Khamis, 17 Oktober 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM tidak campur tangan

Posted:

FAM tidak campur tangan

FAM tidak campur tangan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

ASEH (berdiri lima dari kanan barisan depan) bergambar dengan para wakil FA negeri selepas mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM di Putrajaya, semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan campur tangan sebarang urusan persatuan bola sepak negeri (FA) berhubung pembayaran gaji pemain mereka terutamanya yang berkemampuan membayar gaji yang lebih tinggi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya tidak mengekang kemampuan mana-mana FA dalam usaha memburu pemain berprofil tinggi dengan bayaran gaji yang setimpal.

"Ia sesuatu yang normal dan perlu dilihat secara profesional.

"Jika di England, mana-mana kelab berkemampuan seperti Manchester City dan Chelsea juga mampu membayar gaji yang tinggi kepada pemain mereka.

"Jadi, tidak sama sekali (sama ada FAM mahu menetapkan gaji siling pemain selepas ini)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Integriti Kali Kedua Bagi Sesi 2010-2014 di Putrajaya semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Emran Kadir mempersoalkan perbezaan kemampuan kewangan pasukan-pasukan yang bersaing dalam saingan Liga Malaysia.

Beliau mendakwa, mana-mana pemain pasukan yang kurang berkemampuan akan didorong menerima sogokan terutamanya jika lewat menerima gaji masing-masing, namun perkara itu segera disangkal Hamidin.

Hamidin berkata, kenyataan Emran sebaliknya menjurus kepada kemungkinan mana-mana perlawanan yang cuba diatur pihak tertentu.

"Mana-mana pasukan yang berkemampuan tidak semestinya mampu muncul juara.

"Sebaliknya, pengurusan yang bagus, jurulatih yang berkualiti serta sokongan penyokong merupakan antara kunci kejayaan pasukan," jelas Hamidin.

'Terserah kepada FC Ryukyu'

Posted:

'Terserah kepada FC Ryukyu'

'Terserah kepada FC Ryukyu'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (berdiri) tidak terlibat dengan dakwaan memperkenalkan pemain Harimau Muda kepada pengurusan FC Ryukyu.


IMPIAN mana-mana pemain muda negara yang berhasrat untuk beraksi di bumi Jepun kini terletak sepenuhnya di tangan FC Ryukyu.

Pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau tidak memiliki sebarang sentimen peribadi termasuk memperkenalkan mana-mana calon pemain yang sesuai untuk menyertai kelab Jepun itu.

Sebaliknya jelas beliau, ia akan ditentukan sendiri oleh wakil kelab itu selepas ini.

"Bukan saya yang kenal pasti calon untuk bersama FC Ryukyu, tetapi mereka sendiri akan menilai mana-mana pemain yang sesuai.

"Jadi, pihak FC Ryukyu akan datang menilai persembahan kesemua pemain termasuk ketika temasya temasya Sukan SEA di Myanmar kelak," katanya kepada Kosmo! semalam.

Semalam, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mendedahkan hasrat FC Ryukyu untuk melamar dua lagi pemain muda negara.

Ia ekoran kecemerlangan dua bintang muda negara, Wan Zack Haikal Wan Nor,22, dan Nazirul Naim Che Hashim, 20, yang dilamar kelab Divisyen Tiga Jepun itu pada Mac lalu.

Namun, Hamidin tidak mendedahkan identiti dua pemain berkenaan.

Mengulas lanjut, Kim Swee memberitahu persiapan Harimau Muda mempertahankan emas Sukan SEA kekal berjalan lancar biarpun kehilangan Wan Zack yang terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) bulan lalu.

"Segala-galanya berjalan lancar seperti dirancang.

"Selain menguji skuad muda Jordan bulan depan, kami juga akan berdepan Angkatan Tentera Malaysia dalam satu aksi persahabatan, Sabtu ini (esok)," kata beliau.

Sarawak tekad ikat Pahang

Posted:

Sarawak tekad ikat Pahang

Sarawak tekad ikat Pahang

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


ALBERTS (kiri) mengharapkan skuad kendaliannya meraih kemenangan pada aksi di Kuantan malam esok.


SKUAD Bujang Senang akan menampilkan corak permainan berbeza bagi mengekang cabaran pasukan Tok Gajah di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam esok.

Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata, pasukan kendaliannya perlu membawa pulang keputusan positif sebagai bekalan menghadapi aksi separuh akhir kedua di Stadium Negeri, Kuching pada 26 Oktober depan.

"Jika berjaya mendapatkan satu mata pun saya sudah gembira. Apatah lagi jika kita mencipta kemenangan di gelanggang lawan, ia pasti menjadi 'bonus' besar kepada pasukan Sarawak.

"Kita akui memang sukar berdepan Pahang kerana mereka memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, tetapi ia bukan alasan kepada pemain untuk tidak berusaha mencipta kemenangan," kata Alberts ketika ditemui di Kuching semalam.

Menurutnya, keputusan positif mampu menyuntik moral skuadnya sebelum berdepan pasukan bimbingan Dollah Salleh di laman sendiri kelak.

Katanya, barisan pemainnya perlu sentiasa berwaspada sepanjang 90 minit perlawanan untuk melakar keputusan positif di hadapan penyokong lawan.

"Jika kami seri ia merupakan satu keputusan yang baik kerana Pahang merupakan sebuah pasukan yang kuat dan kebanyakan dibarisi pemain muda.

"Justeru, kita akan berusaha mencari seberapa banyak gol sebagai bekalan menghadapi aksi kedua kelak," ujarnya.

Sementara itu, pemain sayap, Joseph Kalang Tie yang terlepas aksi di Kuantan optimis rakan sepasukan mampu berdepan tekanan penyokong tuan rumah.

"Meskipun sedikit kecewa kerana tidak dapat beraksi bersama rakan lain pada aksi pertama, namun mereka (rakan pasukan) pasti mengibar cabaran untuk memasti slot ke pentas akhir milik Sarawak," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved