Jumaat, 4 Oktober 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


'Bukan kerana RM650,000'

Posted:

'Bukan kerana RM650,000'

'Bukan kerana RM650,000'

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my


MOHD. NOOR berjaya menamatkan perjalanan sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya.


KUALA LUMPUR – Tanggapan liar pihak-pihak tertentu yang menuduh Mohd. Noor Mat sanggup berjalan kaki sejauh 600 kilometer (km) kerana dijanjikan habuan wang sebanyak RM650,000 sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan cabaran Walk4Malaysia dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya.

Bagi Mohd. Noor, 47, tuduhan itu sebaliknya telah menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk berjalan kaki sehingga akhirnya berjaya menamatkan perjalanan sejauh 600km di Putrajaya semalam.

Dia yang bertugas sebagai pembantu rendah am di Yayasan Islam Terengganu berkata, tuduhan itu seolah-olah mahu memperlekehkan niatnya tetapi dia tetap tabah ketika memulakan perjalanan pada 22 September lalu.

"Apabila saya bernazar untuk berjalan kaki ke Putrajaya selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Julai lalu, saya tidak dijanjikan dengan apa-apa ganjaran wang tunai.

"Mesej utama yang saya ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan belia adalah semangat juang dan tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara, bukan ganjaran wang ringgit.


MOHD. NOOR (duduk dua dari kiri) menunjukkan sijil yang diterimanya selepas berjaya berjalan kaki sejauh 600km dari Kuala Besut ke Putrajaya semalam.


"Semua wang yang diterima daripada penaja bukan masuk ke dalam poket saya tetapi diuruskan oleh sekretariat dan saya difahamkan wang itu juga akan disumbangkan kepada rumah kebajikan," katanya ketika ditemui Kosmo! selepas menamatkan cabaran Walk4Malaysia di sini semalam.

Mohd. Noor menamatkan cabaran Walk4Malaysia dengan mengambil masa selama 13 hari yang bermula pada 22 September lalu di Dataran Kuala Besut. Beliau berhenti di 13 destinasi sebelum tiba di Putrajaya.

Ketibaannya disambut oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Menurut Mohd. Noor, Walk4Malaysia bukan hanya bertujuan menunaikan nazarnya, malah ia menterjemahkan sokongan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak membantu rakyat.

"Apabila pemimpin telah mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat, mereka perlu membela nasib rakyat dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada kami," katanya.

Menceritakan pengalamannya berjalan kaki selama 13 hari dari Kuala Besut ke Putrajaya, Mohd. Noor berkata, dia terpaksa berjalan kaki sekurang-kurangnya 46 kilometer sehari.

Katanya, sepanjang perjalanan itu, dia terpaksa menghadapi pelbagai cabaran termasuk dirinya mengalami kepenatan melampau selain tapak kaki yang melecur kerana cuaca panas.

Selain itu, dia turut mendakwa diganggu oleh makhluk halus sebanyak lima kali sepanjang perjalanan tersebut.

"Setiap hari saya memulakan perjalanan seawal pukul 6 pagi dan hanya akan berhenti rehat kira-kira 15 minit setelah berjalan selama empat jam sebelum menamatkannya sekitar pukul 11 malam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Zahid akui polis hilang 44 senjata

Posted:

Zahid akui polis hilang 44 senjata

Zahid akui polis hilang 44 senjata

Oleh MAHFUZ MOHAMAD
mahfuz.mohamad@kosmo.com.my


AHMAD ZAHID menunjukkan cara mengenal pasti keaslian sesuatu dokumen yang dicetak ketika melakukan lawatan kerja di PNMB di ibu negara semalam. Turut kelihatan Izham (dua dari kanan).


KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam menegaskan tiada unsur penyelewengan atau rasuah dalam kes kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk senjata api yang kesemuanya bernilai RM1.33 juta.

Sebaliknya, menurut beliau, kehilangan aset-aset negara itu termasuk 44 senjata api berpunca daripada kecuaian dan kelemahan segelintir pegawai dan anggota polis ketika menjalankan tugas selain kelemahan prosedur operasi standard (SOP) dalam jabatan itu.

"Saya telah maklumkan kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) bahawa kita hendak perkemaskan semula SOP terhadap penjagaan senjata api untuk elak sebarang kecuaian selepas ini.

"Saya mahu selepas ini apabila Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan tiada lagi kehilangan aset PDRM dilaporkan," kata beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang antara lain menyatakan PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012. Aset terbabit termasuk 44 senjata api, gari (156 unit) dan kenderaan (29 unit).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Padah enggan berhenti

Posted:

Padah enggan berhenti

Padah enggan berhenti

Oleh ABD RAZAK OSMAN
razak@kosmo.com.my


ANGGOTA polis memeriksa Proton Gen 2 dinaiki tiga lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis di Taman Keladi dekat Sungai Petani, Kedah kelmarin.


SUNGAI PETANI - Cubaan tiga lelaki disyaki penjenayah memecut kenderaan sebaik diarah berhenti oleh polis memakan diri apabila seorang daripada mereka cedera ditembak dekat Taman Keladi di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, seorang remaja berusia 19 tahun terkena tembakan di bahu dan punggung manakala dua lagi rakannya dapat meloloskan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, sebelum kejadian, sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan kereta Proton Gen 2 tersebut yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di Taman Sejati Indah.

"Semakan mendapati kenderaan itu pernah digunakan untuk kegiatan samun dan rompak sebelum ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved