Khamis, 19 September 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Diskaun 20 peratus pinjaman PTPTN tidak dilanjutkan selepas 30 September

Posted:

Diskaun 20 peratus pinjaman PTPTN tidak dilanjutkan selepas 30 September

Diskaun 20 peratus pinjaman PTPTN tidak dilanjutkan selepas 30 September

19/09/2013 10:26pm

IPOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bercadang melanjutkan tempoh pemberian diskaun 20 peratus ke atas pembiayaan yang diberi kepada peminjam selepas tarikh akhir 30 September ini.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, bagi memberi peluang kepada peminjam menikmati diskaun itu, PTPTN akan melanjutkan tempoh operasi perkhidmatan kaunter di semua pejabat PTPTN negeri, Pusat Sehenti di KL Sentral dan perkhidmatan Hotline agensi itu selama 10 hari mulai Sabtu ini.

"PTPTN menyeru supaya para peminjam yang masih belum melaksanakan bayaran balik supaya mengambil peluang untuk menikmati pemberian diskaun 20 peratus, kerana kita tidak berhasrat melanjutkan tawaran ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di pejabat PTPTN Perak di sini hari ini.

Katanya, mulai 21 hingga 30 Sept ini, kaunter PTPTN di ibu pejabat, pejabat negeri dan Pusat Sehenti di KL Sentral akan beroperasi seawal 8.30 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja manakala bagi hari cuti hujung minggu dan cuti umum operasi bermula 9 pagi sehingga 6 petang.

Tambah beliau, waktu operasi perkhidmatan Hotline PTPTN di talian 03-2080 445 pula diselaraskan bermula 8 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan dari 9 pagi hingga 6 petang pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

"Kita melihat perkembangan mutakhir dengan ramai peminjam berkunjung ke pejabat kita di seluruh negara, namun mengambil kira permintaan ramai yang menghadapi kesukaran berbuat demikian kerana kekangan masa dan bekerja, kita bersetuju melanjutkan operasi kita termasuk hujung minggu dan cuti umum supaya mereka dapat berurusan dengan PTPTN," ujarnya. - Bernama

Ujian fizikal dan BMI pegawai beruniform untuk jaga imej jabatan - Pengerusi SPA

Posted:

Ujian fizikal dan BMI pegawai beruniform untuk jaga imej jabatan - Pengerusi SPA

Ujian fizikal dan BMI pegawai beruniform untuk jaga imej jabatan - Pengerusi SPA

19/09/2013 9:09pm

PUTRAJAYA - Syarat mewajibkan ujian fizikal dan Indeks Jisim Badan (BMI) untuk kenaikan pangkat pegawai beruniform harus diterima secara positif kerana ia mencerminkan imej keseluruhan jabatan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Tan Sri Mahmood Adam berkata, SPA bukan sahaja memberi peluang kepada calon kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) tetapi pada masa sama memberi pertimbangan sewajarnya untuk semua calon.

"Ujian fizikal untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred N41 telah berlangsung dari 8 September hingga hari ini (19 September) melibatkan 18 pusat ujian di seluruh negara.

"Sejumlah 40,125 permohonan diterima dalam urusan pengambilan Pegawai Penguatkuasa Gred N41 bagi mengisi 16 kekosongan jawatan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan 22 jawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

Mahmood berkata daripada jumlah keseluruhan permohonan itu, hanya 12,129 calon layak mengikuti tapisan untuk dipanggil menghadiri ujian fizikal dan pancaindera (ujian mengenalpasti sama ada calon rabun warna dan pendengaran). - Bernama

KPDNKK Sarawak rampas 34,000 liter diesel bernilai RM98,000

Posted:

KPDNKK Sarawak rampas 34,000 liter diesel bernilai RM98,000

KPDNKK Sarawak rampas 34,000 liter diesel bernilai RM98,000

19/09/2013 9:05pm

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak merampas 34,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai kira-kira RM98,000 di Jalan Sungei Apong di sini hari ini.

Pengarah KPDNKK Sarawak, Wan Ahmad Wan Sulaiman berkata, diesel yang dipercayai untuk kegunaan industri kilang dan kapal asing itu dimuatkan dalam 19 tangki sebuah kenderaan yang dicat seakan-akan lori sebuah syarikat minyak untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Sampel minyak diesel yang dirampas dihantar ke makmal manakala pemandu kenderaan berkenaan, seorang lelaki tempatan dalam lingkungan umur 30-an ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, setakat ini KPDNKK telah menahan lesen 15 stesen minyak, kebanyakannya di bandar raya Kuching selepas pemiliknya didapati menjual diesel kepada sindiket.

Lesen sebuah stesen lagi digantung namun dibenar untuk membuat rayuan, katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved