Rabu, 20 November 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jangan terpedaya dengan ejen tawar perkhidmatan permohonan PR1MA - Shahidan

Posted:

Jangan terpedaya dengan ejen tawar perkhidmatan permohonan PR1MA - Shahidan

Jangan terpedaya dengan ejen tawar perkhidmatan permohonan PR1MA - Shahidan

20/11/2013 10:08pm

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan mana-mana ejen yang menawarkan perkhidmatan permohonan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) kerana PR1MA tidak pernah melantik ejen untuk berbuat demikian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau mendapat aduan daripada segelintir orang awam yang mendakwa kononnya mereka perlu membayar deposit kepada ejen-ejen itu untuk urusan permohonan PR1MA.

"Ada yang sehingga RM7,000 deposit kena bayar dan saya tegaskan bahawa permohonan hanya boleh dibuat secara 'online' (dalam talian) sahaja dan PR1MA tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk membantu menguruskan permohonan itu.

"Jika mana-mana pihak ataupun orang ramai yang mengalami keadaan sedemikian perlu segera melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan boleh diambil terhadap golongan ejen yang tidak bertanggungjawab itu, " katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini. - Bernama

Sabah catat jumlah tertinggi pesakit Talasemia

Posted:

Sabah catat jumlah tertinggi pesakit Talasemia

Sabah catat jumlah tertinggi pesakit Talasemia

20/11/2013 9:24pm

KOTA KINABALU - Sebanyak 5,890 orang penghidap penyakit Talasemia didaftarkan sehingga 31 Oktober tahun ini di seluruh negara sejak pelaksanaan Daftar Talasemia Kebangsaan dilancarkan pada 2007.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, daripada jumlah itu Sabah mencatatkan jumlah pesakit Talasemia tertinggi di negara ini iaitu 26 peratus atau 1,511 orang.

"Berbanding 2012, jumlah pesakit Talasemia di Sabah adalah 1,433 dan ini menunjukkan pertambahan sebanyak 78 orang jika dibandingkan dengan statistik sehingga Oktober tahun ini," katanya selepas merasmikan Seminar Talasemia Kebangsaan Ke-6 di sini.

Bagaimanapun Dr Hilmi berkata, pertambahan bilangan pesakit itu tidak bermakna penularan penyakit itu semakin meningkat tetapi disebabkan kesedaran orang ramai yang secara sukarela datang membuat pengesanan awal penyakit itu melalui ujian saringan di klinik dan hospital kerajaan.

Tambah Hilmi lagi, pada masa ini terdapat 354 klinik di seluruh negara menyediakan kemudahan ujian saringan Talasemia dan ujian diberi secara percuma. - Bernama

Malaysia dipilih Naib Presiden MOST IGC Unesco

Posted:

Malaysia dipilih Naib Presiden MOST IGC Unesco

Malaysia dipilih Naib Presiden MOST IGC Unesco

20/11/2013 9:20pm

KUALA LUMPUR - Untuk julung kalinya, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Antara Kerajaan bagi Pengurusan Program Transformasi Sosial (MOST IGC) Unesco.

Pemilihan itu dibuat pada persidangan MOST IGC di ibu pejabat Unesco di Paris semalam.

Malaysia dipilih untuk menyandang jawatan itu untuk tempoh tiga tahun, bermula tahun ini, bersama lima anggota baharu lain iaitu Norway, Slovakia, Ecuador, Kenya dan Emiriyah Arab Bersatu.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, Malaysia, melalui ketua setiausaha kementerian itu, Datuk Seri, Dr Noorul Ainur Mohd Nur, akan mewakili Asia dan Pasifik (anggota Kumpulan IV).

Presiden MOST IGC dan Menteri Pembangunan Sosial Argentina, Dr Alicia Kirchner mengekalkan jawatan pengerusi. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved