Jumaat, 26 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri:

Posted:

Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri:

Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri:

26/07/2013 10:00pm

PERLIS:

Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan - Azlan Man

KEDAH:

Pengerusi - Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

Timbalan - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

KELANTAN:

Pengerusi - Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan - Datuk Dr. Awang Adek Hussain

TERENGGANU:

Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Said

Timbalan - Datuk Seri Idris Jusoh

PULAU PINANG:

Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Osman

Timbalan - Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya

PERAK:

Pengerusi - Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Timbalan - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

PAHANG:

Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob

Timbalan - Datuk Mohd Shakar Shamsudin

SELANGOR:

Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar

Timbalan - Abdul Shukor Idrus

WILAYAH PERSEKUTUAN:

Pengerusi - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan - Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN:

Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan - Datuk Seri Shaziman Abu Mansor

MELAKA:

Pengerusi - Datuk Idris Haron

Timbalan - Datuk Ahmad Hamzah

JOHOR:

Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin

Timbalan - Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad

SABAH:

Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman

Timbalan - Datuk Seri Salleh Said Keruak

Najib umum enam pengerusi baharu Badan Perhubungan UMNO negeri

Posted:

Najib umum enam pengerusi baharu Badan Perhubungan UMNO negeri

Najib umum enam pengerusi baharu Badan Perhubungan UMNO negeri

26/07/2013 9:34pm

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan enam pengerusi baharu Badan Perhubungan Umno Negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.

Pelantikan dan pengumuman Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan Timbalannya diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata MT bersetuju supaya pentadbiran UMNO bahagian Sungai Petani dan Padang Serai di Kedah dikembalikan semula kepada pentadbiran UMNO bahagian masing-masing.

Keputusan itu berikutan permohonan Badan Perhubungan UMNO Kedah supaya pengurusan pentadbiran bahagian Sungai Petani diserahkan semula kepada ketuanya, Ali Yahya manakala Padang Serai kepada pemangku ketua bahagian, Halim Hassan.

Bahagian Sungai Petani berdepan masalah dalaman sejak 2010 manakala Padang Serai mulai awal tahun lepas, menyebabkan pentadbiran kedua-duanya diambil alih badan perhubungan negeri. - Bernama

Anti-Syiah: Kedah kaji aspek penguatkuasaan, sebelum warta fatwa

Posted:

Anti-Syiah: Kedah kaji aspek penguatkuasaan, sebelum warta fatwa

Anti-Syiah: Kedah kaji aspek penguatkuasaan, sebelum warta fatwa

26/07/2013 9:04pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Kedah akan mengkaji secara menyeluruh fatwa anti-Syiah termasuk dari aspek tindakan yang boleh diambil terhadap pihak yang cuba menyebarkan fahaman itu sebelum ia diwartakan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan penasihat undang-undang negeri meneliti fatwa yang dikeluarkan sebelum ini dan keputusannya akan diusulkan di sidang Dewan Undangan Negeri akan datang jika berkesempatan.

"Terdapat beberapa ruang yang perlu diteliti lagi, setakat ini fatwa sedia ada cuma menyatakan Syiah bukan daripada Sunni dan semua fahaman selain sunnah wal jamaah adalah dilarang.

"Tetapi ia tidak menggariskan mengenai tindakan yang akan diambil kepada sesiapa yang menyebarkannya,"katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Khamis lepas, Mukhriz mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kedah akan mewartakan fatwa yang telah diwartakan di peringkat kebangsaan itu bagi membanteras ajaran fahaman itu yang didapati semakin menular. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved