Khamis, 17 Oktober 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


400 wanita sertai Hari Wanita peringkat daerah Lundu

Posted:

400 wanita sertai Hari Wanita peringkat daerah Lundu

400 wanita sertai Hari Wanita peringkat daerah Lundu

ANTARA peserta dari kawasan Parlimen Mas Gading dan Santubong yang menyambut Hari Wanita peringkat daerah Lundu, Sarawak baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 400 wanita dari kawasan Parlimen Mas Gading dan Santubong menghadiri majlis sambutan Hari Wanita peringkat daerah Lundu, Sarawak baru-baru ini.

Pengerusi penganjur sambutan tersebut, Puan Sri Jamilah Anu berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk menghargai sumbangan golongan wanita terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Katanya, antara aktiviti yang diadakan untuk memeriahkan program termasuklah pertandingan gubahan, menghias kek, masakan tradisional dan saringan kesihatan.

"Golongan wanita yang mengambil bahagian dalam majlis ini juga menerima cenderamata berbentuk pin sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka terhadap negara ini," katanya.

Pesakit kanser dapat sumbangan Econsave

Posted:

Pesakit kanser dapat sumbangan Econsave

Pesakit kanser dapat sumbangan Econsave


ZAMZURI (berdiri empat dari kanan) menyampaikan pelbagai barangan keperluan harian bernilai RM1,000 kepada Mohd. Fauzul (tiga dari kanan) di Econsave Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


PRIHATIN. Nasib seorang pesakit kanser, Mohd. Fauzul Abd. Manas, 40, dari Kampung Pondok, Merbok mendapat perhatian pasar raya Econsave Cash @ Carry Sdn. Bhd. (Econsave) Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pengurus Operasi Econsave Utara, Zamzuri Mansor berkata, pihaknya menyalurkan bantuan RM1,000 melalui Program Dana Prihatin Econsave bagi membolehkan Mohd. Fauzul membeli pelbagai barangan keperluan harian untuk keluarganya.

Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan itu, Pengurus Econsave Bandar Puteri Jaya, Ahmad Izuddin Othman dan Isteri Mohd. Fauzul, Rohaya Mat Arof.

Mohd. Fauzul ketika ditemui bersyukur kerana masih ada pihak bersimpati dengan penderitaannya yang menghidapi penyakit kanser, diabetes dan darah tinggi sejak empat tahun.

Larian BHP Petrol berjaya kutip derma RM30,000

Posted:

Larian BHP Petrol berjaya kutip derma RM30,000

Larian BHP Petrol berjaya kutip derma RM30,000


LODIN WOK (berdiri lima dari kiri) bergambar bersama para pemenang Larian Amal BHP Petrol Oren13 di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


LARIAN AMAL. Lebih 3,500 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Larian Oren13 anjuran BHP Petrol yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Acara itu diadakan sebanyak empat kali setahun melibatkan penyertaan peserta berumur dari 13 tahun dan ke atas dengan jarak larian sejauh 11 kilometer.

Menurut Pengarah Urusan BHP Petrol, Tan Kim Thiam, larian yang bertujuan menyebarkan mesej kebajikan itu berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM30,000 daripada para peserta.

Katanya, sebanyak RM20,000 daripada kutipan itu disumbangkan kepada balu anggota polis, Sarjan Zal-Azri Abdul Somad, Atiqah Mohd. Rosdi yang terbunuh semasa menjalankan tugas di Melaka pada 23 September lalu, manakala RM10,000 lagi diserahkan kepada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia.

Majlis penyampaian hadiah dan sumbangan dilakukan oleh Timbalan Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved