Selasa, 9 Julai 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kerja licik pembunuh upahan

Posted:

Kerja licik pembunuh upahan

Kerja licik pembunuh upahan

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

GAMBAR fail menunjukkan anggota polis memeriksa kereta Mercedes C200 guru yang ditembak mati di Kampung Beris Panchor, Bachok kelmarin.


KOTA BHARU – Polis tidak menolak kemungkinan seorang pembunuh upahan telah diarahkan oleh pihak tertentu untuk menembak mati seorang guru muzik di Kampung Beris Panchor, Bachok dekat sini kelmarin.

Andaian itu berdasarkan maklumat daripada beberapa individu mengatakan terdapat pihak yang sakit hati dengan mangsa, Hashim Mat Zain, 43, yang didakwa mempunyai banyak hutang dan tidak berpegang pada janji.

Selain itu, dendam lama juga disyaki menjadi motif pembunuhan. Mangsa dikatakan ditembak menggunakan pistol jenis Smith & Wesson.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, melalui maklumat yang dikumpul, mangsa yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor turut terlibat dalam aktiviti jualan langsung, kontrak dan pembalakan namun ia masih dalam siasatan.

"Setakat ini kita terima khabar angin sahaja mengatakan mangsa ini banyak hutang, tak bayar hutang, janji dengan orang tetapi tidak tepati. Mungkin orang yang tertipu rasa marah, sakit hati kemudian upah orang untuk melaksanakan jenayah.

"Kebanyakan kes tembak di Kelantan bersebab, sama ada balas dendam, tidak puas hati. Mesti ada sebab, bukan sewenang-wenang melakukan samun, rompak dan tembak, tidak. Pandangan saya, ini mesti ada dendam lama dan sakit hati," katanya ketika ditemui semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wanita main kayu tiga dengan Awang Hitam kritikal disimbah cuka getah

Posted:

Wanita main kayu tiga dengan Awang Hitam kritikal disimbah cuka getah

Wanita main kayu tiga dengan Awang Hitam kritikal disimbah cuka getah

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


CHRISTINA yang cedera parah selepas disimbah cuka getah oleh suaminya dirawat di Hospital Bau semalam.


BAU – Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang pesara tentera terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Awang Hitam sejak 2007 sampai ke kemuncaknya apabila lelaki itu bertindak nekad menyimbah cuka getah pada wanita tersebut.

Kejadian di Kampung Pejiru di sini pada pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan Christina Nyoeh, 43, cedera parah akibat melecur teruk di muka, tangan dan badan. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah pasar raya baru pulang makan angin di Sabah bersama lelaki Afrika tersebut.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, kejadian itu disyaki berlaku selepas suspek nekad hendak membunuh isterinya setelah tidak dapat menahan sabar.

"Sebelum kejadian, suspek menonton televisyen bersama lima anaknya manakala isterinya pula sedang nyenyak tidur di dalam bilik.

"Sebaik anak-anak pasangan itu masuk tidur, suspek terus ke dapur untuk mengambil sebotol cuka getah lalu menyimbahnya ke seluruh badan mangsa," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Parah diserang babi hutan

Posted:

Parah diserang babi hutan

Parah diserang babi hutan

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
berita@kosmo.com.my


SEORANG pegawai perubatan merawat tangan Saerah yang parah selepas digigit seekor babi hutan di Kampung Bayai Lama, Serting, jempol kelmarin.


JEMPOL – Hasrat seorang warga emas untuk pergi ke rumah jirannya terbantut selepas dia cedera parah apabila diserang dan digigit oleh seekor babi hutan dalam kejadian di Kampung Bayai Lama, Serting dekat sini kelmarin.

Kejadian yang hampir meragut nyawa Saerah Hassan, 82, itu berlaku pada pukul 4.30 petang hingga mengakibatkan tangan kirinya cedera selain beberapa anggota badan turut luka.

Mengimbau semula kejadian itu, jiran mangsa, Mastura Jamaludin, 39, berkata, sebelum diserang, mangsa berjalan bersendirian di laluan utama kampung tersebut berhampiran sebuah kebun getah.

"Tiba-tiba seekor babi hutan yang dianggarkan seberat 70 kilogram muncul dan terus menyondol mangsa hingga mangsa terjatuh serta bajunya koyak.

"Selepas itu, babi berkenaan menggigit pula tangan kiri mangsa sebelum warga emas tu diselamatkan oleh penduduk kampung yang lalu di kawasan tersebut," ceritanya ketika ditemui di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved