Ahad, 4 Ogos 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


UMNO Selangor tubuh empat jabatan baru

Posted:

UMNO Selangor tubuh empat jabatan baru

UMNO Selangor tubuh empat jabatan baru

04/08/2013 9:50pm

SHAH ALAM - Badan Perhubungan UMNO Selangor mengumumkan penubuhan empat jabatan baru bagi memantapkan lagi UMNO negeri itu berkuatkuasa semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, empat jabatan itu adalah Jabatan Pilihanraya, Media Sosial, Latihan dan Penyelidikan dan Penerangan.

Menurut Noh, beliau sendiri akan mengetuai jabatan pilihan raya manakala media sosial diketuai oleh timbalannya, Abdul Shukur Idrus.

Jabatan latihan dan penyelidikan diketuai oleh Setiausaha yang baru, Datuk Johan Abd. Aziz dan Jabatan Penerangan oleh ketuanya yang baru iaitu Datuk Amiruddin Setro.

"Pada Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan yang baru sebentar tadi, kami telah menjalankan perbincangan dalam suasana kekeluargaan bagi mengembalikan kekuatan semula pada UMNO.

"Kami juga bersetuju untuk menubuhkan empat jabatan iaitu jabatan pilihan raya, media sosial, latihan dan penyelidikan serta penerangan bagi memperkasakan lagi UMNO di Selangor dan juga persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan datang," katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO di sini, petang tadi.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. - KOSMO!

1,573 penduduk miskin di Kijal terima dana raya RM300

Posted:

1,573 penduduk miskin di Kijal terima dana raya RM300

1,573 penduduk miskin di Kijal terima dana raya RM300

04/08/2013 9:21pm

KEMAMAN - Seramai 1,573 penduduk miskin sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal menerima Dana Hari Raya berupa wang tunai RM300 bagi mengurangkan beban ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Bagi seorang warga emas, Mohamad Ibrahim, 63, sumbangan itu sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan kerana beliau ingin membeli barangan keperluan Aidilfitri untuk seorang anaknya, yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Pakcik berterima kasih sangat dengan rezeki ini, dan terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan negeri Terengganu kerana sudi bagi bantuan kepada orang susah macam pakcik ni.

"Selain itu, pakcik ingat nak belanja duit ini untuk beli barang-barang dapur juga," kata Mohamad, yang bekerja sebagai pencuci tandas bagi menampung perbelanjaan bulanan.

Sumbangan itu turut menggembirakan hati seorang ibu, Cik Mek Mamat, 59, kerana boleh digunakan bagi membeli pakaian dan kuih raya untuk 10 anaknya.

"Mak cik baru pindah ke Kijal ini, dan ini adalah bantuan Dana Raya pertama yang mak cik terima daripada kerajaan negeri Terengganu.

"Alhamdulillah, boleh mak cik beli macam-macam untuk anak-anak kerana mak cik ni dah tua, anaklah yang perlu diberi perhatian untuk Aidilfitri ini," kata Cik Mek yang tinggal di Lubuk Lesung.

Seorang lagi penerima, Norijan Husin, 44, pula berkata sumbangan Dana Raya pada hari-hari terakhir ketika umat Islam menyambut Ramadan itu memberi sinar dalam persiapan keluarganya menyambut ketibaan Syawal.

"Saya ada dua lagi anak lelaki yang masih kecil dan memang berhajat nak beli kasut, baju melayu serta songkok untuk mereka," katanya.

Sementara itu, Ahmad dalam ucapannya berharap Dana Raya dapat meringankan beban kewangan penerima dan dimanfaat untuk kegembiraan sekeluarga. - Bernama

Pemandu lori cuba jual diesel secara 'gelap' ditahan

Posted:

Pemandu lori cuba jual diesel secara 'gelap' ditahan

Pemandu lori cuba jual diesel secara 'gelap' ditahan

04/08/2013 9:16pm

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang pemandu lori untuk menjual minyak diesel secara 'gelap' gagal apabila dia ditahan pegawai penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Terengganu semalam.

Pengarah PDNKK negeri Syamsul Badrin Mohsin berkata, lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan bersama kira-kira 10,000 liter diesel bernilai RM18,000 pada pukul kira-kira 9 pagi.

"Semasa ditahan, pemandu lori berkenaan sedang mengisi minyak diesel ke dalam sebuah lori tangki di sebuah stesen minyak di Kampung Pasir Puteh, Mercang, Marang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah PDNKK negeri Alwi Abdul Hamid.

Syamsul Badrin berkata siasatan mendapati pemandu berkenaan tidak memiliki apa-apa dokumen penghantaran minyak.

Beliau berkata, lori minyak itu kemudian disita dan jika disabitkan kesalahan pemandunya akan didakwa mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000.

Syamsul berkata ini merupakan kes kedua selepas pegawai penguatkuasa PDKNN menahan sebuah lori dan merampas 800 liter minyak diesel di sebuah stesen minyak di Pulau Kerengga minggu lepas.

Beliau berkata PDNKK tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu lori yang cuba membeli dan menjual minyak diesel secara haram. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved