Ahad, 20 Oktober 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar UiTM Permatang Pauh bersih Pantai Kerachut

Posted:

Pelajar UiTM Permatang Pauh bersih Pantai Kerachut

Pelajar UiTM Permatang Pauh bersih Pantai Kerachut


SEBAHAGIAN daripada pelajar UiTM bergambar selepas menyertai program Sayangi Pantai Kita 2013 di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 50 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang menyertai program Sayangi Pantai Kita 2013 di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini.

Para peserta berpeluang menjalani latihan berbentuk fizikal dan mental termasuk mendaki bukit dan berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer dari Taman Negara Pulau Pinang ke Pantai Kerachut

Pengerusi program itu, Abdul Mu'iz Nazelan berkata, antara aktiviti yang dijalankan oleh peserta adalah bergotong-royong membersih di Pantai Kerachut.

Malakoff anjur program Kenali Penyu, Sayangi Penyu

Posted:

Malakoff anjur program Kenali Penyu, Sayangi Penyu

Malakoff anjur program Kenali Penyu, Sayangi Penyu


ABDUL RAHMAN (dua dari kanan) dan Ahamad Sabki (tiga dari kiri) melepaskan penyu yang dipasangkan peranti satelit pada program Kenali Penyu, Sayangi Penyu 2013 di Segari, Perak baru-baru ini.


CINTAI HAIWAN. Syarikat penjana tenaga bebas, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menganjurkan program 'Kenali Penyu, Sayangi Penyu 2013' di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang, Segari, Perak baru-baru ini.

Pengurus Loji Janakuasa Malakoff Lumut, Abdul Rahman Hussin berkata, program melibatkan 30 murid sekolah rendah dari sekitar daerah Manjung itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda mengenai kepentingan melindungi penyu yang semakin terancam.

Beliau berkata, Malakoff turut menyumbang sebanyak RM10,000 bagi membantu Jabatan Perikanan Perak melakukan aktiviti pemuliharaan spesies tersebut.

Turut hadir Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood.

Karnival Soccer Kids 2013 MBSA meriah

Posted:

Karnival Soccer Kids 2013 MBSA meriah

Karnival Soccer Kids 2013 MBSA meriah


MOHD. JAAFAR (tengah) menyampaikan cenderamata kejohanan kepada wakil pasukan yang menyertai Karnival Soccer Kids 2013 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


KARNIVAL. Sebanyak 72 pasukan bola sepak menyertai Karnival Soccer Kids 2013 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pertandingan tersebut melibatkan dua kategori iaitu bawah 12 tahun sebanyak 40 pasukan dan bawah sembilan tahun pula 32 pasukan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata, selain pasukan dari Lembah Klang, karnival itu juga menarik minat pasukan dari negeri Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

"Pertandingan itu merupakan platform terbaik untuk pemain bola sepak cilik untuk mempamerkan kemahiran dan bakat mereka untuk diketengahkan ke kejohanan peringkat lebih tinggi," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved