Kosmo Online |
- SPNB tawar bina rumah mesra rakyat kepada penduduk Lahad Datu
- Pekerja kilang dipenjara 12 tahun rompak pegawai bank
- Balai Polis Bergerak bantu penduduk
SPNB tawar bina rumah mesra rakyat kepada penduduk Lahad Datu Posted: SPNB tawar bina rumah mesra rakyat kepada penduduk Lahad Datu04/04/2013 7:21pm MELAKA - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersedia membantu untuk membina rumah mesra rakyat bernilai RM65,000 kepada mangsa-mangsa akibat pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata hari ini, SPNB memberi keisimewaan kepada penduduk terlibat dengan mempercepatkan kelulusan permohonan sebelum rumah mesra rakyat itu dapat dibina ditapak rumah mereka yang musnah akibat serangan tersebut "Bagaimanapun setiap permohonan yang dikemukakan oleh penduduk di Lahad Datu serta kampung-kampung terlibat perlu memenuhi syarat permohonan rumah mesra rakyat yang ditetapkan oleh SPNB," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan dewan serba guna bernilai RM3.8 juta di Kem Terendak di sini hari ini. - KOSMO! |
Pekerja kilang dipenjara 12 tahun rompak pegawai bank Posted: Pekerja kilang dipenjara 12 tahun rompak pegawai bank04/04/2013 5:25pm KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kilang dihukum penjara 12 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah merompak secara berkumpulan barang peribadi milik seorang pegawai bank, di Brickfields di sini, kira-kira enam tahun lepas. Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Che Mohd. Nor Firdaus Che Leh gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Che Mohd. Nor Firdaus dan seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak pelbagai barangan peribadi Yronne Cheah Ai Lin, 30, termasuk wang tunai RM50 dan pas pekerja di Jalan Lorong Maarof 1 dan Jalan Limau Kasturi Bangsar Park, di sini pada 6.10 petang, 20 Mei 2007. - Bernama |
Balai Polis Bergerak bantu penduduk Posted: Balai Polis Bergerak bantu penduduk04/04/2013 4:54pm LAHAD DATU - Polis akan menempatkan lima buah Balai Polis Bergerak di lima buah kampung dalam gugusan Tanjung Labian di sini bermula esok. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, kehadiran balai polis bergerak itu dapat membantu penduduk membuat laporan selain menyalurkan sebarang maklumat berkaitan. - KOSMO |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan