Kosmo Online |
- Piala Malaysia: Perak tidak mahu berputih mata
- Piala Malaysia: Terengganu elak buat silap dalam padang
- Piala Malaysia: Kelantan perlu waspada
Piala Malaysia: Perak tidak mahu berputih mata Posted: Piala Malaysia: Perak tidak mahu berputih mata16/09/2013 9:31pm IPOH - Perak akan bermain bermati-matian untuk membenam cabaran Kedah pada aksi Kumpulan D kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Perak, Ipoh malam esok. Kemenangan sangat penting dalam usaha memastikan laluan ke suku akhir semakin selesa. Jurulatih Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata, kekalahan 1-2 kepada Lion XII di Stadium Jalan Besar sebelum ini menyebabkan skuad Seladang tiada pilihan lain selain mengutip tiga mata penuh pada perlawanan kelima peringkat kumpulan tersebut. - KOSMO! |
Piala Malaysia: Terengganu elak buat silap dalam padang Posted: Piala Malaysia: Terengganu elak buat silap dalam padang16/09/2013 9:30pm KUALA TERENGGANU - Terengganu perlu fokus dan bermain secara konsisten sepanjang 90 minit pada aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2013 menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam esok. Jurulatih Terengganu, E. Elavarasan berkata, beraksi di laman sendiri bukan satu kelebihan kerana beliau pasti Kelantan akan mempamerkan aksi terbaik untuk meraih kemenangan. "Beraksi di tempat sendiri bukan bermakna ia memberi laluan mudah buat kami kerana pasukan lawan juga mempunyai hasrat yang sama untuk menang, sekali gus membuka peluang lebih cerah mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi semalam. - KOSMO! |
Piala Malaysia: Kelantan perlu waspada Posted: Piala Malaysia: Kelantan perlu waspada16/09/2013 9:30pm KOTA BHARU - Kelantan bertekad untuk menewaskan Terengganu pada aksi kelima Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam esok. Kemenangan sangat penting dalam usaha mencerahkan peluang untuk menempatkan diri ke kelompok lapan pasukan terbaik. Bagaimanapun, pengendali skuad The Red Warriors, Bojan Hodak yang dihubungi Kosmo! berkata, beliau menyedari bahawa laluan yang terpaksa ditempuh pasukan itu bukan mudah kerana Terengganu juga mahukan kemenangan untuk membuka semula peluang selain memastikan maruah mereka tidak tercalar di laman sendiri. - KOSMO |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan