Sabtu, 22 Jun 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Buat maksiat dalam pesta buih

Posted:

Buat maksiat dalam pesta buih

Buat maksiat dalam pesta buih

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN daripada pengunjung sebuah pub yang ditahan selepas pihak berkuasa
menyerbu pesta liar mandi buih di Jalan Yap Kwan Seng semalam.


KUALA LUMPUR - Sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati 47 remaja Melayu begitu asyik melakukan aksi sumbang sambil mandi buih ketika menghadiri satu pesta liar di sebuah pub di Jalan Yap Kwan Seng di sini kelmarin.

Lebih memeranjatkan apabila tiga daripada mereka merupakan pelajar perempuan tingkatan lima yang didapati turut terkinja-kinja dengan seluruh badan dilitupi buih. Baju yang dipakai lencun hingga menampakkan susuk tubuh mereka.

Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan dibantu anggota polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Daripada jumlah itu, 38 merupakan lelaki manakala bakinya perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun.

Difahamkan, pelanggan dikehendaki membayar RM40 untuk menyertai parti liar tersebut.

Parti itu sering dianjurkan di premis berkenaan tetapi ia tidak khusus pada hujung minggu sahaja. Penganjur akan mengadakan parti berkenaan pada hari-hari tertentu mengikut permintaan pelanggan tetap.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut menahan dua pemilik premis berusia dalam lingkungan 30-an yang dipercayai penganjur parti mengikut Seksyen 35 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana menggalakkan maksiat.

Tinjauan mendapati, ketika diserbu, kesemua pelanggan tersebut sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Jerebu di Muar sangat bahaya

Posted:

Jerebu di Muar sangat bahaya

Jerebu di Muar sangat bahaya


MASJID Jamek Sultan Ismail di Tanjung Agas, Muar hilang ditelan jerebu ketika gambar ini diambil pada pukul 2 petang semalam.


MUAR - Kualiti udara di daerah Muar kini berada pada tahap sangat berbahaya dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 453 pada pukul 4 petang semalam.

Pengerusi Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) Daerah Muar, Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata, pada pukul 7 pagi, bacaan IPU di Muar mencatat angka 276 dan kemudian meningkat kepada 373 pada pukul 12 tengah hari.

Menurutnya, bacaan IPU di daerah itu kemudiannya diklasifikasikan sangat bahaya apabila ia mencecah 453 pada pukul 4 petang.

"Keadaan jerebu di Muar semakin buruk semalam dan bagi memastikan ia dapat dikurangkan, Bilik Gerakan Bencana Alam akan merangka pelan tindakan melibatkan lapan agensi kerajaan di sini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Abdul Rahman yang juga Pegawai Daerah Muar berkata, agensi yang terlibat ialah Majlis Perbandaran Muar (MPM), Pejabat Tanah, polis, Pejabat Pendidikan Daerah, bomba, Pejabat Kesihatan, Pejabat Pertanian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Di JOHOR BAHRU, jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Alam Sekitar ketika dihubungi berkata, IPU di Pasir Gudang mencatatkan bacaan 190, Kota Tinggi (192) manakala Larkin Lama (170), yang kesemuanya pada paras tidak sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Md. Jais Sarday berkata, keputusan untuk membuka semula sekolah pada Isnin ini di beberapa daerah yang ditutup berikutan masalah jerebu akan diketahui esok.

Keadaan jerebu semakin buruk di negara ini sejak kelmarin disebabkan oleh Ribut Bebinca dari Macau yang menjadikan tiupan angin lebih kencang dan kering serta membawa sekali jerebu dari arah Sumatera, Indonesia.

Sementara itu di SHAH ALAM, Selangor, kawasan Pelabuhan Klang dan Banting mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 139 dan 113 sehingga tengah hari semalam.

Tiada operasi pembakaran di Ladang Sime Darby di Sumatera

Posted:

Tiada operasi pembakaran di Ladang Sime Darby di Sumatera

Tiada operasi pembakaran di Ladang Sime Darby di Sumatera

KUALA LUMPUR - Sime Darby Plantation menegaskan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia, dan telah mematuhi sepenuhnya dasar sifar pembakaran dalam operasinya.

"Laporan semasa mengenai titik panas di Riau adalah termasuk dalam kawasan konsesi PT Tunggal Mitra Plantations (PT MTP)," katanya dalam kenyataan tiga perenggan di sini semalam.

Menurutnya, keseluruhan kawasan konsesi PT MTP ialah 13,836 hektar, dan jumlah kawasan yang ditanam ialah 10,825 hektar dengan 537 hektar terdiri daripada kawasan tapak semaian dan pembangunan dengan bangunan-bangunan, tapak semaian, jalan raya dan jambatan.

"Sebanyak 2,474 hektar dihuni penduduk setempat. PT MTP tidak mampu mengawal aktiviti yang dilakukan di luar kawasan operasinya dan di tempat yang dihuni pihak-pihak lain," katanya.

Bagaimanapun, PT MTP akan terus memantau keadaan, bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan membantu menerusi pasukan pencegahan kebakarannya bagi memastikan sebarang bencana diurus dengan sewajarnya, kata kenyataan itu.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menggesa syarikat milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia supaya mematuhi semua undang-undang dan peraturan setempat, dan memastikan mereka tidak menyumbang kepada masalah alam sekitar. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved