Selasa, 1 Oktober 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


75 nelayan China hilang dibadai taufan Wutip

Posted:

75 nelayan China hilang dibadai taufan Wutip

75 nelayan China hilang dibadai taufan Wutip

SEBATANG pokok tumbang ditiup angin kuat ketika Taufan Wutip melanda wilayah Ha Tinh, tengah Vietnam semalam.


BEJING - Seramai 75 orang nelayan China dilaporkan hilang selepas tiga bot nelayan karam dilanda taufan di Laut China Selatan semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan ketiga-tiga bot nelayan itu dilanda Taufan Wutip kelmarin dekat Kepulauan Paracel, kira-kira 330 kilomter dari wilayah Hainan di China.

Beberapa sumber memberitahu, setakat ini pasukan penyelamat telah menyelamatkan 14 mangsa.

Ketika kejadian, bot-bot berkenaan belayar dari wilayah Guandong di selatan China.

Taufan Wutip yang bertiup selaju 117 kilometer sejam tiba di Vietnam semalam sebelum dijangka melanda Thailand hari ini.

Di Vietnam, kerajaan menutup sejumlah sekolah, dan memindahkan kira-kira 70,000 orang ke pusat-pusat pemindahan sementara.

Bencana itu menyebabkan hujan lebat dan banyak pokok tumbang manakala lebih 1,000 buah kediaman turut rosak.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Thailand memberi amaran, hujan lebat dijangka turun dan memburukkan lagi banjir di timur laut negara itu.

"Kami menjangka banjir akan merebak," kata seorang jurucakap kerajaan, Teerat Ratanasevi.

"Pasukan tentera telah diminta untuk membantu memindahkan mangsa banjir yang terperangkap," tambahnya. - Reuters

One Direction didakwa langgar lampu isyarat

Posted:

One Direction didakwa langgar lampu isyarat

One Direction didakwa langgar lampu isyarat


Pihak polis Australia sedang menyiasat laporan mengenai kumpulan One Direction melakukan kesalahan trafik di negara itu baru-baru ini.


LOS ANGELES - Polis Australia sedang menyiasat laporan mengenai kumpulan One Direction yang didakwa melakukan kesalahan trafik, lapor akhbar Mirror kelmarin.

Penolong Pesuruhjaya, Nick Anticich berkata, anggota-anggota kumpulan itu dikatakan telah melanggar tiga lampu isyarat merah.

"Jika benar ini berlaku, ia merupakan sikap yang tidak boleh diterima. Saya sudah mengarahkan pihak penguat kuasa trafik untuk menyiasat. Kami memer- lukan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut," kata Anticich.

Tambah pegawai polis berkenaan, walaupun One Direction sebuah kumpulan popular, mereka tidak boleh dibiarkan melanggar undang-undang.

"Kami akan berurusan dengan setiap orang dalam cara yang sama. Walaupun mereka merupakan bintang pop, ia tidak bermakna mereka boleh melanggar undang-undang atau mendapat layanan berbeza daripada orang lain," jelasnya lagi.

Lima anggota kumpulan itu didakwa melanggar lampu merah selepas menaiki sebuah kenderaan kerana mahu mengelak daripada peminat dan jurugambar paparazi selepas meninggalkan hotel Crown di Perth baru-baru ini. - Agensi

Gerabak kereta api lama jadi penginapan mewah

Posted:

Gerabak kereta api lama jadi penginapan mewah

Gerabak kereta api lama jadi penginapan mewah


GERABAK kereta api lama ini memiliki hiasan dalaman serba mewah kelas pertama untuk kegunaan pengunjung ke penginapan tersebut di Allerston, North Yorkshire, Britain.


ALLERSTON, Britain - Sepasang suami isteri di Britain telah menukar tiga gerabak kereta api lama di Allerston, North Yorkshire menjadi sebuah rumah tetamu kelas pertama sejak 17 tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Pasangan itu, Carol dan Mark Benson menukar keseluruhan ruang dalaman tiga gerabak kereta api restoran layan diri tersebut kepada ruang penginapan mewah.

Stesen itu kini mengalu-alukan kehadiran para tetamu pelbagai peringkat usia sama ada dari kanak-kanak sekolah sehingga warga emas yang telah bersara.

Gerabak-gerabak berusia 45 tahun itu dilengkapi sebuah dapur, ruang tamu dan dua hingga tiga bilik tidur.

"Kami pada mulanya sedang mencari idea untuk membuka sebuah perniagaan penginapan di kawasan tersebut dan saya suka stesen kereta api itu sebaik sahaja melihatnya," kata Carol, 54, ibu kepada dua orang anak.

Stesen kereta api itu pada asalnya digelar Stesen Wilton. Namun, ia ditukar nama kepada Stesen Ebberston selepas tahun 1900. Kini ia diberi nama The Old Station.

"Saya menemui stesen ini dan memberitahu suami yang saya mahu membelinya. Keadaannya ketika itu sangat menyedihkan.

"Suami saya mempersoalkan di mana dia mahu meletakkan pengunjung itu nanti. Kemudian saya mendapat idea. Saya jawab sudah tentu kita letak mereka di dalam gerabak. Bahagian lain hanya tinggal sejarah," kata Carol. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved