Sabtu, 21 September 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


10 bom buatan sendiri dirampas

Posted:

10 bom buatan sendiri dirampas

10 bom buatan sendiri dirampas

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
berita@kosmo.com.my

AHMAD menunjukkan bom buatan sendiri yang dirampas polis pada sidang akhbar di IPK Kedah di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Polis Kedah berjaya menumpaskan kegiatan membuat bom yang dijalankan di Sungai Petani dengan penemuan 10 butir bahan letupan itu dalam serbuan di dua lokasi dalam Ops Cantas Khas kelmarin.

Dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 11.30 pagi itu, sembilan lelaki berusia 14 hingga 49 tahun diberkas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pemeriksaan mendapati tiga daripada bahan yang dirampas itu telah siap dibuat manakala selebihnya masih dalam proses pembikinan.

Turut dirampas dalam serbuan di sebuah rumah dan bengkel itu ialah peralatan membuat bom seperti belerang, paip PVC dan besi.

"Siasatan mendapati kekuatan bom yang dihasilkan itu boleh membunuh dan sekiranya diletakkan di bawah kenderaan, ia boleh melambung setinggi tingkat dua atau tiga sesebuah bangunan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Najib, Muhyiddin kekal terajui UMNO

Posted:

Najib, Muhyiddin kekal terajui UMNO

Najib, Muhyiddin kekal terajui UMNO

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI, ZULKIFLI MANZOR dan LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR


GANDINGAN MANTAP... Najib bersalam dengan Muhyiddin di Kompleks Bunga Raya KLIA, Sepang semalam sebelum beliau berlepas ke New York, Amerika Syarikat dengan pesawat khas.


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing mengekalkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO apabila diumum menang tanpa bertanding pada pemilihan UMNO semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan, tiada borang pencalonan lain diserahkan selain yang dikemukakan kedua-dua pemimpin itu apabila tempoh penyerahan borang pencalonan tamat pada pukul 5 petang semalam.

Uniknya, dalam proses pendaftaran calon semalam, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu merupakan pencadang bagi pencalonan sesama mereka.

Muhyiddin merupakan pencadang Najib bagi jawatan Presiden manakala Najib menjadi pencadang Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden.

Mereka menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan jawatan masing-masing melalui wakil mereka sebaik pusat penyerahan borang pencalonan di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibuka pukul 8 pagi.

Borang pencalonan Najib diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Datuk Khairun Aseh manakala Muhyiddin diwakili Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd. Nardin Awang yang menyerahkan borang pencalonan di Bilik Labuan, Tingkat 5, PWTC.

Sementara itu Najib berjanji beliau dan timbalannya akan menumpukan kepada usaha-usaha mengukuhkan parti selepas pemilihan UMNO 2013.

Kata Najib, mereka berhasrat meneruskan dasar-dasar perjuangan parti dan pentadbiran kerajaan tanpa diganggu soal pertandingan dan asakan daripada mana-mana pihak.

"Ini menunjukkan sikap bertanggungjawab keseluruhan anggota parti dalam meletakkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sebagai tonggak kekuatan parti.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli UMNO di semua peringkat yang telah memberi sokongan begitu menyeluruh sehingga proses demokrasi terbuka dalam parti kita berjalan begitu baik dan terkawal," kata Najib.

Beliau berkata demikian sebelum berlepas ke Amerika Syarikat dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Najib turut menasihatkan semua ahli UMNO supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam kempen mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan pada tahun ini.

"Nasihat saya bukan untuk jawatan Naib Presiden sahaja tetapi untuk semua jawatan, maknanya kita mesti jaga ketertiban, kesopanan dalam kempen-kempen secara beradab," katanya.

Najib berlepas ke New York hadiri sidang PBB

Posted:

Najib berlepas ke New York hadiri sidang PBB

Najib berlepas ke New York hadiri sidang PBB


NAJIB dan Rosmah menaiki pesawat khas di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang untuk ke Amerika Syarikat petang semalam.


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke New York, Amerika Syarikat (AS) semalam bagi mengetuai delegasi ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama lima hari mulai 25 September ini.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada pukul 5.45 petang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan beberapa pemimpin kerajaan serta parti komponen Barisan Nasional (BN) mengucapkan selamat jalan kepada mereka.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved