Selasa, 9 Julai 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Elfira Loy selesa menjadi adik kepada Zoey Rahman

Posted:

Elfira Loy selesa menjadi adik kepada Zoey Rahman

Elfira Loy selesa menjadi adik kepada Zoey Rahman

KEJAYAAN yang dikecapi oleh pelakon genit Elfira Loy kian meningkat oleh kerana bakat semula jadinya.

Namun, ia seiring dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi yang perlu dilaluinya sepanjang berada dalam dunia seni.

Terbaharu, pemilik nama sebenar, Nurul Elfira Loy ini dikatakan rapat dengan hos Gerak Geri Gasing, Zoey Rahman yang juga seorang pelakon.

Mereka mula rapat selepas bersama-sama menyertai program Fear Factor Selebriti, selain bergandingan dalam drama terbaharu arahan Aziz M. Osman, Demi Dia.

Gosip yang mengaitkan mereka mulai tercetus selepas foto-foto kemesraan mereka boleh dlihat menerusi laman Instagram.

Malah, Elfira juga dikatakan memanggil Zoey dengan panggilan Abang.

Elfira yang kelihatan manis dalam busana labuh hitam dan merah jambu ditemui pada majlis sempena sidang akhbar Seindah Ramadhan baru-baru ini, bagaimanapun menafikan gosip cintanya bersama Zoey itu.

"Saya panggil Zoey abang, sebab dia sangat rapat dengan saya serta kenal seluruh keluarga saya. Saya hanya anggap dia sebagai abang dan tidak mungkin bercinta dengannya.

"Saya kenal Zoey sejak usia saya 11 tahun lagi. Dia pun rapat dengan famili saya. Kami memang tak boleh bersama (bercinta). Sebab saya sudah anggap dia macam abang saya. Kalau saya bercinta dengan dia pun, saya rasa macam sumbang mahram pula," tuturnya sambil ketawa.

Melalui akaun Instagram pelakon comel ini, terdapat beberapa gambar yang menunjukkan kemesraan terjalin antara mereka berdua ketika penggambaran drama Demi Dia di Munich, Jerman membuatkan peminat mereka benar-benar setuju dengan perkhabaran tersebut.

"Sebelum ini semua orang tidak tahu yang saya rapat dengan Zoey, oleh sebab beberapa gambar semasa penggambaran drama Demi Dia, peminat menyangka saya dan Zoey bercinta."


ELFIRA (kiri) dalam satu babak drama Demi Dia.


"Setiap kali saya berlakon dalam mana-mana drama dan digandingkan dengan beberapa aktor lelaki yang terkenal, mereka mesti cakap saya bercinta. Padahal, saya hanya bekerja dan berkawan dengan mereka."

"Saya sudah biasa apabila mereka gosipkan saya dengan mana-mana hero yang pernah bergandingan dengan saya dalam drama ataupun filem. Kalau sebelum ini, saya rapat dengan Dafi, Hairul Azreen dan Zoey. Kesemuanya pernah digosipkan, jadi saya sudah biasa," ujarnya.

Apabila ditanya tentang keserasiannya berlakon dengan Zoey sebagai suami isteri dalam drama Demi Dia, ujar Elfira, pada mulanya dia berasa agak kekok dan kelakar.

Namun, atas dasar kerja mereka terpaksa menjarakkan diri antara satu sama lain demi mendapat mood yang baik.

"Pada mulanya, sangat susah. Apabila ada babak yang perlu kami berlakon untuk jadi romantik mesti salah seorang akan gelak.

"Tidak boleh serius langsung. Jadi jalan penyelesaiannya, saya dan Zoey terpaksa menjarakkan diri buat sementara waktu bagi menimbulkan perasaan romantik antara kami berdua," katanya.

Demi Dia mengisahkan Zack (Zoey) yang berkahwin dengan Azura (Elfira) namun perkahwinan mereka ditentang oleh bapa Zack. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang.

Pelakon Indonesia

Gadis genit berusia 19 tahun ini sering kali mendapat peluang berlakon bersama beberapa aktor terkenal Indonesia antaranya, Randy Pangalila dan Baim Wong.

Ada antara peminat-peminat tegar aktor Indonesia sangat marah dan tidak boleh menerima kenyataan apabila mereka digandingkan bersama.

Malah, terdapat beberapa cerita mengenai pencintaan timbul oleh kerana sering berlakon bersama.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Elfira membidas dengan menjelaskan mereka hanya kawan rapat dan sama sekali tidak bercinta.

"Saya masih lagi baik dengan Randy dan berhubung melalui telefon, tetapi saya hanya rapat dengan Randy atas urusan kerja dan kawan artis."

ELFIRA mengakui senang memanggil Zoey dengan gelaran abang.


Terbaharu, Elfira dikatakan hangat bercinta dengan pelakon dari seberang Baim Wong. Lebih-lebih lagi susulan kemunculan mereka bersama dalam program MeleTOP baru-baru ini dan Baim seperti memberikan gambaran yang mereka sedang berpacaran.

"Sebenarnya, saya selesa berlakon dengan mereka dan tiada niat untuk bercinta kerana saya terlalu muda untuk bercinta. Saya juga belum habis belajar dan masih banyak yang perlu diuruskan."

Elfira juga turut menyatakan dia selesa berlakon dengan pelakon dari seberang oleh kerana bahasa tuturan yang sangat senang didengar dan mereka dikatakan lebih romantik jika dibandingkan dengan pelakon lelaki Malaysia.

"Saya suka dengar orang Indonesia bercakap, bahasa yang digunakan sangat dalam maksudnya dan romantik. Jadi bila berlakon, mood itu sampai. Saya tidak kisah pun berlakon dengan pelakon Malaysia atau Indonesia. Perasaan itu tetap sama," ujarnya.

Azwan tak percaya gosip

Posted:

Azwan tak percaya gosip

Azwan tak percaya gosip

Oleh IZRINDA BADROLHISHAM

AZWAN menegaskan yang dia sangat mengenali diri Nad yang sebenar.


PELAKON baharu yang meningkat naik di persada seni menerusi filem Lu Fikirlah Sendiri dan Belukar ini tidak melihat paras rupa sebagai aset utama untuk dirinya berkecimpung dalam bidang seni.

Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan (Aswara) ini bagaimanapun mempertaruhkan bakat semula jadi yang dimiliki dengan membintangi beberapa drama seperti Gadis Semasa Sunsilk.

Mohd. Al Azwan Kombos yang lebih dikenali sebagai Azwan Kombos, 28, yang ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini mengakui, sebagai pendatang baharu, dia mahu belajar banyak benda menerusi dunia hiburan.

Justeru, dia menerima apa sahaja rezeki dan merebut peluang yang ada untuk karier yang perlu dibina dari bawah.

Kosmo! berbicara dengan anak muda tersebut yang turut bercakap tentang hubungan cintanya bersama pelakon Nad Zainal serta pandangannya terhadap gosip dalam dunia hiburan tempatan.

Kosmo!: Apakah perkembangan terkini Azwan selain daripada terbabit dalam drama bersiri Dewi Lasak?

AZWAN KOMBOS: Saya sedang sibuk berlakon dalam filem terbaharu MIG iaitu Nasi Kangkang arahan Pierre Andre. Kami baru sahaja memulakan penggambaran, jadi buat masa ini saya agak sibuk fokus kepada filem ini.

Banyak spekulasi bahawa anda merupakan kekasih Nad Zainal. Adakah ia benar dan mengapakah kalian berdua merahsiakan hubungan percintaan ini?

Saya tidak pernah merahsiakan apa-apa (hubungan cinta), malah Nad juga tidak kisah mana-mana pihak yang mengetahui hubungan kami.

Sekiranya ditanya, saya menjawab ya, saya kekasihnya. Bagi saya, tidak perlulah merahsiakan apa-apa.

AKTRES comel, Nad Zainal dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Azwan Kombos.


Apakah reaksi anda apabila mengetahui gosip bahawa Nad dan aktor Shah Iskandar bercinta?

Saya sangat mengenali Nad. Hubungan kami sekarang sudah mencecah dua tahun. Jujurnya, saya memang ada bertanya kepadanya tentang gosip yang mengaitkan dia dengan Shah Iskandar itu.

Bagaimanapun, Nad membalas dengan mengatakan yang saya lebih mengenali dirinya. Oleh sebab itu, saya tidak percaya kepada gosip.

Saya tidak kisah dan faham Nad serta Shah Iskandar rapat kerana urusan kerja dan tidak ada hubungan istimewa. Saya perlu positif dalam pelbagai aspek kerana kami berada dalam industri yang sama.

Adakah kalian pernah berlakon bersama dalam satu produksi?

Saya dan Nad pernah berlakon bersama dalam satu produksi yang sama iaitu Gadis Semasa Sunsilk, namun saya lebih selesa menjadi kekasihnya kerana saya agak kekok bersama dan tidak ada kimia untuk berlakon bersama. Namun, apabila kami bersama, sememangnya kimia antara kami tetap ada.

Adakah kalian mempunyai perancangan untuk membawa hubungan ke peringkat yang seterusnya?

Ya, sebagai pasangan bercinta, kami memang mempunyai perancangan. Cuma saya tidak meletakkan sasaran itu bila kerana saya serahkan semua kepada jodoh. Saya dan Nad pernah berjumpa keluarga masing-masing.

Bagaimanapun, buat masa sekarang ini, kami sedang sibuk dengan karier. Kami pernah berbincang berkenaan hal ini (berkahwin). Jika panjang jodoh kami, insya-Allah. Minta doakan yang terbaik buat kami.

Inteam kembali selepas tiga tahun

Posted:

Inteam kembali selepas tiga tahun

Inteam kembali selepas tiga tahun

Oleh HARYATI KARIM


INTEAM kini kembali dengan album terbaharu yang berjudul Iman & Aman.


KUMPULAN nasyid popular, Inteam kini kembali dengan album terbaharu mereka berjudul Iman & Aman selepas tiga tahun menyepi tanpa sebarang album penuh.

Kekal bertiga, Mohd. Syahril Abdul Khalid, Muhammad Hazamin Harun dan Abdul Rahim Osman menjelaskan, mereka mengambil masa yang lama untuk membikin album terbaharu itu kerana ingin mengekalkan kualiti yang terbaik.

"Kami sedar keadaan industri muzik secara keseluruhannya tidak berapa baik, terutamanya penjualan album penuh secara fizikal.

"Bagaimanapun, kami optimis album penuh Inteam akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat kerana ada beberapa buah album berkonsep ketuhanan penyanyi lain telah terjual sehingga 50,000 unit," ujar Hazamin.

Tambahnya, mereka juga menjual album secara digital untuk bersaing dengan penyanyi lain yang sedia ada.

"Kami menerima hakikat penjualan album tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh sebab itu, lagu-lagu daripada album terbaharu juga boleh didapati secara talian," kata Hazamin lagi.

Album Iman & Aman yang lahir selepas 12 tahun kumpulan Inteam dalam industri muzik, cukup bermakna buat mereka bertiga.

"Selain sebagai hadiah buat peminat, album ini juga merupakan aset buat kami untuk terus bernafas dalam industri muzik.

"Jika tiada album, perjalanan kami akan terhenti. Jadi, untuk meneruskan kelangsungan kerjaya dan dakwah, kami harus terus melahirkan karya-karya baharu yang segar buat peminat," jawab Syahril.

Menariknya, album yang mengandungi 12 buah lagu itu turut mengundang Munif daripada kumpulan Hijjaz untuk berduet bersama Inteam menerusi lagu popular mereka, Nur Kasih.

"Lagu Nur Kasih sangat sinonim dengan kami. Dalam album baharu ini, Munif memberi nafas baharu sebagai penggubah lagu tersebut.

"Jadi, kami fikir adalah lebih baik penggubah lagu itu sendiri yang menyanyikan lagunya. Lagi pun, Munif umpama guru kami dalam bidang muzik," kata Hazamin.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Inteam turut melebarkan sayap mereka ke Thailand. Mereka juga telah mengasaskan syarikat Inteam Thai untuk memudahkan segala penjualan album dan aktiviti mereka di sana.

"Irama nasyid berkembang pesat di Thailand terutama di selatan Thailand. Kami juga kerap mengadakan persembahan di sana dengan jumlah penonton antara 5,000 sehingga 10,000 orang.

"Melihat pasaran yang besar, kami cuba untuk menembusi pasaran Thailand secara lebih meluas. Buat masa ini, kami harus berfikir dengan bijak kerana kami hanya boleh menjual album pada harga RM10 sehingga RM15 kerana faktor ekonomi masyarakat selatan Thailand. Harap kami akan jumpa jalan penyelesaian terbaik untuk semua pihak," balas Hazamin.

Album Iman & Aman terbitan Inteam Records Sdn. Bhd. dan edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd. itu sudah pun berada di pasaran dengan harga RM25.90.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved