Isnin, 14 Oktober 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Wangian glamor pelembut pakaian

Posted:

Wangian glamor pelembut pakaian

Wangian glamor pelembut pakaian

PENGASAS bersama Fashion Valet, Fadzarudin Anuar (lima dari kiri) dan Seng Jone (empat dari kiri) pada majlis pelancaran Downy Parfum Mystique.


PENAMPILAN seseorang tidak akan lengkap tanpa haruman yang mampu menyerlahkan personaliti diri. Bukan setakat melengkapkan penampilan, wangian yang sempurna juga meningkatkan keyakinan individu dan menyuntik aura positif.

Menyedari kehebatan haruman dalam mencorak kehidupan harian setiap insan, jenama pelembut fabrik utama di pasaran dunia, Downy memperkenalkan produk terbaharu mereka, Downy Parfum Mystique.

Diilhamkan daripada suasana romantis di Paris, Perancis, Downy Parfum Mystique mempunyai daya tarikan minyak wangi mewah dengan aura misteri yang mampu memikat orang sekeliling.

Sempena meraikan pelancaran haruman itu, Downy turut menjalinkan kerjasama bersama gedung fesyen dalam talian terkemuka di Malaysia, FashionValet bagi menghasilkan rekaan pakaian edisi terhad.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Goh Seng Jone, Pengurus Komunikasi P&G Malaysia berkata: "Downy berterusan melakukan transformasi jenama yang menarik menerusi peningkatan kualiti produk dan melakukan kerjasama unik bersama industri fesyen.

"Bagi menggabungkan Downy dan fesyen, kami bersetuju untuk mencipta aroma pelembut yang disatukan bersama haruman glamor namun masih mengekalkan fungsinya sebagai pelembut pakaian.

"Kerjasama bersama FashionValet juga membuka dimensi baharu kepada jenama ini dalam meneroka lebih banyak peluang dalam fesyen.

Downy Parfum Mystique dicipta bersama haruman flora dan rempah Timur. Lapisan pertama haruman dikuasai bauan anggur dan aprikot yang kemudiannya mencipta haruman bak bunga lily dan osmanthus serta diadun bersama biji tonka dan vanila yang berkrim.

Haruman asasnya pula diperkaya dengan aroma ambar, kesturi dan kayuan yang diadun bersama beberapa jenis rempah.

"Pakaian yang anggun tidak lengkap tanpa haruman yang mempesona. Downy Parfum Mystique sungguh menarik dan banyak memberi inspirasi kepada saya," ujar Vivy Yusof, Pengarah Urusan FashionValet.

Koleksi Downy Mystique terdiri daripada 14 pakaian dan boleh didapati di laman web FashionValet.

Pelembut Downy Parfum Mystique baharu kini boleh didapati di semua kedai runcit utama pada harga RM5.85 untuk pek 370 mililiter (ml), RM10.90 (900ml) dan RM20.90 (1,800ml).

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi dan peraduan berkenaan, sila layari laman web www.fashionvalet.com.

Ais gergasi tawan Bukit Bintang

Posted:

Ais gergasi tawan Bukit Bintang

Ais gergasi tawan Bukit Bintang

SEORANG wanita cuba memecahkan ketulan ais bagi mendapatkan ganjaran berupa syampu Clear Ice Cool Menthol.


PEJALAN kaki di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada minggu lalu dikejutkan dengan kemunculan sebuah arca ais bersaiz 274 sentimeter (cm) yang mengandungi puluhan botol syampu antikelemumur Ice Cool Menthol baharu daripada jenama Clear.

Ais gergasi berukir itu mula diletakkan di Plaza Sungei Wang pada 24 Ogos lalu sebelum dipindahkan ke Fahrenheit 88 pada keesokan harinya. Bagi menambah keterujaan, orang ramai turut diberikan alat pemecah ais sekali gus memberi peluang kepada mereka membawa pulang beberapa botol syampu terkini Clear tersebut.

Orang awam juga tidak melepaskan peluang bagi merebut hadiah utama berupa percutian lima hari empat malam ke Korea Selatan. Bagi memenangi ganjaran itu, para peserta perlu memasukkan tiga digit kod pada botol syampu masing-masing yang menjadi kunci kepada peti misteri yang diletakkan di tengah-tengah ais gergasi itu.

Selain hadiah utama itu, seramai 88 pemenang juga berjaya membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM30 manakala 188 individu menerima hadiah berupa perapi Clear.

"Syampu antikelemumur Ice Cool Menthol baharu Clear ini berfungsi sebagai penyejuk dan penyegar kulit kepala sepanjang hari. Bagi berkongsi keunikan keluaran baharu Clear ini, kami telah menghasilkan iglu tiruan di Berjaya Times Square pada bulan Julai lalu.

"Atas sebab yang sama, kami turut membina arca ais ini yang mengandungi banyak ganjaran menarik kepada orang ramai," ujar Pengurus Jenama Clear, Uniliver (M) Holdings Sdn. Bhd., Andrea Huang.

Tambah Huang: "Kelemumur merupakan masalah yang kerap dialami rakyat Malaysia apabila melibatkan soal penjagaan rambut. Oleh itu, menerusi teknologi 10 Nutrium terkini, Clear menawarkan penyelesaian terbaik kepada masalah ini."

Sambutan luar biasa tudung Fareeda Aisya

Posted:

Sambutan luar biasa tudung Fareeda Aisya

Sambutan luar biasa tudung Fareeda Aisya


FARIDAH (kanan) sibuk melayan para pelanggan yang hadir pada majlis pelancaran Tudung Fareeda Aisya di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.


SETIAP kali Fareeda House of Scarf (Fareeda) melancarkan koleksi tudung terbaharunya, pasti kalangan peminat tudung tersebut berpusu-pusu ke Butik Fareeda terdekat bagi mendapatkannya.

Keadaan ini jelas kelihatan pada pelancaran tudung Fareeda Aisya di butiknya yang terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini. Ruang butik yang diubah menjadi pentas peragaan dipenuhi dengan peminat tegar tudung Fareeda yang setia menanti kemunculan model-model jelita dalam satu pertunjukan fesyen khas.

Merupakan hasil kreativiti pemilik jenama Fareeda, Faridah Zakaria, tudung Fareeda Aisya terdiri daripada Fareeda Aisya kerongsang Rozanna, Fareeda Aisya kerongsang Sofiya, Fareeda Aisya Ton, Fareeda Aisya bercorak, Fareeda Aisya baldu penuh dan Fareeda Aisya baldu separuh.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Jualannya, Mawar Abdul Karim, sambutan yang diterima pada majlis pelancaran tudung Fareeda Aisya sangat luar biasa.

"Seramai 400 orang pelanggan telah membuat pendaftaran awal secara dalam talian untuk mengesahkan kehadiran mereka pada majlis pelancaran ini, manakala lebih daripada 500 orang mendaftar terus ke butik apabila kaunter dibuka pada pukul 2 petang.

"Koleksi yang diperkenalkan hari ini dijual pada harga RM125 sehingga RM135 sehelai sepanjang tempoh promosi yang berakhir 21 September lalu dan selepas itu ia akan dijual pada harga biasa iaitu RM175 dan RM185 sehelai," katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran berkenaan.

Mawar menambah, lebih daripada 3,000 helai tudung ditawarkan kepada pengunjung pada majlis tersebut dan setiap pelanggan dihadkan membeli sembilan helai tudung daripada koleksi tersebut.

Seperti koleksi-koleksi tudung Fareeda yang lain, koleksi Fareeda Aisya masih mengekalkan penggunaan fabrik sifon lembut bagi memberikan keselesaan sepenuhnya kepada si pemakai.

Bagi yang selesa bertudung labuh, Fareeda turut memperkenalkan Fareeda Aisya bersaiz besar yang dijual pada harga promosi, RM135 dengan pilihan warna polos nilakandi (royal blue), putih, merah jambu terang, merah jambu lembut, hitam, coklat gelap, ungu, kelabu dan ungu kekelabuan.

Pada masa yang sama, Fareeda juga menampilkan lima helai tudung Fareeda Aisya istimewa yang dibuat mengikut tempahan pelanggan. Ia didatangkan dengan pilihan warna hitam, merah jambu lembut, putih, krim dan ungu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved