Zulkiffli yang muncul sebagai pendahulu Kumpulan C.

Podolski sandaran Arsenal hadapi Newcastle

Posted:

Podolski sandaran Arsenal hadapi Newcastle

Podolski sandaran Arsenal hadapi Newcastle

LONDON - Lukas Podolski memperoleh suntikan moral selepas meledakkan satu gol ketika Arsenal menewaskan West Ham United 3-1 pada aksi Liga Perdana England di Upton Park, Khamis lalu.

Penyerang Jerman yang direhatkan selama empat bulan selepas mengalami kecederaan itu sekali lagi menjadi sandaran utama skuad The Gunners menjelang aksi menentang Newcastle United di St. James Park malam ini.

Meskipun masuk sebagai pemain gantian, kejayaan Podolski menjaringkan satu gol itu mampu meredakan kebimbangan pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang berdepan masalah di posisi serangan.

Wenger mengambil keputusan untuk meletakkan Podolski di posisi penyerang tengah selepas penyerang utama, Olivier Giroud masih gagal menemui sentuhan.

Biarpun kembali mempamerkan aksi positif selepas pulih dari kecederaan hamstring ketika menentang Fenerbahce pada akhir Ogos lalu, Podolski mengakui bahawa dia masih perlu bekerja keras.

"Saya telah menunggu detik ini dalam tempoh yang lama iaitu selama empat bulan dan ia bukan satu aksi yang mudah.

"Saya tidak pernah mengalami kecederaan otot sebelum ini. Jadi, ia adalah pengalaman baharu bagi saya. Ia adalah kecederaan hamstring yang mana memerlukan masa panjang untuk sembuh.

"Setiap pagi, anda perlu menjalani sesi rawatan dan berlatih untuk mengekalkan tahap kecederaan manakala pemain-pemain lain berlatih di atas padang dan ia bukan senang bagi saya untuk mengharungi detik-detik itu.

"Lebih teruk apabila saya menyaksikan pasukan saya beraksi di bangku simpanan atau di rumah. Ia tidak semudah yang dijangka untuk menyaksikan pasukan sendiri beraksi di depan mata.

"Anda tidak akan dapat merasai sebahagian dari pasukan ini terutamanya ketika berada dalam bilik persalinan.

"Namun, perkara ini menjadi lumrah dalam dunia bola sepak dan saya sangat gembira kerana dapat beraksi semula bersama Arsenal," katanya. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved