Khamis, 17 Oktober 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Saya tak cari kontroversi - Ika

Posted:

Saya tak cari kontroversi - Ika

Saya tak cari kontroversi - Ika

BERMULA dengan isu melakukan tindik lidah sehingga mengundang kritikan ramai, kemudian dirinya dikatakan pula seorang lesbian dan mempunyai hubungan cinta dengan pengkid serta dituduh menyimpan peralatan seks.

Terkini, kontroversi mengenai tindakannya menghamburkan kata-kata kesat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara tidak berpuas hati dengan kelakuan seorang individu yang meminta gambar bogelnya hangat diperkatakan.

Itulah rentetan kontroversi yang melanda pelakon Tanda Putera, Ika Nabella sepanjang bergelar artis setelah tersingkir daripada Akademi Fantasia 6 (AF 6) dahulu. Ironinya, ada pihak yang beranggapan namanya popular gara-gara isu sensasi berbanding kisah kerjayanya.

Melihat tepat ke arah anak matanya semasa ditemu bual kelihatan sekelumit kekecewaan yang seperti terpendam di hatinya, Ika meluahkan segala kontroversi yang berbangkit bukanlah atas kehendak dirinya sendiri.

"Saya menceburkan diri dalam dunia seni kerana minat yang mendalam, malah saya lebih gemar bercerita tentang kerjaya berbanding memperkatakan tentang isu-isu peribadi.

"Bagaimanapun, saya sedar dan akur bahawa inilah realitinya apabila menjadi seorang artis. Cuma, saya tidak pernah mencari kontroversi semata-mata mahu meraih populariti dengan segera," ungkap pelakon berusia 24 tahun itu.

Ditanya mengenai pandangannya terhadap pelbagai kontroversi yang sering melanda dirinya itu, pelakon itu memberitahu ia boleh dijadikan sebagai pengajaran paling berguna supaya kesilapan sama tidak berulang.

Ujar Ika, pada masa akan datang dia enggan lagi terlalu cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu isu yang melanda dan perlu menanganinya dengan lebih bijak supaya peminat tidak skeptikal terhadap dirinya.

IKA tidak kisah menerima teguran daripada mana-mana pihak, namun biar teguran tersebut berhemah.


"Permasalahan yang timbul sebelum ini seperti meluahkan kata-kata kesat di Instagram, semuanya berpunca daripada situasi tekanan yang dialami sehingga tidak memikirkan dahulu impak yang akan diterima.

"Jadi, saya perlu sentiasa bersikap positif dan lebih terbuka selepas ini dengan tidak melakukan tindakan terburu-buru supaya tidak dikecam hebat. Saya sekadar berharap perkara yang pernah terjadi itu tidak akan berulang kembali," ujarnya.

Menyatakan dirinya sedia ditegur sekiranya melakukan sebarang kesalahan, tetapi Ika meminta supaya tidak ada pihak yang suka menghakimi seseorang individu itu sebelum mengenali dengan lebih rapat.

"Kalau hendak memberi teguran sekalipun biarlah dengan cara yang lebih berhemah dan bukan sekadar melemparkan tuduhan tidak berasas. Saya anggap sebarang teguran itu boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri sendiri," tegasnya.

Biarpun sering terpalit dengan kontroversi, pelakon itu menyatakan ia langsung tidak menjejaskan kariernya sebagai pelakon serta hubungan dengan ahli keluarga yang lain kerana mereka lebih mengenali dirinya yang sebenar.

Berlakon

Menceritakan tentang perkembangan kerjayanya pula, Ika memberitahu rezekinya sekarang ini lebih berpihak kepada lakonan, meskipun tidak pernah melupakan bidang nyanyian.

Ujarnya, setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam dunia seni, dia lebih kerap berlakon dalam drama bersiri dan telemovie, manakala nyanyian pula agak kurang dan hanya pada acara-acara tertentu sahaja.

"Tidak dinafikan kemunculan saya lebih banyak di kaca televisyen berbanding di layar perak. Tawaran berlakon filem itu banyak juga yang diterima, tetapi biasanya ia akan bertembung dengan jadual lain.

"Apa pun saya tidak kisah sangat dan tetap bersyukur kerana rezeki dalam lakonan masih terbuka luas. Dengan pelbagai tawaran yang diterima membuktikan masih ramai pengarah dan penerbit yang memberikan kepercayaan kepada saya," ujarnya yang baru sahaja muncul dalam filem Tanda Putera pada Ogos lalu.

Berkenaan dengan aktiviti seninya sekarang, pelakon itu memberitahu dia bakal tampil dalam sebuah drama bersiri berjudul Seindah Sabarmu yang mula disiarkan di TV9 sejak 15 Oktober lalu.

"Anissa merupakan rakan baik kepada Fiqa yang dibawakan Nad Zainal, tetapi konflik antara kedua-duanya mula timbul apabila mereka mencintai lelaki yang sama sehingga Anissa melakukan perkara yang di luar batasan," ujarnya.

IKA menafikan dia seorang wanita yang tertarik dengan wanita lain.


Selain Ika dan Nad, pelakon yang turut membintangi drama bersiri sepanjang 14 episod itu antaranya ialah Shah Iskandar, Shahronizam dan Hanis Kamal.

Usaha lebih

Seperti yang telah diketahui umum, pembabitan Ika dalam AF 6 pada tahun 2008 tidak berpanjangan apabila dia menjadi peserta yang kedua terkeluar, sekali gus gagal merebut gelaran juara.

Namun begitu, dia dilihat antara peserta yang agak bertuah kerana masih lagi mampu bertahan, tidak seperti kebanyakan peserta lain yang terus tenggelam daripada arus perdana hiburan.

"Kalau diikutkan memang agak sukar untuk meneruskan karier dalam seni pada peringkat awal, tetapi yang paling utama kena berusaha dengan lebih gigih lagi sekiranya ingin menggapai impian yang terpendam sejak sekian lama.

"Walaupun tersingkir awal semasa AF 6 dahulu, tidak bermakna impian tidak boleh digapai. Yang penting, seseorang itu harus bijak mencari peluang yang ada serta tidak mudah berputus asa," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada dia mengikuti perkembangan AF 2013 yang sedang rancak berlangsung ketika ini, Ika memberitahu sekiranya ada kelapangan dia akan menontonnya di rumah.

"Dengan perubahan konsep yang dilakukan saya dapati persaingan kali ini lebih sukar dan mencabar buat para peserta. Selain itu, mereka perlu lebih kreatif terutamanya untuk menarik lebih banyak undian daripada penonton.

"Kepada peserta yang sudah tersingkir pula, jangan terlalu cepat patah semangat kerana ia tidak bermakna hasrat untuk mengejar impian menjadi seorang artis sudah berakhir," ujarnya.

Jodoh Facebook Cristina Suzanne

Posted:

Jodoh Facebook Cristina Suzanne

Jodoh Facebook Cristina Suzanne

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


BUAT masa ini Cristina belum mahu mendedahkan identiti tunangnya ini kepada umum.


PERNAH digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Bront Palarae sebelum ini, akhirnya pelakon kacukan PERNAH digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Bront Palarae sebelum ini, akhirnya pelakon kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stockstill telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya pada 13 Oktober lalu.

Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang agak mengejutkan kerana pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Bicara Hati itu pernah membuat kenyataan mengenai pertunangannya sebelum ini.

Ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini, Cristina atau lebih mesra dengan panggilan Cris itu tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila sudah selamat bergelar tunangan orang.

Selain itu, Cris memberitahu bahawa dia tidak mengambil tempoh masa yang lama untuk bertunang dan telah memilih 22 Januari 2014 sebagai hari perkahwinannya nanti.

Kosmo!: Boleh ceritakan tentang majlis pertunangan Cris yang berlangsung baru-baru ini. Siapakah jejaka yang telah berjaya menambat hati anda untuk dijadikan sebagai suami?

Alhamdulillah, majlis yang dilangsungkan di Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang berjalan dengan lancar. Meskipun tidak dibuat secara besar-besaran, masih ramai ahli keluarga dan sahabat yang datang memeriahkan majlis.

Mengenai identiti tunang saya itu pula, biarlah saya tidak dedahkannya buat masa ini. Biarlah semuanya akan terjawab semasa berlangsungnya majlis perkahwinan kami nanti.

Bagaimanakah detik perkenalan anda dan tunang berlaku?

Sebenarnya kami sudah lama saling mengenali kerana kakaknya merupakan rakan saya. Pada bulan Ramadan lalu dia tegur saya menerusi laman sosial Facebook dan kemudian saya ajak dia datang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga. Selepas itu, dia datang secara bersendirian ke rumah dan kami sempat berbual tentang pelbagai topik. Mulai saat itu saya dapat rasakan seperti ada tarikan tersendiri sehingga boleh terpikat dengannya.

Apakah ciri-ciri menarik yang membuatkan anda jatuh hati dengannya?

Pertama sekali sudah tentu keperibadian yang dimiliknya iaitu sangat menghormati orang tua dan pandai mengambil hati adik-beradik saya yang lain. Lagipun ahli keluarga saya juga memang suka kepadanya.

FIGURA cantik ini sedang gigih belajar memasak dengan ibunya sebagai persiapan sebelum bergelar isteri kelak.


Kalau diikutkan tempoh pertunangan anda cuma empat bulan sahaja. Kenapa mengambil keputusan untuk berkahwin dalam tempoh yang cepat?

Bagi saya perkara yang baik buat apa hendak ditangguh-tangguhkan dan lebih baik ia dilangsungkan secepat yang boleh. Lagipun pada tahun hadapan usia saya sudah menjangkau 29 tahun dan memang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

Apakah istimewanya tarikh 22 Januari 2014 sebagai hari bersejarah dalam hidup anda?

Sebenarnya tiada sebarang keistimewaan pun tentang tarikh tersebut, sebaliknya ia merupakan tarikh kelahiran saya yang ke-29. Sudah tentu mudah buat saya untuk meraikan hari kelahiran dan ulang tahun perkahwinan serentak.

Adakah anda sudah mula membuat sebarang persediaan untuk acara perkahwinan nanti?

Setakat ini masih belum ada lagi persediaan yang dilakukan, kecuali kini saya sedang belajar memasak dengan ibu. Untuk bergelar seorang isteri sudah tentu ia sangat penting, malah ibu saya memang seorang yang pandai memasak.

Bagaimanakah pula dengan perkembangan aktiviti seni anda sekarang?

Buat masa sekarang saya masih lagi berehat dan tidak terbabit dalam sebarang penggambaran. Kali terakhir saya berlakon adalah menerusi filem CEO pada Julai lalu dan selepas itu saya banyak meluangkan masa di kampung halaman di Kuantan. Kalau diikutkan memang ada pihak yang menawarkan saya berlakon, tetapi saya beritahu kepada mereka yang kini saya sedang berehat. Bagaimanapun, saya masih menantikan tawaran berlakon dengan karakter yang memenuhi keinginan saya.

Fatwa Hati Nowseeheart

Posted:

Fatwa Hati Nowseeheart

Fatwa Hati Nowseeheart

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

FAHD menyuntik elemen baharu dalam lagu Nowseeheart menerusi single kolaborasi mereka, Fatwa Hati.


MASIH lagi mengekalkan lirik-lirik ketuhanan dan kerohaniah, kumpulan nasyid Nowseeheart banyak memberi kelainan terutamanya dari segi konsep muzik yang dibawa oleh mereka.

Sejak awal kemunculan Nowseeheart pada tahun 1996, penampilan mereka yang memakai beret sudah pun menunjukkan keunikan.

Malah, konsep Nowseeheart yang mengetengahkan vokal soprano serta kumpulan koir menjadikan mereka sebagai kumpulan nasyid pertama yang berbuat demikian.

Sejak itu Nowseeheart telah mengambil keputusan untuk memberi kelainan dalam setiap album yang dikeluarkan. Single yang berjudul Damai Yang Hilang dari album sulung telah mula mempopularkan nama Nowseeheart sehingga ke hari ini.

"Mengimbau dari album pertama, kami keluar dengan konsep vokal seperti Queen manakala album kedua kami tampilkan gitar serta dram dalam muzik Nowseeheart.

"Album ketiga pula, kami tampil dengan konsep muzik berselawat, sedangkan pada masa itu masyarakat asyik dengan aliran muzik balada, rock dan pop.

"Seterusnya, kami membuat kompilasi dengan menampilkan muzik joget dan muzik tradisional. Terbaharu, kami selitkan genre rock nasyid yang mungkin bukan perkara baharu namun diberi kelainan oleh Nowseeheart," tutur salah seorang anggota Nowseeheart, Azahari Abdul Rahman ketika mengadakan sesi fotografi di studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Walaupun telah menyepi selama empat tahun, namun, beritahu ketua kumpulan, Idzhar Jumali, permintaan peminat masih wujud dalam pasaran nasyid tempatan.

'Percutian' selama empat tahun itu telah dimanfaatkan oleh anggota Nowseeheart dengan kerja-kerja belakang tabir seperti penerbitan, penulisan lirik lagu selain komitmen kerja harian.

Selain itu, bercerita mengenai anggota kumpulan Nowseeheart yang dahulunya dianggotai oleh enam orang, kini mereka hanya tampil berempat meneruskan perjuangan.


NOWSEEHEART (dari kiri, Huzaimi, Sariman, Idzhar dan Azahari) pertama kali bergabung bakat dan aura dengan Fahd (tengah).


Mereka yang masih setia dan mahu menyalurkan kebaikan menerusi muzik mereka ialah Mohd. Huzaimi Mohd. Zaini, Muhammad Sariman, Azahari Abdul Rahman serta Idzhar Jumali.

"Mungkin bagi pendapat peribadi saya, industri masih perlukan Nowseeheart. Boleh dikatakan kami ialah kumpulan nasyid yang menjadi trendsetter kepada industri nasyid sendiri di Malaysia.

"Jadi, kami mahu berikan sesuatu perkara yang baharu dan kami juga dikenali dengan sebuah kumpulan nasyid yang melanggar perkara lazim yang dibuat oleh sebuah kumpulan nasyid. Kami mahu lakukan perbezaan dan tidak meniru dengan apa yang ada," jelas Idzhar.

Fatwa Hati

Kehilangan Nowseeheart selama empat tahun juga memberi peluang kepada kumpulan itu untuk penghasilan album keenam mereka. Album yang masih dalam proses tersebut bakal dilancarkan pada hujung tahun kelak.

Namun, sementara itu, mengikut aliran muzik tempatan kini, mereka telah pun melancarkan single pertama dari album terbaharu ini yang berjudul Maafkan Aku.

"Alhamdulillah, single pertama dari album keenam kami yang berjudul Maafkan Aku telah dilancarkan dan klip video pula telah pun dimuatnaik ke dalam laman YouTube. Kini, kami sedang mempromosi single kedua pula yang diberi judul Fatwa Hati.

"Kali ini kami menggunakan konsep rock dan balada dalam album keenam kami, begitu juga Fatwa Hati dan kami juga telah berkolaborasi bersama Fadh. Lagu ini merupakan gubahan Azahari serta lirik oleh saya," bicara Idzhar tentang Fatwa Hati yang dilancarkan pada bulan Oktober ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved