Jumaat, 4 Oktober 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lelaki Jepun didakwa cuba seludup cicak

Posted:

Lelaki Jepun didakwa cuba seludup cicak

Lelaki Jepun didakwa cuba seludup cicak

SEBAHAGIAN cicak shingleback yang dirampas oleh pasukan kastam Australia ini bernilai tinggi di pasaran Asia.- Agensi


SYDNEY - Dua lelaki Jepun didakwa semalam kerana cuba menyeludup 30 ekor cicak keluar dari Australia.

Penyeludupan itu cuba dilakukan ekoran harga jualan semasa yang tinggi ditawarkan di pasaran gelap di Asia.

Pasukan Kastam dan Jabatan Perlindungan Sempadan Australia berkata, bagasi suspek yang berusia 38 dan 33 tahun itu diperiksa apabila mereka didapati kerap memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Perth di sini.

Dalam satu pemeriksaan X-ray, pegawai pemeriksa menemui 28 cicak shingleback, seekor cicak yang tidak dikenali jenisnya dan seekor cicak naga.

Seorang penyiasat kanan Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar Barat Australia, Rick Dawson memberitahu, rampasan itu bernilai lebih AS$122,000 (RM393,738).

"Kebanyakan cicak ini sangat dikehendaki di Asia. Ini kerana reptilia tersebut sangat senang dijaga, selain menarik dan eksotik," katanya.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua lelaki tersebut boleh dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sehingga AS$159,241 (RM513,928). - AFP

Dunia mula bimbang penutupan kerajaan AS

Posted:

Dunia mula bimbang penutupan kerajaan AS

Dunia mula bimbang penutupan kerajaan AS

DERETAN bangku yang kosong dilihat di taman awam National Mall di Washington semasa penutupan kerajaan AS masuk hari ketiga semalam.


HONG KONG - Dunia kini bimbang krisis penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan membawa kesan ekonomi lebih meluas jika ia dibiarkan berlanjutan.

Kesan pembekuan bajet negara itu mula dirasai di seluruh dunia apabila sistem pengesanan gempa bumi global yang dibiayai AS kini ditutup.

Pembekuan bajet itu turut menyebabkan saintis-saintis AS menarik diri daripada persidangan antarabangsa serta memaksa Presiden Barack Obama menangguhkan lawatan ke dua buah negara rantau Asia Tenggara.

"Walaupun impak penutupan kerajaan ini masih terhad, kesannya akan lebih buruk dan meluas jika ia dibiarkan berlanjutan selama beberapa hari atau minggu," lapor agensi berita Xinhua merujuk kepada ekonomi AS.

Dalam pada itu, Kongres AS perlu mencapai persetujuan untuk menamatkan penutupan operasi kerajaan. Selain meningkatkan siling hutang AS melepasi angka AS$16.7 trilion dalam masa dua minggu lagi.

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan risiko negara kuasa besar itu tidak dapat membayar hutang-hutangnya.

"Jika AS mungkir membayar hutangnya, negara itu akan hilang kredibiliti di mata dunia," kata pensyarah Pusat Kajian AS Universiti Sydney, David Smith.

"Jika dilihat begitu banyak hutang yang terkandung dalam sistem ekonomi AS, ia akan mendatang kesan buruk (di dalam dan luar negara)," tambahnya.

Dalam pada itu, ketua-ketua kewangan Eropah turut melahirkan kebimbangan penutupan kerajaan AS akan mengancam ekonomi negara itu dan ekonomi dunia.

Setakat ini, krisis di Washington itu memaksa ratusan ribu kakitangan awam bercuti tanpa gaji, muzium-muzim ditutup manakala penyelidikan saintifik turut terbantut. - AFP

Miley hanya mahu tumpu kerjaya nyanyian

Posted:

Miley hanya mahu tumpu kerjaya nyanyian

Miley hanya mahu tumpu kerjaya nyanyian

MILEY CYRUS di samping penerbit muzik, Mike WiLL Made It semasa mereka menghadiri Anugerah Muzik Video MTV di New York pada 25 Ogos lalu.


LOS ANGELES - Bintang terkenal, Miley Cyrus dikatakan enggan berlakon semula, sebaliknya dia hanya mahu memberi tumpuan dalam kerjaya nyanyian, lapor portal hiburan Entertainmentwise semalam.

Dia membuat pengakuan itu menerusi sebuah dokumentari, Miley: The Movement di saluran televisyen MTV di Amerika Syarikat malam kelmarin.

"Tidak akan melakukannya lagi. Saya hanya akan beri tumpuan pada bidang muzik sepanjang hidup saya," ujar Cyrus dalam doku- mentari berkenaan.

Bekas bintang siri televisyen Hannah Montana itu pernah membintangi beberapa filem termasuk The Last Song bersama bekas tunangnya, aktor Liam Hemsworth.

Dia juga pernah berganding dengan aktres Demi Moore menerusi filem LOL dan berlakon dalam So Undercover pada tahun 2012.

Penyanyi berusia 20 tahun itu juga menyumbang suara untuk filem animasi Studio Disney, Bolt.

Bagaimanapun, majoriti filem- filem lakonannya mendapat banyak kritikan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved