Kosmo Online - Negara |
Posted: Sorok syabu di celah paha
LIMBANG – Taktik seorang wanita menyembunyikan dua paket syabu di celah pahanya terbongkar apabila dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Batu Bekarang di sini kelmarin. Polis turut menahan suami wanita tersebut bersama seorang bayi berusia enam bulan dalam serbuan pada pukul 5.54 pagi. Bayi itu kemudian diserahkan kepada waris terdekat suspek. Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd. Bukhori Saffai berkata, wanita berusia 30 tahun itu dipercayai bergiat aktif mengedar dadah bersama suaminya yang berusia 42 tahun sejak beberapa bulan lalu. Menurutnya, selain tangkapan, polis turut merampas syabu seberat 1.8 gram bernilai RM600 yang disembunyikan di celah paha wanita itu. "Kita jangka menahan beberapa individu lagi yang menjadi orang tengah kepada pasangan ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Tambahnya, kedua-dua suspek didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing dan semakan mendapati, pasangan itu turut mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Maut sebab pikat isteri orangOleh FATIN AINAA FAUDZI KLANG – Sikap miang seorang lelaki yang cuba memikat isteri orang dengan menghantar ayat-ayat cinta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas disyaki dikelar suami wanita berkenaan di Jalan Klang Sentral di sini kelmarin. Kejadian pukul 9.55 malam itu mengakibatkan mangsa yang berusia 22 tahun mati selepas dikelar di leher di kawasan tempat letak kereta. Mangsa berbangsa Aceh, Indonesia. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong (gambar) berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikelar dengan menggunakan senjata tajam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Diberkas ketika hendak lariOleh MUSTAPA LAKAWA ANGGOTA pasukan keselamatan yang sedang bertugas sempat bertanya khabar kepada penduduk Kampung Lok Buani, Lahad Datu semalam. LAHAD DATU – Seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang dicari kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pencerobohan pengganas Sulu di negeri ini diberkas tidak sampai enam jam selepas polis mengedarkan gambarnya kepada umum kelmarin. Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl, 57, diberkas pada pukul 10.30 malam bersama seorang wanita dipercayai isterinya berusia 55 tahun dan seorang lelaki yang merupakan kenalannya berumur 33 tahun. Ketiga-tiga mereka diberkas di rumah pangsa Datuk Seri tersebut di Tanjung Aru, Kota Kinabalu kira-kira 401 kilometer dari sini. Mereka diberkas bagi membantu siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). "Datuk Seri itu diberkas selepas kita menerima maklumat mengenai kedudukannya enam jam setelah kita mengedarkan gambarnya pada pukul 4.30 petang. "Seorang wanita dan seorang lagi lelaki turut ditahan di dalam rumah itu ketika mereka bersiap sedia untuk melarikan diri," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan