Rabu, 18 September 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mahkamah Tinggi tolak rayuan pegawai bank untuk saman PTPTN

Posted:

Mahkamah Tinggi tolak rayuan pegawai bank untuk saman PTPTN

Mahkamah Tinggi tolak rayuan pegawai bank untuk saman PTPTN

18/09/2013 9:18pm

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank, yang disenarai hitam kerana didakwa gagal melunaskan pinjaman pendidikan, hari ini gagal dalam usahanya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen menolak samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Zakaria Sam menolak di dalam kamarnya rayuan Mandeep Singh untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen menolak samannya terhadap PTPTN.

Peguam Abdul Malik Hakim yang mewakili Mandeep memberitahu pemberita bahawa hakim itu juga memerintahkan anak guamnya membayar kos RM3,500 kepada PTPTN.

Abdul Malik berkata, beliau sedang menunggu keputusan anak guamnya sama ada ingin merayu terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Pada 30 Mei tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Unaizah Mohd menolak saman pegawai bank itu setelah memutuskan bahawa plaintif (Mandeep) gagal membuktikan dakwaannya terhadap PTPTN.

Pada 20 September 2011, Mandeep menyaman PTPTN kerana mendakwa memfitnah dan menyebabkannya ditangkap secara salah selepas dia disenarai hitam kerana didakwa gagal melunaskan pinjaman pendidikan. - Bernama

Konsulat Indonesia puas hati layanan warganya di Pusat Tahanan Sementara Sandakan

Posted:

Konsulat Indonesia puas hati layanan warganya di Pusat Tahanan Sementara Sandakan

Konsulat Indonesia puas hati layanan warganya di Pusat Tahanan Sementara Sandakan

18/09/2013 9:17pm

SANDAKAN - Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu berpuas hati dengan layanan diberikan terhadap 79 rakyat negara itu yang ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan di sini.

Konsul Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu, Soepeno Sahid berkata, semua warga negara itu yang ditahan di pusat tahanan berkenaan berada dalam keadaan baik dan menerima layanan sewajarnya oleh pihak PTS yang dikendalikan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan.

Katanya, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung layanan buruk membabitkan anggota petugas di PTS Sandakan mahupun PTS di Kimanis Papar.

"Saya berpuas hati dengan layanan oleh pihak kerajaan Malaysia terhadap tahanan warganegara Indonesia di semua PTS di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan menghadiri majlis dialog bersama tahanan warga Indonesia di PTS Sandakan di Jalan Sibuga di sini hari ini.

Beliau menasihatkan semua tahanan Indonesia supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan sepanjang berada dalam tahanan sebelum dihantar pulang ke negara mereka. - Bernama

Kadar minimum saman AES RM150 - Hishammuddin

Posted:

Kadar minimum saman AES RM150 - Hishammuddin

Kadar minimum saman AES RM150 - Hishammuddin

18/09/2013 9:16pm

PUTRAJAYA - Kadar minimum saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dicadangkan RM150 dan cadangan itu akan dibawa ke kabinet untuk kelulusan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun, katanya kadar maksimum RM300 akan dikenakan sekiranya pesalah membayar lewat dan juga bergantung kepada kesalahan tahap had laju (dirakam AES).

"Bagi status saman-saman tertunggak AES, mesyuarat jawatankuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang bersidang hari ini telah bersetuju bahawa isu berkenaan akan turut dibawa ke kabinet untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu berkaitan pelaksanaan AES di ibu pejabat Kementerian Pengangkutan di sini hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved