Kosmo Online - Dunia |
- Livingstone warga dunia pertama miliki Xbox
- Replika lego bangunan One World Trade Center
- Samsung diarah bayar Apple RM932.4 juta
Livingstone warga dunia pertama miliki Xbox Posted: Livingstone warga dunia pertama miliki Xbox
AUCKLAND - Seorang warga New Zealand, Dan Livingstone semalam menjadi penduduk dunia pertama memiliki alat permainan video Xbox One keluaran syarikat Microsoft. Livingstone, 24, memenangi Xbox selepas dia menyertai satu pertandingan yang menawarkan hadiah alat permainan tersebut. New Zealand juga merupakan negara pertama di dunia yang menjual Xbox One sebelum diikuti Australia dan beberapa negara lain. Livingstone menerima Xbox One yang telah disimpan di dalam sebuah akuarium besar di Auckland yang dikawal beberapa ekor ikan jerung selama seminggu. Alat permainan itu diletakkan di dalam kotak khas yang kalis air di dalam akuarium tersebut. Tiada jari atau kaki para penyelam yang dibaham oleh jerung semasa mereka menyelam untuk mengeluarkan Xbox One dari akuarium tersebut. "Tidak ada orang yang akan memecahkan rekod (menjadi pemilik pertama Xbox One). Ia seperti catatan sejarah dan sesuatu yang luar biasa," kata Livingstone. Alat permainan yang dijual pada harga AS$500 (RM1,614) itu boleh mengesan nadi pengguna selain akan mengikut arahan yang diberikan dalam bahasa tempatan. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan untuk melayari internet. Seorang eksekutif unit hiburan di Microsoft, Yusuf Mehdi berkata: "Ia (Xbox One) merupakan permulaan generasi baharu permainan, hiburan dan televisyen pintar."- AGENSI | ||
Replika lego bangunan One World Trade Center Posted: Replika lego bangunan One World Trade Center
NEW YORK - Seorang artis seni, Nathan Sawaya menghasilkan replika bangunan One World Trade Center pada Rabu lalu. Sawaya menghasilkan replika itu dengan menggunakan bongkah lego. Artis seni itu menghasilkan replika tersebut selepas dia meminta orang ramai memberikan cadangan tentang ciptaan terbaharunya. Bangunan One World Trade Center di sini mempunyai 104 tingkat dan setinggi 546 meter. Ia merupakan bangunan tertinggi di Amerika Syarikat dengan kos pembinaan dianggarkan AS$3.9 bilion (RM12.56 bilion). Namun, ruang dalamannya masih belum siap sepenuhnya. - AGENSI | ||
Samsung diarah bayar Apple RM932.4 juta Posted: Samsung diarah bayar Apple RM932.4 jutaREUTERS SAN JOSE - Juri sebuah mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengarahkan syarikat Samsung membayar ganti rugi berjumlah AS$290 juta (RM932.4 juta) kepada syarikat Apple berhubung paten telefon pintar iPhone dan komputer tablet, iPad. Ganti rugi itu berhubung keputusan perbicaraan semula sebahagian kes paten melibatkan dua syarikat gergasi telefon pintar berkenaan. "Saman ini bukan sekadar tentang paten dan wang, malah ia lebih daripada itu," menurut syarikat Apple dalam satu kenyataannya. "Ia adalah mengenai inovasi dan kerja keras kami mencipta produk yang diminati oleh orang ramai," tambah kenyataan yang sama. Syarikat Apple sebelum ini menuduh Samsung sengaja meniru bulat-bulat reka bentuk serta teknologi telefon pintar dan komputer tablet yang dikeluarkannya. Sebelum ini, syarikat Apple memenangi saman paten tersebut pada Ogos 2012 yang melibatkan ganti rugi sebanyak AS$1.05 bilion (RM3.37 bilion). Namun, seorang hakim AS, Lucy Koh meminta kes itu dibicarakan semula kerana pihak juri di dapati tersilap melakukan pengiraan ganti rugi. Syarikat Samsung dari Korea Selatan mengatasi Apple dalam pasaran telefon pintar global dengan menguasai 31.4 peratus pasaran. Keputusan terbaharu itu menyebabkan Samsung perlu membayar Apple kira-kira AS$900 juta (RM2.8 bilion) kerana melanggar paten untuk 13 produk syarikat dari AS itu. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan