Isnin, 14 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Situasi banjir di Thailand semakin baik

Posted:

Situasi banjir di Thailand semakin baik

Situasi banjir di Thailand semakin baik

14/10/2013 10:07pm

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra berkata, situasi keseluruhan banjir di negara itu mula pulih dan kerajaan sudah mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk memeriksa kesan bah kepada rakyat.

Di bahagian timur, keadaan banjir di daerah Kabiburi, wilayah Prachinburi semakin baik apabila air mengalir keluar ke daerah Bangkla di Chacherngsao yang menyebabkan bah di situ pula semakin buruk, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yingluck dijadualkan melawat kawasan banjir di bahagian timur petang esok selepas mesyuarat mingguan kabinetnya.

Beliau dijangka melawat daerah Bansang di Prachinburi serta Bangkla dan Bangnampraew di Chacherngsao.

Banjir di Thailand mengorbankan 42 nyawa setakat ini dan menjejaskan 42 daripada 77 wilayah di negara itu. Bagaimanapun banjir di 19 wilayah sudah surut.

Menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, bah itu menjejaskan kehidupan kira-kira 3.64 juta penduduk Thailand, merosakkan 569,600 hektar kawasan pertanian; 5,930 batang jalan, 299 jambatan, 287 sekolah, 444 tokong dan 61 buah bangunan pejabat kerajaan. - Bernama

Polis tahan pelajar universiti disyaki tipu urusan jual rumah

Posted:

Polis tahan pelajar universiti disyaki tipu urusan jual rumah

Polis tahan pelajar universiti disyaki tipu urusan jual rumah

14/10/2013 9:35pm

KOTA KINABALU - Polis Sabah memberkas seorang pelajar universiti tempatan kerana disyaki melakukan penipuan dalam urusan pembelian rumah antara bulan Februari dan Julai tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek yang berumur 25 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sepanggar pada 4 Oktober lepas.

"Sejumlah RM367,350 telah berjaya dikumpul suspek daripada 22 mangsa yang diperdaya dalam urusan pembelian rumah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 22 laporan diterima berhubung kes itu dan polis menubuhkan pasukan khas untuk menjejaki suspek.

"Hasil maklumat orang ramai, suspek berjaya ditangkap dan dipercayai terbabit dalam kes penipuan pembelian rumah yang konon ditawarkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah," katanya.

Hamza berkata, polis turut menerima tiga kes sama di Tawau dan satu di Penampang.

"Siasatan mendapati suspek melakukan kegiatan ini secara bersendirian namun polis masih melakukan siasatan lanjut," katanya. - Bernama

Polis Myanmar siasat siri letupan bom

Posted:

Polis Myanmar siasat siri letupan bom

Polis Myanmar siasat siri letupan bom

14/10/2013 9:34pm

YANGON - Pihak polis di Myanmar telah memulakansiasatan terhadap siri kejadian letupan bom misteri yang telah mengakibatkan dua orang maut dan beberapa yang lain cedera baru-baru ini di sini.

Menurut pihak polis, seorang lelaki dan wanita telah terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam letupan pada Jumaat lalu di sebuah rumah tumpangan di bandar Taunggu yang terletak kira-kira 65 kilometer dari Naypyidaw.

Pihak berkuasa Myanmar pula berkata, dua lagi letupan turut berlaku di Yangon pada Ahad lalu. Letupan pertama terjadi di sebuah perhentian bas dan keduanya merupakan letupan daripada bom yang dipasang di bawah sebuah lori. Dua remaja mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

"Pihak kami tidak dapat mengesan pihak mana yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini.

"Kami masih menjalankan siasatan. Namun pihak yang terlibat didapati menggunakan sistem yang sama dalam kesemua kejadian itu. Kami berasa sama ada sebuah organisasi ataupun individu telah menanam bom-bom tersebut," kata Leftenan Jeneral dari Jabatan Perisik dan Keselamatan Polis Myanmar, Min Aung.

Ekoran itu, beliau berkata keselamatan telah dipertingkatkan di kawasan Yangon.

Letupan bom seumpama itu dikatakan perkara yang biasa terjadi di bawah pemerintahan bekas junta dan biasanya kumpulan pemberontak bersenjata atau pemberontak etnik akan dipersalahkan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved