Sabtu, 28 Disember 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


70 orang diserang piranha di Argentina

Posted:

70 orang diserang piranha di Argentina

70 orang diserang piranha di Argentina

IMEJ ikan piranha yang menyerang ribuan pengunjung di sebuah sungai di Argentina baru-baru ini.- Agensi


BUENOS AIRES – Seramai 70 pengunjung yang sedang mandi-manda di sebatang sungai di Argentina cedera akibat diserang sekumpulan ikan piranha kelmarin.

Serangan mengejutkan itu turut menyebabkan tujuh ka nak-kanak hilang beberapa batang jari tangan dan kaki mereka.

Pengarah agensi penyelamat tempatan, Federico Cornier berkata, kejadian berlaku ketika beribu-ribu pengunjung sedang mandi di Sungai Parana, Rosario Rabu lalu.

"Mereka mandi di sungai ekoran cuaca panas yang mencecah 37° Celsius," kata Cornier.

Menurutnya, serangan itu dilakukan oleh ikan piranha spesies palometas yang bergigi tajam dan ganas.

Kawasan itu kini ditutup sehingga siasatan oleh pihak berkuasa selesai. – Agensi

Tentera mahu rakyat bertenang

Posted:

Tentera mahu rakyat bertenang

Tentera mahu rakyat bertenang


SEORANG penunjuk perasaan antikerajaan terbaring selepas ditahan polis pencegah rusuhan di Bangkok, Thailand kelmarin.


BANGKOK- Ketua tentera darat Thailand semalam menggesa kedua-dua pihak yang terlibat dalam konflik politik di negara berkenaan supaya bertenang.

Namun, Jeneral Prayuth Chan-ocha tidak menolak kemungkinan tentera akan melakukan rampasan tentera.

Thailand dikejutkan oleh ketegangan politik dan keganasan jalanan sejak dua bulan lalu melibatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan penunjuk perasaan antikerajaan.

Pihak tentera telah melakukan sebanyak 11 rampasan kuasa dalam sejarah Thailand sejak tahun 1932.

"Pintu tersebut (rampasan kuasa) tidak terbuka atau tertutup," kata Prayuth ketika menjawab soalan wartawan berhubung campur tangan tentera.

Beliau turut meminta orang ramai supaya berhenti daripada meminta tentera menyebelahi mana-mana pihak dalam pertikaian politik tersebut.

"Tolong jangan libatkan tentera dalam konflik ini," kata Prayuth.

Kelmarin, dua orang maut selepas penunjuk perasaan yang cuba menghalang pilihan raya pada 2 Februari depan bertempur dengan polis

Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand meminta agar pilihan raya pada 2 Februari depan ditangguhkan sekali gus satu tamparan buat Yingluck.

Beliau dijangka memenangi pilihan raya berkenaan ekoran mendapat sokongan padu penduduk di utara dan timur laut Thailand.

Prayuth menyatakan, pihak tentera mahu kerajaan dan pembangkang agar bertenang dan menamatkan keganasan jalanan.

"Anda bertanya, "Siapa Menang?," "Siapa Menang," jawapannya tiada sesiapa yang akan menang dalam pergolakan ini," katanya.

Polis tidak bertindak menangkap ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban yang menuntut negara berkenaan ditadbir oleh sebuah majlis yang dilantik sehingga pembaharuan dapat dilaksanakan.

Suthep berikrar, penunjuk perasaan akan menghalang pilihan raya daripada diadakan.

Pihak berkuasa perlu berhati-hati kerana sebarang tindakan keras boleh mencetuskan lebih banyak keganasan dan huru-hara.

Ketegangan semasa ini bertitik-tolak dari tahun 2006 apabila abang Yingluck, bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera.

Penunjuk perasaan menuduh Yingluck menjadi boneka Thaksin yang menetap di luar negara bagi mengelakkan hukuman penjara berhubung satu kes rasuah.

Namun, beliau masih mempunyai pengaruh yang luas Thailand.

Thaksin atau sekutu-sekutunya telah memenangi setiap pilihan raya sejak tahun 2001. - Agensi

10,000 pekerja bina kota ais di China

Posted:

10,000 pekerja bina kota ais di China

10,000 pekerja bina kota ais di China


SEBUAH kren turut digunakan untuk membina kota salji dan ais tersebut.


Heilongjiang, timur laut China - Seramai 10,000 pekerja di China membina sebuah kota ais bersama berpuluh-puluh arca gergasi sempena Festival Ais dan Salji Harbin ke-30, lapor pihak penganjur semalam.

Acara itu akan membuka tirai pada 5 Januari depan.

Kota dan arca-arca berkenaan dibina menggunakan bongkah ais seluas 180,000 meter persegi dan salji berkeluasan 150,000 meter persegi.

Ketika ini, kerja pembinaan sedang giat dilakukan untuk menyiapkan infrastruktur tersebut. Festival itu akan diadakan di wilayah Heilongjiang.

Pekerja-pekerja memotong permukaan Sungai Songhua di sini untuk mengambil bongkah-bongkah ais yang diperlukan untuk membina kota dan arca tersebut.

Setiap bongkah ais yang dipotong mempunyai berat mencecah 250 kilogram.

Ketulan ais itu kemudian akan diukir menjadi sebuah arca yang cantik. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved