Selasa, 9 Julai 2013

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


FRIM selamat industri perabot getah

Posted:

FRIM selamat industri perabot getah

FRIM selamat industri perabot getah

Oleh SUHANA VERU

SEKITAR tahun 2004, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang merupakan pengimport terbesar perabot kayu getah bagi kegunaan dalaman rumah mengeluarkan peraturan supaya tiada sebarang bahan kimia digunakan terhadap kayu getah.

Pada kebiasaannya, kayu getah diawet menggunakan bahan kimia seperti asid borik. Perbuatan itu didakwa boleh mendatangkan kanser selain merencatkan kesuburan dan pertumbuhan sistem pembiakan manusia.

Malah, asid itu digunakan untuk menyingkirkan susu getah daripada kayu getah serta menghalang pertumbuhan kulat dan serangga perosak.

Penggunaan bahan kimia berkenaan mendatangkan kesan ke atas pengeksportan produk kayu getah bernilai berbilion ringgit setahun yang menggunakan sebatian asid borik walaupun hakikatnya, dos asid yang digunakan itu sangat rendah dalam industri perabot.

Tidak mahu perkara itu menjejaskan industri perabot, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menjalankan kajian terperinci untuk mencari alternatif bagi merawat kayu.

Hampir 10 tahun, penyelidik FRIM, Choo Kheng Ten dan Sik Huei Shing membangunkan serta menjalankan kerja-kerja pembaikan sistem Pengeringan Suhu Tinggi (HTD).

Sistem pengeringan kayu dilakukan untuk mengurangkan kandungan lembapan, mengelakkan pengecutan dan pecah.

Selain itu, proses pengeringan perlu supaya kerja-kerja mengecat lebih kemas di samping kayu menjadi lebih ringan.

Begitupun, kajian itu dilakukan sebagai respons EU yang melabelkan beberapa jenis bahan kimia rawatan kayu terutama borates dalam kategori repro toksik di bawah Arahan Bahan Berbahaya 67/548.

Namun, akhirnya kira-kira dua tahun lalu, sistem itu mula diguna pakai untuk merawat kayu-kayu getah di Malaysia.

Bagi mengulas perkara itu, Pegawai Penyelidik Program Teknologi Hijau Bahagian Keluaran Produk Hutan FRIM, Huei Shing berkata, pihaknya menjalankan kajian dalam tempoh yang lama kerana mereka mengkaji sistem itu dari pelbagai sudut.

Antaranya, pengawalan sistem pengeringan suhu, menaik taraf sistem dan peredaran suhu.


HUEI SHING (dua dari kanan) melihat beberapa jenis kepingan papan.


Kaedah pengeringan

Menurut Huei Shing, walaupun pihaknya mengambil masa yang lama, ia berbaloi apabila berjaya memperoleh kaedah terbaharu menggunakan teknologi HTD bagi mengeringkan kayu.

Kaedah pengeringan itu dijalankan melalui pembakaran kayu di dalam sebuah mesin untuk menghasilkan pengewapan. Bagaimanapun, pengeringan kayu itu perlu dilakukan pada suhu 150 darjah Celsius.

Pengewapan pada suhu tinggi mampu merawat kayu daripada serangan kulat dan serangga.

"Biasanya, kaedah pengeringan kayu-kayu getah mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari sebelum boleh digunakan dalam pengeluaran perabot.

"Ini kerana jika kayu dirawat dengan bahan kimia, ia perlu dikeringkan menggunakan kaedah stim pada suhu 70 darjah Celsius dan disimpan di kilang," katanya ketika ditemui di FRIM baru-baru ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Dr. Jalaluddin Harun berkata, industri kayu di negara ini menunjukkan peningkatan sekali ganda dalam pendapatan eksport sepanjang tempoh sedekad, daripada RM10.5 bilion pada 1992 kepada RM20.2 bilion tahun lalu.

Walau bagaimanapun ujar beliau, peratusan sumbangan eksport industri kayu hanya 2.8 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport negara tahun lalu.

Tambah Huei Shing, dengan penggunaan HTD, pengeringan kayu hanya mengambil masa dua hari sekali gus menjimatkan kos penyimpanan kayu di kilang.

Penggunaan suhu tinggi juga meningkatkan kuantiti kandungan kanji dan gula yang terhidrolisis (sumber makanan kepada perosak kayu) selain mempunyai kestabilan dimensi lebih tinggi berbanding kayu yang dirawat secara konvensional.

"Kawalan suhu dan keadaan lembap ketika kerja-kerja pengeringan tanur pada suhu tinggi boleh mengurangkan kecacatan pengeringan kayu," katanya sambil menyifatkan kayu tidak mudah melengkung.

Ketika ditanya mengenai kos pembinaan bangunan pengeringan tanur itu, beliau enggan mendedahkan, namun kerja-kerja penyelidikan itu bernilai RM2 juta.

Pertama di dunia

Sementara itu, Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, pihaknya berjaya membangunkan serta mempatenkan teknologi hijau bertaraf antarabangsa untuk merawat kayu getah itu.

Sistem itu tidak menggunakan sebarang rawatan bahan kimia namun mampu meningkatkan kestabilan kayu.

Melihat kepada keberkesanan teknologi itu, beliau yakin HTD mempunyai potensi untuk meletakkan Malaysia antara negara pertama di dunia yang menawarkan kayu terawat selamat dan mesra alam.

Beliau berpendapat, teknologi HTD merupakan penyelesaian terbaharu kepada industri kayu-kayan negara terutamanya pengeluar perabot berasaskan kayu getah.

Justeru, dalam berdepan halangan serta syarat-syarat perdagangan negara maju yang ketat, HTD merupakan penyelesaian kepada masalah tersebut.


KAYU-KAYU dibakar dengan menggunakan sebuah mesin untuk menghasilkan pengewapan ke dalam bilik pengeringan tanur.


Lagipun, lebih 80 peratus eksport perabot Malaysia ialah perabot yang diperbuat daripada kayu getah. Malah, kayu berkenaan merangkumi hampir separuh daripada kayu-kayan yang digunakan dalam pembuatan perabot di Asia.

Sistem itu bukan sahaja dapat menghapuskan penggunaan bahan pengawet, malah menjimatkan masa kitaran pemprosesan sehingga lebih 75 peratus.

"Selain kayu getah, teknologi tersebut boleh digunakan pada kayu-kayu seperti akasia dan sesenduk," ujarnya lagi.

Jelasnya ketika ini, lebih 90 peratus kilang-kilang pengeringan di rantau Asia Tenggara menggunakan sistem konvensional pemanas stim pada suhu di bawah 80 darjah Celcius.

Pada kebiasaannya, kayu perlu dirawat dengan bahan pengawet seperti borates untuk mencegah kulat dan serangan perosak kayu yang dirawat dengan kaedah konvensional.

"Setakat ini, tidak banyak negara yang menggunakan sistem HTD ini lagi," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu FRIM memperoleh paten untuk teknologi HTD daripada Pejabat Paten dan Cap Dagang Amerika Syarikat (USPTO) pada Mac lalu.

Seterusnya, FRIM memfailkan paten di Malaysia dan enam negara lain iaitu Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, China dan India.

Pihak FRIM bekerjasama dengan Advanced Low Pressure System Sdn. Bhd. (ALPS) untuk mengkomersialkan teknologi HTD dengan menubuhkan dua unit sistem HTD di Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selain itu, FRIM akan bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia serta Majlis Kayu Kayan Malaysia untuk menganjurkan sebuah forum yang menyasarkan pembabitan pengeluar perabot dan mereka yang terlibat dalam industri perkayuan untuk mempromosikan sistem HTD .

Menurut beliau, pihaknya telah menerima banyak pertanyaan terutamanya daripada pengeluar kayu getah seperti China, Thailand dan India.

Xperia Tablet Z kalis air

Posted:

Xperia Tablet Z kalis air

Xperia Tablet Z kalis air


XPERIA Tablet Z selamat digunakan walaupun selepas terkena titisan air hujan.


SEMPENA pelancaran Xperia Z baru-baru ini, Sony Mobile Communication juga memperkenalkan satu lagi varian Xperia iaitu Xperia Tablet Z yang telah berada di pasaran Malaysia.

Berukuran 10.1 inci LTE dengan sistem operasi Android itu turut memaparkan reka bentuk keseimbangan Omni (OmniBalance) selain nipis (6.9 milimeter) dan ringan (495 gram).

Boleh didapati dalam dua warna iaitu hitam dan putih sama ada versi LTE atau WiFi. Ia merupakan tablet pertama yang menggunakan pemprosesan tidak segerak Qualcomm Snapdragon S4 Pro dan Quad Core.

Xperia Tablet Z juga merupakan yang pertama mempunyai tahap kalis air (IP55 dan IP57) iaitu yang paling tinggi pada peringkatnya. Ia menjadikan tablet itu kalis terhadap sebarang percikan atau tumpahan air.

Memburu pada zaman moden

Posted:

Memburu pada zaman moden

Memburu pada zaman moden

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI

PERMAINAN video ini merupakan buah tangan pertama Dontnod Entertainment.


PERMAINAN video, Remember Me (RM) dibangunkan oleh Dontnod Entertainment, sebuah studio dari Perancis. RM merupakan permainan pertama terbitan studio itu.

Maka, tidak hairan sekiranya pemain permainan video (gamers) berasa sangsi untuk membeli dan bermain permainan ini. RM telah diterbitkan oleh gergasi permainan video Capcom.

Barangkali, ia mampu memberikan daya tarikan yang diperlukan oleh gamers. Menggunakan enjin Unreal Engine 3, ia telah dikeluarkan pada bulan Jun 2013 untuk platform komputer peribadi (PC), Play Station 3 dan Xbox 360.

RM merupakan satu percubaan yang mantap daripada Dontnod Entertainment. Terdapat beberapa ciri baharu diketengahkan yang mampu menarik minat gamers untuk mencubanya.

Grafik tidak mengecewakan, tetapi kualiti lagu latar tidak begitu kemas, mungkin permainan bertemakan masa depan direka tidak memiliki set lagu yang banyak.

Jika bermain dalam jangka masa yang lama, pemain mungkin akan terasa seperti bermain Phantasy Star Online kerana tema futuristik yang dipaparkan.

Ciri Tambahan

CIRI lain RM ataupun Extras boleh dilihat dalam menu utama RM. Terdapat artwork dan juga Model 3D watak-watak dalam permainan. Kedua-duanya hanya boleh diperoleh dengan memenuhi kriteria tertentu dalam permainan.

Bagi pemain yang mengejar pencapaian ataupun Achievements, terdapat lebih kurang 50 pencapaian yang mampu dimiliki.

Pertempuran

WALAUPUN RM tergolong dalam sub-genre Beat 'em up, sistem pertempurannya tidak sama dengan permainan video lain. RM memberikan kebebasan kepada pemain untuk membuat modifikasi terhadap rantaian serangan mereka.

Kategori serangan terbahagi kepada empat iaitu Regen (pemulihan), Power (kuasa serangan), Chain (replikasi gerakan sebelumnya) dan Cooldown (untuk pemulihan tenaga S-Pressen). S-Pressen pula adalah gerakan istimewa Nilin.

Antaranya, Sensen Fury yang memberikan Nilin gerakan pantas dan Logic Bomb dengan cara menggunakan bom memori ke atas musuh. Terdapat lima S-Pressen kesemuanya.


ADEGAN permainan berlatar belakang bandar raya Paris, Parancis.


Manipulasi Memory

NILIN ialah seorang Errorist yang paling hebat dan antara kebolehannya, mampu mencuri ingatan seseorang. Remembranes pula boleh digunakan pemain bagi menjejak ingatan seseorang untuk mencapai objektif tertentu.

Ciri paling kreatif permainan ini ialah Memory Mixing yang boleh masuk ke dalam ingatan seseorang dan mengubah ingatan mereka. Pemain akan terlibat secara interaktif ketika mengubah ingatan tersebut.

Neo-Paris

PEMAIN bakal mengikuti pengembaraan Nilin, seorang Memory Hunter (pemburu memori). Adegan permainan berlatar belakang kota Paris, Perancis pada tahun 2084 yang dikenali sebagai Neo-Paris.

Pada waktu itu, penggunaan implan otak yang mampu mengawal ingatan seseorang yang dipanggil Sensen telah digunakan oleh hampir semua penduduk Neo-Paris.

Sebagai seorang daripada ahli Errorist, Nilin perlu menumpaskan organisasi yang bertanggungjawab ke atas Sensen, Memorize.

Mekanisme

CUBA bayangkan gandingan permainan Prince of Persia (akrobatik), Legacy of Kain (elemen teka-teki) dan God of War (Beat 'em up). RM menampilkan ketiga-tiga cara permainan dalam mekanismenya, tetapi unsur pertempuran tidak seberat God of War.

Pemain akan menjelajah kota Neo-Paris yang kebanyakan masa digunakan dengan memanjat dinding dan melompat dari bumbung ke bumbung.

Terdapat juga elemen penyelesaian teka-teki, namun ia kurang mencabar. Di samping itu, pemain juga perlu bertempur dengan pelbagai musuh yang unik sepanjang permainan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved