Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Ayam Brand sumbang bantuan makanan
- 20 artis ziarah Sungai Limau
- Ibadah korban semarakkan semangat silaturahim
Ayam Brand sumbang bantuan makanan Posted: Ayam Brand sumbang bantuan makanan
TANGGUNGJAWAB. Pengeluar makanan dalam tin terkenal, Ayam Brand menunaikan tanggungjawab sosialnya apabila menyumbangkan bantuan makanan kepada Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang di George Town baru-baru ini. Menurut wakil Ayam Brand, Khoo Wooi Ling, sumbangan tersebut adalah sebahagian Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand dengan slogan Ikan Berkhasiat, Diet yang Sihat 2013. "Sumbangan produk-produk Ayam Brand berbentuk sardin, tuna, kacang panggang dan lain-lain yang menawarkan pelbagai khasiat untuk penghuni-penghuni di rumah-rumah kebajikan ini. "Menerusi kempen ini, kami memberikan produk makanan tin yang sihat selama dua bulan kepada 45 buah rumah kebajikan seluruh negara termasuk empat di Pulau Pinang," ujarnya. | |
Posted: 20 artis ziarah Sungai LimauZAEINAL ABIDIN (enam dari kiri) bersama barisan artis tanah air yang akan menjayakan Program Ziarah Syukur di Sungai Limau, Kedah yang dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini. KEMPEN. Seramai 20 orang artis veteran dan baharu bergabung tenaga akan berkempen untuk Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah melalui Program Ziarah Syukur yang akan diadakan pada 4 November depan. Penganjurnya yang juga bekas Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar berkata, program kali kedua diadakan bertujuan memberikan kesedaran kepada rakyat negeri Kedah tentang nikmat dan kelebihan yang diberikan sepanjang kerajaan BN memerintah negara. "Program seumpama ini dapat memberikan peluang kepada selebriti untuk mendekati peminat mereka dan secara tidak langsung berkempen bagi pihak BN secara santai," katanya pada sidang akhbar pelancaran program ziarah itu di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini. Antara selebriti yang terlibat termasuk Datuk Aziz Satar, Datuk Mustapha Maarof, Abon, Aznah Hamid, Sheera Iskandar, Ezlynn dan Black. | |
Ibadah korban semarakkan semangat silaturahim Posted: Ibadah korban semarakkan semangat silaturahimSEBAHAGIAN penduduk bergotong-royong memotong daging korban di Surau Al-Hijrah, Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor baru-baru ini. BEKERJASAMA. Semangat gotong-royong jelas terserlah dalam kalangan penduduk Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1, Kajang, Selangor menerusi majlis ibadah korban sembilan ekor lembu yang diadakan di pekarangan Surau Al-Hijrah baru-baru ini. Ketua penyelaras program, Yahizan Che Yap berkata, setiap tahun sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi melantik ahli-ahli yang akan terlibat dalam urusan ibadah korban. Katanya, mereka akan diberi tanggungjawab mengetuai beberapa bidang tugasan antaranya, melapah, memotong dan menimbang daging, mengerat tulang, agihan daging korban, makanan, minuman serta kebersihan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan