Selasa, 1 Oktober 2013

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Pastikan sayur, buah selamat dimakan

Posted:

Pastikan sayur, buah selamat dimakan

Pastikan sayur, buah selamat dimakan

Oleh HAFIZ AHMAD

SEJAK kecil, kita sering diingatkan manfaat sayur-sayur hijau. Ia menjadi menu wajib seharian bagi memperoleh gizi yang seimbang dalam diet seseorang.

Mengikut aras piramid makanan, sayur terletak dalam kategori kedua yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Pengambilannya sama penting dengan buah-buahan yang perlu dimakan sebanyak tiga hingga lima hidangan sehari.

"Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Disebabkan itu, saya menekankan pengambilan sayur dan buah-buahan. Walaupun kadangkala mereka cuba mengelak, saya akan pastikan setiap hidangan sayur dan buah akan dihabiskan," ujar Salina Haiza Ibrahim, 35, yang ditemui ketika membeli kelengkapan dapur di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun, timbul keraguan dalam diri suri rumah sepenuh masa itu apabila mengetahui bahawa sesetengah hasil tanaman mengandungi kepekatan kimia yang amat tinggi.

"Saya ada terbaca dalam akhbar baru-baru ini, ada peladang yang mengambil langkah mudah dengan menggunakan racun serangga dan baja secara berlebihan," kongsi Salina.

Kebiasaannya, ladang-ladang komersial banyak menggunakan racun serangga perosak atau racun haiwan perosak dan baja kimia. Ia dipercayai dapat menghapuskan haiwan perosak dengan cepat seperti belalang, kumbang dan ulat. Di samping itu, ia dapat meningkatkan produktiviti hasil tanaman mereka berlipat kali ganda.

Antara contoh racun serangga perosak yang banyak digunakan ialah racun paraquat, organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat. Ia dijual untuk kegunaan pertanian dan domestik.

Kesan racun serangga perosak dipercayai menyebabkan kerosakan pada organ dalaman. Mereka yang terdedah kepada bahan kimia ini berdepan masalah kerosakan kekal fungsi ginjal, paru-paru, kemandulan dan kematian.


LADANG TZ Agro Riyadh Enterprise merupakan antara syarikat yang mempunyai sijil MyGAP.


Situasi ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kesihatan malah turut mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Dalam membantu pengguna, satu garis panduan perladangan telah dilakukan pada Ogos lepas.

Ia dikenali sebagai Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) yang bertujuan memastikan peladang menggunakan racun serangga perosak dan baja kimia secara terurus. Piawaian ini meliputi menghasilkan produk berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan.

Logo

Peladang yang memiliki sijil MyGAP akan meletakkan pelekat atau pembungkus plastik yang mempunyai logo MyGap di atas hasil tanaman mereka.

Setiap sayur-sayuran atau buah-buahan yang mempunyai logo MyGAP dijamin ciri-ciri keselamatannya memandangkan peladang yang ingin mendapatkan pengesahan perlu melalui beberapa saringan ketat.

Ironi, tidak ramai yang mengetahui kewujudan MyGAP yang merupakan penjenamaan semula kepada Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).

Ketika membuat tinjauan di pasar raya besar sekitar ibu kota baru-baru ini, kebanyakan pengguna yang ditemui kurang jelas dengan logo MyGAP yang terdapat di sayur-sayuran. Mereka hanya mengambil mana-mana sayuran yang diingini tidak kira ia mempunyai pelekat MyGAP atau tidak.

Jaminan keselamatan

"Sejujurnya, saya memang tidak tahu maksud dan kewujudan logo tersebut. Mungkin penjelasan secara terperinci perlu diberikan memandangkan ia memberi kesan kepada keselamatan dan kesihatan pengguna," ujar Salina.

Pengusaha ladang TZ Agro Riyadh Enterprise, Noor Hartini Derapi, 35, berkata, masih ramai pengguna yang tidak menyedari kepentingan sayur atau buah-buahan yang mempunyai logo MyGAP.

"Ketika berniaga di pasar tani, kami terpaksa memberi penerangan tentang kebaikan membeli sayur atau buah-buahan yang mempunyai lambang MyGAP disebabkan pengetahuan mengenai perkara itu masih belum meluas.


PRODUK yang mempunyai sijil MyGAP dijamin selamat untuk dimakan kerana ia telah mengikut piawaian yang ditetapkan. - Gambar hiasan


"Sebenarnya, mereka tidak perlu risau tentang harga kerana kebanyakan hasil tanaman dijual sama seperti produk lain," ujar Noor Hartini ketika ditemui di ladangnya yang terletak di Serdang, Selangor.

Bezanya, tambah Noor Hartini, produk di bawah MyGAP mempunyai jaminan keselamatan dari segi penggunaan racun dan baja yang terkawal.

"Selama dua tahun mendapat sijil MyGAP, ladang kami selamat daripada sebarang pencemaran. Serangan serangga perosak dapat dikurangkan melalui sistem racun dan baja yang sistematik," kata Noor Hartini yang mengusahakan ladang tersebut bersama rakannya, Zulfa Zamzam, 37.

Mengusahakan tanaman Rock Melon, Zulfa menjelaskan, sistem yang digunakan sangat terurus, mesra alam dan tidak perlu menyembur racun atau baja secara konvensional.

"Baja dibancuh dalam sebuah bekas kecil sebelum dituang ke dalam bekas besar yang akan menghantar bancuhan tersebut melalui sistem perpaipan. Ia akan disalurkan terus kepada tumbuhan-tumbuhan tersebut," ujar Zulfa.

Dalam memastikan produk tanaman di bawah MyGAP mendapat perhatian yang lebih meluas, Zulfa berpendapat, pihak berkaitan perlu menjalankan promosi dan penerangan kepada masyarakat umum.

Informasi tersebut dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan sumber makanan mereka.

"Selain itu, peladang-peladang juga harus diberi penerangan mengenai kebaikan MyGAP. Mungkin ia masih belum dikuatkuasakan, maka mereka terus mengambil remeh perkara itu," katanya.

Krisis air melanda China

Posted:

Krisis air melanda China

Krisis air melanda China


PENGURUSAN sumber air yang tidak sistematik menyebabkan China berdepan masalah air yang kritikal menjelang 2030.


NEGARA China ketika ini berdepan krisis air yang teruk hingga menjejaskan kehidupan harian sebahagian penduduknya.

Ekoran krisis tersebut, pihak berkuasa negara berkenaan memberikan alasan perubahan iklim sebagai penyebab utama pengurangan sumber air. Bagaimanapun, ramai pengkritik berpendapat, kepesatan pembangunan dengan pembinaan projek-projek mega sebagai punca utama masalah itu.

Tahun ini, negara itu telah mengeluarkan "banci air" kebangsaan dengan menyatakan berlakunya pengurangan log-log sungai sejak tahun 1990. Pangkalan data kerajaan mencatatkan penurunan daripada 28,000 sungai kepada 23,000 sungai.

Banci tersebut tidak memberi alasan mengenai pengurangan itu tetapi menurut biro cuaca China, beberapa sungai utama, termasuk Sungai Kuning yang menghubungkan sembilan wilayah, menunjukkan pengurangan paras air sejak tahun 1970. Situasi ini akan menjadi trend dan berterusan untuk tahun-tahun berikutnya.

Pensyarah di Universiti Nanjing, China, Zhou Lei, turut menolak krisis air tersebut disebabkan oleh perubahan cuaca. Beliau menyatakan, krisis itu berpunca daripada masalah perbandaran dan pengurusan sumber air.

"Di kampung saya yang terletak di Jiangxi, sistem perairan diperoleh melalui air bawah tanah, sungai-sungai, kolam dan paya. Bagaimanapun, kesemua sumber itu telah musnah sejak 20 tahun lalu. Ia disebabkan oleh pelan perbandaran, pembinaan bangunan dan projek pengangkutan mega," katanya yang banyak membuat kajian mengenai kesan industri kepada alam sekitar.

China telah berjanji untuk membelanjakan trillion yuan untuk meningkatkan bekalan air, membersihkan sungai dan penjagaan sumber air.

Walaupun ia dilihat mampu mengekalkan kestabilan sumber air tetapi ia bersifat sementara ekoran pertambahan populasi di negara berkenaan.

Pada masa sama, Beijing perlu memberi tumpuan kepada peningkatan makanan, tenaga dan permintaan industri.


PENDUDUK di kawasan pedalaman merupakan golongan yang paling terjejas ekoran krisis air di China.


Sungai lenyap

Di barat laut Gansu iaitu salah satu daripada kawasan kering di China, ratusan sungai telah lenyap.

Di bandar Minqin, penduduk menyatakan masalah itu bukan baru berlaku malah sungai berdekatan Shiyang lenyap bukan kerana peningkatan suhu tetapi disebabkan pembinaan satu takungan air yang besar dua dekad lalu. Takungan air itu bagi mengairi ladang besar sekali gus menyekat laluan air ke sungai berkenaan sekali gus air sungai itu menjadi kering.

China telah lama berusaha untuk mengepam air dari sumber bawah tanah, tetapi ia telah menghampiri had yang sepatutnya. Unjuran menjangkakan jumlah permintaan tahunan pada tahun 2030 mencapai 700 hingga 800 bilion meter padu. Ia jauh lebih rendah daripada jumlah bekalan sedia ada.

"Dalam tempoh 50 tahun lalu, pihak berwajib hanya menumpukan usaha meluaskan bekalan air. Saya fikir sudah tiba masanya memberi fokus kepada kaedah pemuliharaan," ujar Pakar Air dan Pengarah Institut Hal Ehwal Awam dan Alam Sekitar (IPE), Ma Jun kepada Reuters.

Kemiskinan

Kebergantungan kepada projek mega untuk menyelesaikan kekurangan sumber telah mencipta jurang kemiskinan. Air disalurkan kepada ladang-ladang milik kerajaan, kilang industri gergasi atau stesen kuasa hidro.

Ia telah mengalihkan aliran semula jadi dan menjadikan kawasan sekitarnya lebih kering.

Atas nama pembangunan, beberapa kawasan di negara tersebut terpaksa memilih antara air atau tenaga. Gansu misalnya, merancang untuk membina beberapa loji hidro gergasi di kawasan hulu Sungai Kuning walaupun mendapat bantahan daripada banyak pihak yang bimbang projek itu akan menyekat bekalan air di bahagian hilir.

Di Yunnan, berpuluh-puluh sungai dijadikan empangan untuk menjana kuasa manakala sistem terusan yang kompleks dibina untuk memperbaiki pengairan.

Lencongan air telah menyebabkan krisis bertambah buruk. Pada bulan April lalu, beratus-ratus telaga dan sungai kering hingga memberi kesan kepada beribu-ribu orang petani.

Salah satu projek mega yang sedang dijalankan ialah sistem terusan yang dikenali sebagai projek Lencongan Air Selatan-Utara.

"Projek mega ini boleh memberi kesan negatif terhadap bekalan air dan kesannya boleh merebak ke kawasan sekitar terutama di bahagian barat China," kata Ma. - Reuter

Kuasai peranti Android

Posted:

Kuasai peranti Android

Kuasai peranti Android

Oleh KHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN


RAMAI dalam kalangan pengguna tidak mengetahui kemampuan sebenar peranti Android pada telefon pintar mereka.


ANDROID boleh dikatakan salah satu sistem operasi telefon pintar dan tablet paling ramai penggunanya di dunia.

Saban tahun, pelbagai model dihasilkan oleh para pengeluar telefon pintar, menawarkan pelbagai ciri terkini pada model keluaran terbaharu mereka.

Namun, di sebalik ciri-ciri terkini yang diperkenalkan pengeluar, ramai yang masih tidak tahu sepenuhnya kemampuan peranti Android mereka. Berikut disenaraikan ciri-ciri 'tersembunyi' yang sedia ada pada telefon Android anda:

Akses komputer daripada Android

Ingin mengakses komputer anda dari luar rumah? Terdapat banyak aplikasi yang membenarkan capaian jauh menerusi internet yang boleh dimuat turun dari Play Store seperti 2x atau Slashtop 2 Remote Desktop.

Anda juga boleh mengakses peranti Android anda daripada komputer dengan menggunakan aplikasi komputer seperti AirDroid yang boleh dimuat turun dari www.airdroid.com.

Menggunakan tetikus dan papan kekunci USB

Dengan kabel adapter USB, anda boleh berinteraksi dengan telefon atau tablet Android anda menggunakan tetikus USB berwayar mahupun wayarles.

Telefon Android mampu membekalkan kuasa yang mencukupi untuk membolehkan tetikus wayarles 2.4 GHz berfungsi.

Namun begitu, untuk menggunakan papan kekunci pada masa yang sama, anda perlu menggunakan hub USB bagi membolehkan kedua-duanya berkongsi port micro USB yang sama.


APLIKASI MapMyRide sesuai bagi mereka yang aktif dalam sukan berbasikal.


Kamera keselamatan

Bagi mereka yang sering menukar telefon dalam tempoh yang singkat, telefon Android anda yang terdahulu boleh digunakan sebagai kamera keselamatan.

Hanya muat turun aplikasi Android seperti AtHome Video Streamer dan ia akan menukarkan telefon anda kepada sebuah Kamera IP, membolehkan anda memantau keadaan di dalam rumah, atau boleh digunakan sebagai 'mata dan telinga' di rumah bagi mengawasi tingkah laku pembantu rumah.

Mengakses storan USB

Disebabkan Android menggunakan sambungan micro USB, yang fizikalnya lebih kecil berbanding port USB biasa, ramai yang beranggapan Android tidak boleh digunakan untuk mengakses storan USB, seperti yang lazimnya dilakukan pada komputer.

Akan tetapi dengan menggunakan kabel adapter USB, aplikasi Android seperti USB Storage Manager dan akses root pada sistem operasi, anda kini boleh memindahkan fail terus dari storan USB, sama ada ke telefon atau terus ke aplikasi web seperti e-mel dan sebagainya.

Pedometer dan meter basikal

Anda gemar melakukan aktiviti riadah seperti berjoging dan berbasikal? Gunakan aplikasi seperti Accupedo pada Android yang boleh mengukur langkah dan jarak larian anda.

Bagi yang berbasikal, anda boleh menggunakan aplikasi MapMyRide untuk mengesan laluan, kelajuan, jarak, tempoh masa dan jumlah kalori yang berjaya 'dibakar' hasil daripada aktiviti kayuhan anda.


RIBUAN aplikasi yang dihasilkan pada peranti Android memberi kelebihan kepada pengguna.


Memanjangkan hayat bateri dengan Undervolt

Pengguna telefon pintar sering mengeluh tentang hayat bateri mereka yang hanya mampu bertahan tidak sampai sehari. Pelbagai gajet wujud di pasaran yang membolehkan pengguna mengecas telefon mereka dengan mudah.

Selain membeli pengecas tambahan, adapter pengecas kereta dan menggunakan power bank, pengguna juga boleh memilih untuk merendahkan frekuensi CPU dan voltan, satu proses yang dikenali sebagai undervolting.

Proses ini dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sekali gus memanjangkan hayat bateri telefon anda dengan tambahan sehingga dua jam sebelum ia perlu dicas.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved