Khamis, 19 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lelaki Lebanon dipenjara simpan bahan letupan

Posted:

Lelaki Lebanon dipenjara simpan bahan letupan

Lelaki Lebanon dipenjara simpan bahan letupan

ATRIS HUSSEIN tiba di Mahkamah Jenayah di Bangkok, Thailand semalam. - Reuters


BANGKOK - Sebuah mahkamah di Thailand semalam menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun lapan bulan ke atas seorang rakyat Sweden kerana memiliki bahan letupan secara haram yang disimpannya di sebuah gudang berhampiran Bangkok.

Tertuduh, Atris Hussein, 49, yang berasal dari Lebanon ditahan pada 12 Januari tahun lalu di lapangan terbang utama di sini selepas satu maklumat polis Israel mendakwa dia merancang melakukan serangan di Thailand.

Penangkapannya membawa kepada penemuan lebih 2,800 kilogram (kg) cecair ammo- nium nitrat dan 4,000kg baja urea yang boleh digunakan dalam penghasilan bom di sebuah gudang.

Pihak berkuasa Thailand menuduh Atris mempunyai kaitan dengan kumpulan Hezbollah dan menyatakan, dia menyimpan bahan itu di Bangkok sebelum ia dihantar ke destinasi lain.

Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut kerana tertuduh memiliki cecair ammonium nitrat yang diharamkan di bawah Akta Senjata Thailand.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah. Dia juga menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan Hezbollah.

Peguam Atris menyatakan bahawa mereka merancang untuk membuat rayuan. - Agensi

Pemberontak Syria guna iPad lancar serangan

Posted:

Pemberontak Syria guna iPad lancar serangan

Pemberontak Syria guna iPad lancar serangan


Sekumpulan tentera pembebasan Syria menggunakan komputer tablet iPad untuk melancar serangan mortar ke arah tentera rejim Bashar di Damsyik. - Reuters


DAMSYIK - Kumpulan penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad dilihat menggunakan komputer tablet iPad untuk membuat sasaran serangan ke atas pasukan tentera rejim di sini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

iPad digunakan oleh tentera tersebut kerana terdapat satu aplikasi yang sesuai digunakan untuk membuat sasaran sebelum melancarkan serangan.

Sekumpulan tentera penentang di Jobar dilihat menggunakan sebuah iPad untuk melakukan sasaran ke atas beberapa buah kubu tentera rejim di Damsyik.

Kumpulan penentang itu berkata, keadaan perang menjadikan mereka semakin kreatif.

Jadi, penggunaan iPad menjelaskan tentang kaedah luar biasa digunakan oleh tentera pembebasan Syria untuk melakukan sasaran serangan mortar ke atas kubu tentera rejim.

Beberapa anggota pasukan tentera penentang, Ansar Dimachk, pada 15 September lalu dilihat menggunakan iPad untuk melancarkan mortar buatan sendiri.

Spekulasi mula tersebar di laman sosial Twitter yang mendakwa bahawa tentera penentang itu mungkin menggunakan aplikasi pengimbangan untuk menentukan sudut tembakan. - Agensi

Pereka grafik hasilkan Lamborghini guna kadbod

Posted:

Pereka grafik hasilkan Lamborghini guna kadbod

Pereka grafik hasilkan Lamborghini guna kadbod


Lesko menghasilkan model kereta berprestasi tinggi itu menggunakan beratus-ratus kertas dan kadbod di Amerika Syarikat.


SEATTLE - Sekiranya anda tidak mampu untuk membeli sebuah kereta berkuasa tinggi Lamborghini sebenar, mungkin idea menghasilkan model kereta mewah itu daripada kadbod dan kertas sudah memadai buat masa sekarang.

Kereta antara paling mahal di dunia itu merupakan hasil kerja terbaharu seorang pereka grafik, Taras Lesko. Dia sebelum ini pernah menghasilkan sebuah model robot kartun siri popular Gundam Wing setinggi 213 sentimeter daripada kadbod.

Proses pembuatan kereta tersebut dirakamkan Lesko, sebelum dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube.

Pereka muda dari Seattle itu menghasilkan komponen-komponen kereta Lamborghini Aventador menggunakan aplikasi perisian komputer seperti AfterEffects dan Adobe Photoshop.

Selepas mereka bentuk elemen kereta itu, dia kemudian mencetak dan memotong satu persatu bahagian kereta menggunakan pisau X-Acto.

Bagi mengelak model kereta seberat 11.3 kilogram tersebut daripada terjatuh, Lesko menggunakan bahagian asas yang kukuh dari papan cip.

Kereta mewah tiruan yang mengambil masa selama beberapa bulan untuk disiapkan itu mendapat pujian daripada penonton di laman YouTube dan mencatat jumlah tontonan yang tinggi. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved