Kosmo Online |
- Pencerobohan: MBM lancar kempen perpaduan
- Dua laporan polis dibuat berhubung kenyataan hina Sultan Johor
- Ceroboh: Polis tahan 79 orang mempunyai kaitan
Pencerobohan: MBM lancar kempen perpaduan Posted: Pencerobohan: MBM lancar kempen perpaduan08/03/2013 9:43pm KUALA LUMPUR — Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini melancarkan "Blue Ribbon" Kempen Perpaduan: Daulat Negara bertujuan menzahirkan keprihatinan dan sokongan kepada pasukan keselamatan dalam membanteras pencerobohan kumpulan militan Sulu di Sabah. Kira-kira 3,000 belia mewakili 40 pertubuhan belia menyertai majlis itu yang berlangsung di KL Sentral di sini. Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata mereka memandang serius insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna yang dilihat memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia. "Pengorbanan pejuang-pejuang negara dalam menangani pencerobohan itu patut dihargai...rakyat perlu bersatu hati menyokong keberanian anggota pasukan keselamatan negara," katanya sewaktu pelancaran kempen tiga hari itu. Antara pengisian program itu ialah mengadakan solat hajat dan bacaan doa mengikut anutan agama masing-masing, kutipan derma Tabung Wira Lahad Datu dan pengedaran reben biru dan epal merah kepada orang ramai. Menurut Mohamed Maliki, reben biru itu melambangkan perpaduan seluruh rakyat Malaysia dalam menyatakan sokongan kepada usaha menjaga kedaulatan negara manakala epal merah melambangkan tanda sokongan kepada perwira yang mempertahankan tanah air. — BERNAMA |
Dua laporan polis dibuat berhubung kenyataan hina Sultan Johor Posted: Dua laporan polis dibuat berhubung kenyataan hina Sultan Johor08/03/2013 9:12pm JOHOR BAHRU — Dua laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan hari ini berhubung kenyataan menghina Sultan Johor oleh individu tidak bertanggungjawab dalam laman sosial Facebook. Laporan itu dibuat Ketua Kampung Kempas, Salim Daud, yang mewakili Persatuan Ketua-ketua Kampung Negeri Johor dan Ketua Kampung Senibong, Yacob Sahadan. Penghinaan itu didakwa dilakukan individu yang tidak dinamakan semalam selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bertitah meminta seluruh masjid di negeri ini mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat dan selepas solat Maghrib secara berterusan bagi mendoakan keselamatan anggota keselamatan yang bertugas di Lahad Datu, Sabah. Laporan polis yang dibuat pukul 3.19 petang ini meminta pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap individu itu.— BERNAMA |
Ceroboh: Polis tahan 79 orang mempunyai kaitan Posted: Ceroboh: Polis tahan 79 orang mempunyai kaitan08/03/2013 9:05pm LAHAD DATU – Pasukan keselamatan menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan kumpulan pengganas di Kampung Tanduo, dekat sini, sejak 12 Februari lepas. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mereka ditahan di sekitar Sabah, termasuk di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna. Bagaimanapun beliau enggan mengulas kerakyatan mereka yang ditahan itu. "Siasatan masih dijalankan dan hasil soal siasat terhadap mereka telah membawa banyak kejayaan kepada Op Daulat untuk membanteras penceroboh itu," katanya kepada pemberita di markas sementara di Felda Sahabat 16, di sini hari ini. Sejak pencerobohan itu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac manakala di pihak musuh, seramai 52 orang terbunuh. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan