Isnin, 14 Oktober 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Polis tertembak pemungut hutang

Posted:

Polis tertembak pemungut hutang

Polis tertembak pemungut hutang

Oleh NOOR HASLIZA NUSI dan OTHMAN YAHAYA
berita@kosmo.com.my

KANG SEAK XIONG mati tertembak ketika berhibur di sebuah pub di George Town, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Pertemuan tiga sahabat termasuk dua anggota polis di sebuah pub di Auto City Juru, Bukit Mertajam di sini bertukar tragedi apabila mereka ditahan selepas seorang daripadanya melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.20 pagi itu, Kang Seok Xiong, 38, yang bekerja sebagai pemungut hutang mati akibat terkena satu das tembakan di perut.

Suspek wanita ditahan di premis hiburan tersebut manakala dua anggota masing-masing berpangkat lans koperal dan sarjan itu diberkas pada pukul 10 pagi di sebuah rumah di Kulim, Kedah.

Polis turut merampas sepucuk pistol milik suspek berpangkat lans koperal berusia 33 tahun yang bertugas di Kontinjen Kedah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tiga sekawan termasuk seorang sarjan dari kontinjen Johor yang sedang bercuti di negeri ini berjanji untuk berjumpa di pusat hiburan berkenaan.

Polis percaya sebelum kejadian itu berlaku pergaduhan antara suspek dengan sekumpulan lelaki dipercayai kawan si mati.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

1.5 juta jemaah wukuf di Arafah

Posted:

1.5 juta jemaah wukuf di Arafah

1.5 juta jemaah wukuf di Arafah


JEMAAH haji berkumpul puncak Jabal Ar-Rahmah di Arafah untuk menyempurnakan wukuf semalam.


ARAFAH, Mekah – Kira-kira 1.5 juta jemaah dari seluruh dunia yang berpakaian ihram berhimpun di sini, barat Arab Saudi, sejak pagi semalam dalam kemuncak ibadah haji pada tahun ini.

Rata-rata mereka tiba dengan berjalan kaki, menaiki kereta api atau kenderaan lain.

Di Arafah, jemaah akan melakukan wukuf atau berada di tempat suci itu bagi menyempurnakan rukun kedua ibadah haji.

Beberapa pegawai berkata, mereka menganggarkan hampir 1.5 juta juta jemaah berhimpun di Padang Arafah lewat semalam.

Ketika jemaah membanjiri Arafah, beberapa buah helikopter kelihatan berlegar di udara manakala beribu-ribu anggota tentera berkawal di laluan-laluan yang dipenuhi jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Mereka tiba di Padang Arafah dari Mina semalam. Mina terletak sekitar 10 kilometer ke barat laut Arafah.

Selepas berhimpun di Padang Arafah, jemaah akan bergerak ke Muzdalifah sejauh beberapa kilometer untuk bermalam dan seterusnya melontar jamrah.

Ibadah haji yang bermula kelmarin akan berakhir pada Jumaat ini.

Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal berkata, seramai 1.38 juta jemaah dalam kalangan warga asing berada di Arab Saudi manakala sebanyak 117,000 permit dikeluarkan kepada jemaah haji tempatan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan, bilangan jemaah tahun ini menurun kepada hampir 1.5 juta orang berbanding 3.2 juta orang tahun lalu.

Penurunan itu, kata mereka, antara lain disebabkan oleh penularan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dan kerja membesarkan pekarangan Masjidil Haram di kota suci Mekah.

Namun, tiada kes baharu membabitkan virus MERS dikesan setakat kelmarin mahupun jangkitan melibatkan jemaah haji.

Penyakit tersebut telah meragut 60 nyawa di seluruh dunia setakat ini dengan 51 kematian berlaku di Arab Saudi. – AFP

Bahaya kepada ketenteraman

Posted:

Bahaya kepada ketenteraman

Bahaya kepada ketenteraman


BARISAN peguam bela yang diketuai Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar membuat sujud syukur selepas Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam penerbitan The Herald.


PUTRAJAYA - The Herald, penerbitan mingguan Kristian Katolik Malaysia, dilarang daripada menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan.

Ini berikutan Mahkamah Rayuan di sini semalam membuat keputusan sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, ia merupakan dapatan umum mahkamah bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi bahagian penting daripada amalan kepercayaan agama Kristian.

Beliau berkata, dengan mengambil kira fakta sejarah dan agama, beliau tidak dapat menemui sebarang sebab munasabah kenapa responden (Titular Roman Catholic Archbiship of Kuala Lumpur) berkeras untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Untuk memulakannya, pengiktirafan sewajarnya perlu diberikan kepada nama-nama yang diberikan Tuhan dalam buku suci masing-masing seperti Yahweh Tuhan kitab Bible; Allah bagi kitab suci al-Quran dan Vishnu bagi kitab Vedas," katanya dalam penghakiman setebal 40 halaman.

Hakim Apandi berkata, adalah munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa penggunaan yang dicadangkan itu akan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam dan sudah tentu ia tidak kondusif kepada suasana kehidupan yang aman dan harmoni di negara ini.

"Kesimpulan ini diperkuatkan oleh fakta majoriti penduduk di negara ini orang Melayu dan beragama Islam," kata Hakim Apandi yang bersidang bersama Hakim- Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved