Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Peserta Teman 1Azam Kepala Batas terima bantuan
- USM anjur Kempen Warisan Lenggong untuk pelajar
- Pusat PDK Sinar 1Malaysia Taman Puteri dirasmi
Peserta Teman 1Azam Kepala Batas terima bantuan Posted: Peserta Teman 1Azam Kepala Batas terima bantuanABDULLAH beramah mesra dengan seorang penerima bantuan program Teman 1Azam selepas majlis penyampaian Kar1sma Teman 1Azam di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. MANFAAT. Kira-kira 30 peserta program Teman 1Azam dari daerah Kepala Batas, Pulau Pinang menerima Barangan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) 1Azam Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang pada satu majlis di Kepala Batas baru-baru ini. Antara bantuan tersebut ialah peralatan menyediakan air batu campur dan cendol, cucian kereta bergerak serta mesin rumput yang disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas. Dalam ucapannya, Abdullah mengingatkan para penerima barangan tersebut agar berusaha memanfaatkan segala bentuk bantuan yang diberi kerajaan untuk memperoleh pendapatan yang mampu menjana ekonomi keluarga. Katanya, inisiatif kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berjaya meningkatkan pendapatan kira-kira 70 peratus pesertanya di Pulau Pinang sejak diperkenalkan dua tahun lalu. |
USM anjur Kempen Warisan Lenggong untuk pelajar Posted: USM anjur Kempen Warisan Lenggong untuk pelajarPARA pelajar mendengar penerangan tentang Lenggong daripada Ahli Jawatankuasa Kempen Warisan Lenggong USM (kiri) di Lenggong baru-baru ini. INISIATIF. Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Kempen Warisan Lenggong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak baru-baru ini. Pengarah Kempen Warisan Lenggong, Lum Wai Quan berkata, program berkenaan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran golongan muda terhadap kawasan Lenggong yang kini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Beliau berkata, pelbagai acara menarik telah diatur seperti pertandingan fotografi, buku skrap dan Jelajah 'Jejak Warisan Lenggong'. "Selain SMK Sultan Azlan Shah, kempen yang sama turut diadakan di SMK Datuk Ahmad, Lenggong," katanya. |
Pusat PDK Sinar 1Malaysia Taman Puteri dirasmi Posted: Pusat PDK Sinar 1Malaysia Taman Puteri dirasmiFATIMAH (tengah) melihat gelagat kanak-kanak menggunakan bahasa isyarat selepas merasmikan Pusat PDK Sinar 1Malaysia Taman Puteri di Kuching baru-baru ini. RASMI. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sinar 1Malaysia Taman Puteri di Jalan Sultan Tengah, Kuching dirasmikan oleh Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah baru-baru ini. PDK Sinar 1Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2012 itu menempatkan penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak orang kelainan upaya. Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM156,880 kepada pusat komuniti tersebut. Selain itu, Fatimah juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan penghuni dan kakitangan selain meninjau keadaan dan peralatan di pusat komuniti berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan