Selasa, 2 Julai 2013

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Akses internet ketika melancong

Posted:

Akses internet ketika melancong

Akses internet ketika melancong

Oleh ADLAN JAAFAR

SETIAP kali Hafiz Khalib, 32, mempunyai tugasan luar atau bercuti ke luar negara, pasti dia umpama hilang daripada dunia maya seiring dengan jasadnya yang tiada di Malaysia. Tidak ada sebarang kemas kini di Facebook atau Twitter, manakala akaun Instagram miliknya sepi daripada sebarang foto baharu yang dirakam walaupun sepatutnya lebih banyak dimuat naik.

Kadangkala, dalam satu-satu masa, baru semua akaun laman sosial miliknya dilihat dikemas kini, barangkali baru berjumpa dengan restoran atau premis yang memiliki sambungan WiFi.

Mungkin di beberapa negara yang mempunyai tukaran wang asing yang murah seperti Indonesia, Hafiz mampu membeli kad sim pascabayar negara itu.

Bagaimanapun, apabila berada di negara-negara yang mempunyai tukaran wang besar, maka langkah terbaik adalah dengan menghidupkan sistem perantauan (roaming).

"Tetapi, kosnya sangat mahal iaitu sekitar RM30 hingga RM40 sehari bergantung pada syarikat telekomunikasi," katanya ketika ditemui di Cheras, Selangor.

Ujarnya, talian internet sekarang amat penting terutamanya apabila setiap perkara seperti tempahan hotel dan pencarian tempat menarik boleh dibuat menggunakan peranti telefon pintar.

"Jika difikirkan dan membuat perkiraan secara teliti terhadap kos mencari hotel secara manual berbanding membuat tempahan dalam aplikasi dan terus ke hotel, sudah pasti ia menjimatkan.

"Namun, kos sehari kadar perantauan amat membebankan. Lagipun, sistem perantauan hanya boleh digunakan pada satu peranti," keluh Hafiz lagi.

Jika diteliti, situasi itu bukan sahaja dialami oleh Hafiz, bahkan ramai lagi yang berdepan kesukaran serupa saat mengembara di luar negara.


EDVARD (kiri) menerangkan cara penggunaan WiFi poket kepada pengguna yang terlebih dahulu perlu membuat tempahan.


Bagaimanapun, lelaki yang bekerja di salah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) itu kini mempunyai satu lagi opsyen baharu yang boleh melenyapkan masalah 'kehilangan' dalam laman sosial ketika ke luar negara.

Boleh diakses pelbagai peranti

Bagi para pengembara atau pelancong yang kerap bercuti ke luar negara kini boleh membuat persediaan dari segi talian internet dengan menempah WiFi poket untuk kegunaan di luar negara.

Berbanding dengan router (penghala) biasa yang terdapat di kebanyakan restoran yang memberi perkhidmatan percuma, saiz WiFi poket kecil dan boleh disimpan di dalam poket seluar.

Fungsinya sama, boleh menerima jaluran internet seterusnya disambung ke peranti-peranti lain seperti komputer riba, telefon pintar ataupun tablet.

Walaupun bilangan gajet yang diterima dalam satu-satu masa tidak sebanyak router biasa, tetapi lima hingga enam buah sudah memadai untuk kegunaan individu atau kumpulan kecil.

Dengan menggunakan kuasa bateri, ia boleh bertahan sehingga lapan jam dan boleh dicas dengan pengecas mudah alih.

WiFi poket merupakan sebuah alat mudah alih yang boleh menukar isyarat telefon bimbit seperti generasi ketiga (3G) menjadi isyarat WiFi.

Ia boleh dikatakan sebagai sebuah peranti mampu milik untuk perkhidmatan WiFi sesuai dengan penggunaan bilangan gajet yang minimum.

Peranti kecil yang boleh dimasukkan ke dalam poket itu juga mempunyai enkripsi dan kata kunci sebagai langkah keselamatan.

Benda yang ringkas dan kecil, tetapi sebenarnya amat sesuai untuk pengembara seperti Hafiz yang sering ke luar negara dalam kumpulan kecil.

Konsep sewa

Visondata merupakan sebuah syarikat baharu di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan WiFi poket.

Baru dibuka pada bulan Februari lalu dan mempunyai sebuah pusat sehenti di aras P1, pusat beli-belah The Garden, Kuala Lumpur, ia memberikan servis sewa WiFi poket.

TERDAPAT pelbagai jenis WiFi poket bergantung kepada tahap teknologi sesebuah negara.


WiFi poket yang disewa khusus untuk mereka yang sering ke luar negara tanpa mengira tujuan sama ada untuk berlibur mahupun bekerja.

Jadi, anda boleh terus berhubung dengan kenalan di tanah air sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapangan terbang luar negara.

Visondata menawarkan sewaan WiFi poket bergantung kepada sistem wayarles sesebuah negara sama ada generasi keempat (4G) atau 3G.

Perbezaan yang terdapat antara 3G dan 4G terletak pada lebar jalur, kelajuan dan kemudahan router.

Peningkatan perkhidmatan wayarles tersebut dapat meningkatkan kebolehgunaan mod telefon bimbit seperti pelayaran laman web, penerimaan e-mel, sidang video dan banyak lagi.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Visondata sangat mudah iaitu WiFi poket yang ingin disewa ditempah terlebih dahulu.

Peranti diambil pada tarikh yang dipersetujui di pusat sehenti mereka dan dipulangkan sebaik sahaja percutian tamat. Sebanyak RM200 perlu diberikan sebagai wang deposit dan dikembalikan setelah modem dipulang semula.

Bayaran sewa sehari serendah RM25 untuk kegunaan di Singapura sehingga RM50 untuk liputan di negara-negara benua Eropah.

Perbezaan harga disebabkan kebolehsediaan teknologi wayarles di sesebuah negara dan jenis moden yang digunakan.

"Setakat ini, kami menyediakan perkhidmatan WiFi poket di 13 buah negara. Jadi, kami mempunyai 13 jenis modem yang berbeza," terang ketua pemasarannya, Edvard Lee yang ditemui pada sesi pengenalan perkhidmatan tersebut di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

Negara-negara yang mempunyai perkhidmatan yang disediakan oleh Visondata pula terdiri daripada tempat yang kerap dilawati oleh rakyat Malaysia seperti Thailand, Hong Kong dan Korea Selatan.

Sebenarnya, perkhidmatan sewaan WiFi poket sebegitu masih baharu waima di peringkat antarabangsa.

Visondata yang juga syarikat beribu pejabat di Hong Kong itu baru sahaja memulakan perniagaan pada akhir tahun 2012.

"Penerimaan penduduk di sana terhadap perkhidmatan ini amat menakjubkan terutamanya yang mahu ke Jepun. Penduduk Hong Kong amat gemar ke negara itu pada musim cuti kerana jarak yang dekat dan kadar tambang yang rendah," cerita Edvard.

Alberta dikepung air bah

Posted:

Alberta dikepung air bah

Alberta dikepung air bah


PENDUDUK mengalami kerugian besar selepas banyak harta benda mereka musnah.


KIRA-KIRA 100,000 penduduk di barat Kanada terpaksa berpindah ke pusat pemindahan gara-gara hujan lebat sehingga menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh di wilayah Alberta baru-baru ini.

Bencana itu juga menyebabkan air sungai di sekitar wilayah berkenaan berada di paras bahaya selain berlaku tanah runtuh menyebabkan Lebuh Raya Trans-Kanada terpaksa ditutup.

Ia sekali gus turut memutuskan hubungan pusat peranginan Banff dan Canmore.

Selain itu, kebanyakan rumah, bangunan dan jalan raya musnah akibat bencana berkenaan.

Seorang penduduk tempatan, Sylvia George, 45, berkata, dia kehilangan segala-galanya dalam kejadian itu.

"Banjir yang dahsyat ini telah merampas segala-gala yang saya ada terutamanya harta benda," kata ibu kepada lima orang anak itu yang rumahnya terletak di Cougar Creek, Canmore, Alberta.

Kakitangan swasta itu bersama keluarganya terpaksa meninggalkan kediaman mereka pada 20 Jun lalu selepas paras air sungai melimpah dan memaksa mereka tinggal dalam keadaan sehelai sepinggang.

"Paras air meningkat sehingga lima meter mencecah siling rumah kami. Saya tidak pernah menjangkakan banjir pada tahun ini begitu buruk apatah lagi, air naik dengan begitu pantas. Kami tidak sempat berbuat apa-apa," tuturnya yang kini tinggal di pusat pemindahan mangsa banjir di wilayah berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper menyifatkan banjir kali ini merupakan sesuatu yang luar biasa.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 1,300 anggota tentera dihantar ke zon banjir bagi menyelamatkan mangsa yang terkandas.

Sementara itu, Pengarah Pengurusan Agensi Kecemasan, Bruce Burrell memberitahu, paras air Sungai Bow dijangka tidak akan surut sehingga beberapa hari.

Keadaan itu bergantung kepada sejauh mana keadaan banjir berkenaan melanda memandangkan terdapat kawasan bandar yang langsung tidak boleh dimasuki.

Selain itu, Pegawai Alam Sekitar Kanada, Patricia Neely berkata, amaran hujan bagi kawasan yang terjejas telah dikeluarkan. Dia menganggarkan hujan turun sebanyak 100 milimeter atau lebih dalam tempoh beberapa hari.


MANGSA banjir terpaksa menunggu bantuan makanan dan pakaian di pusat pemindahan.


Kesan

Kerajaan Kanada masih tidak dapat menjangkakan nilai kerugian akibat bencana itu.

Bagaimanapun, syarikat pelaburan, BMO Capital Markets menggangarkan wilayah itu kerugian hampir AS$5 bilion (RM15.8 bilion).

Seorang pakar ekonomi, Jonathan Bendiner berkata, anggaran itu berasas seiring dengan kemusnahan yang berlaku di wilayah barat Kanada.

Malah, banyak sektor yang terjejas seperti sektor perkhidmatan, pengangkutan dan pergudangan.

Seorang penduduk, Charlotte Jackson, 35, pula mengakui dia tidak boleh meluahkan kemarahannya ekoran kejadian itu kerana semuanya berlaku dengan pantas.

"Kini, kami seolah-olah terpaksa memulakan hidup baharu dan membina apa yang perlu. Itu sahaja yang boleh dilakukan sekarang.

"Jika saya tidak bersikap positif, ia sukar untuk saya melalui saat getir ini. Jadi, saya harus meneruskan kehidupan seperti biasa dan menggangap semua ini ujian daripada Tuhan," katanya dalam nada kesal.

Dengan air bah yang mula surut sejak Ahad lalu, kira-kira 5,000 penduduk mula dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, namun ratusan ribu lagi masih berlindung di pusat pemindahan.

Bagi kawasan perumahan yang terjejas teruk, penduduk mungkin hanya dibenarkan pulang selepas lima minggu lagi.

Melihat kemusnahan di wilayah berkenaan, kerajaan Alberta mengumumkan agar penduduk Calgary membuat permohonan bantuan untuk membiayai kerosakan harta benda.

Menteri Pengangkutan Alberta, Ric McIver berkata, pihaknya berjanji untuk membina semula wilayah itu dalam tempoh terdekat ini.

"Kami bermula dengan memastikan orang ramai berpindah ke rumah masing-masing dengan selamat dan seterusnya menumpukan kepada kerja-kerja pembinaan infrastruktur," ujarnya.

TV pintar terhebat Samsung

Posted:

TV pintar terhebat Samsung

TV pintar terhebat Samsung


ANDA boleh menukar siaran televisyen dengan hanya menggunakan arahan suara atau gerakan tangan.


SAMSUNG Electronics Co. Ltd. (Samsung) mengorak setapak langkah ke hadapan apabila memperkenalkan televisyen pintar, Smart LED TV F8000 yang dilengkapi dengan teknologi canggih.

Produk baharu itu menjanjikan kepuasan luar biasa kerana saiz skrin besar dan kualiti gambar jelas bak kristal.

Malah menariknya, produk berkenaan bukan sahaja boleh dikawal dengan papan kekunci atau alat kawalan jauh, bahkan siaran boleh ditukar dengan menggunakan suara dan tangan.

Selain itu, pengguna juga boleh membesarkan dan mengecilkan imej dengan menarik kedua-dua tangan sahaja.

TV yang hadir dalam saiz 65 inci itu telah berada di pasaran pada April lalu. Samsung turut memperkenalkan kit evolusi bagi membolehkan pemilik televisyen pintar Samsung daripada model sebelum ini menaik taraf perisian dan teknologi selaras dengan LED TV F8000.

Dalam pada itu, Samsung juga mempertingkatkan ciri-ciri televisyen berkenaan untuk memudahkan pengguna menggunakan televisyen tersebut.

Antaranya, mengkategorikan kandungan televisyen kepada tiga panel yang mudah dilayari seperti panel aplikasi, video, gambar, muzik dan sosial.

Lebih hebat, sebuah basikal gimnasium turut diserta yang membolehkan pengguna bermain permainan video sambil bersenam.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved