Jumaat, 8 Mac 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tunku Ismail akur dengan hukuman FAM

Posted:

Tunku Ismail akur dengan hukuman FAM

Tunku Ismail akur dengan hukuman FAM

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

TAUFIK (tengah) ketika mengumumkan hukuman gantung enam bulan ke atas Tunku Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Kelana Jaya semalam.


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akur dengan segala keputusan dan tindakan undang-undang yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap baginda.

Tunku Ismail dalam satu kenyataan semalam bertitah bahawa baginda menghormati keputusan yang dibuat oleh FAM berhubung dengan laporan media yang dibuat pada 20 Februari lalu dan semuanya dianggap telah selesai.

Sehubungan itu, baginda menasihatkan para penyokong Johor supaya sentiasa menjaga disiplin dan tatatertib serta tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang negatif.

Semalam, Tunku Ismail digantung enam bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak selain didenda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM berkuat kuasa semalam.

Tunku Mahkota Johor itu didapati bersalah melanggar Artikel 88 Statut FAM kerana mengkritik mutu pengadilan bola sepak tempatan yang disifatkannya tidak mencapai standard yang diharapkan.

Baginda antara lain telah menggesa FAM untuk mengkaji kelemahan tersebut agar mutu pengadilan dalam Liga M lebih efisen.

Jawatankuasa Tatatertib dalam mesyuaratnya petang semalam turut mengenakan denda RM30,000 ke atas PBNJ kerana insiden pembakaran suar oleh penyokong Johor Darul Takzim ketika pasukan itu menentang Negeri Sembilan pada 2 Mac lalu.

Dalam pada itu, dalam kenyataan dua muka surat itu, Tunku Ismail juga ingin mengingatkan bahawa PBNJ merupakan persatuan bola sepak yang paling profesional dalam negara ini dengan struktur serta pengurusan yang kuat dan tersusun.

Baginda juga bertitah, mahukan penyokong Johor mempunyai sikap berhemah, selain mempunyai semangat kesukanan tinggi yang boleh menjadi kebanggaan dalam kalangan penyokong bola sepak di seluruh negara.

"Saya masih bersama-sama kamu semua sebagai Tunku Mahkota Johor dan saya akan sentiasa memastikan bahawa kita (Johor) akan menjadi satu pasukan yang kuat dan disegani di negara ini," titah baginda.

'Pertahan emas bola sepak'

Posted:

'Pertahan emas bola sepak'

'Pertahan emas bola sepak'

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


RAZALI (tengah) ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat JPBS di Bukit Jalil semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong (kiri) dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (kanan).


SKUAD bola sepak Harimau Muda harus mengekalkan status juara bertahan dalam acara bola sepak pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan.

Demikian tegas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim semalam.

Razali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBSN) berkata, pihaknya telah menyatakan hasrat itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan berharap ia berjaya direalisasikan kelak.

Menurutnya, pihaknya juga akan membantu membiayai sebahagian perbelanjaan untuk persiapan pasukan tersebut sehingga berlangsungnya temasya sukan dwitahunan itu.

"Kami telah meminta FAM untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA di Myanmar nanti.

"Oleh itu, kami bersedia menanggung satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan skuad itu sebagai persiapan menghadapi temasya sukan itu nanti," kata Razali selepas mempengerusikan mesyuarat JPBSN di Bukit Jalil semalam.

Menurutnya, pihaknya berbesar hati untuk melihat skuad Harimau Muda bergelar juara hatrik Sukan SEA setelah memenanginya pada edisi 2009 serta 2011.

Selain itu, Razali turut mengumumkan, pihak JPBSN juga sangat berpuas hati dengan pencapaian jawatankuasa itu sepanjang tahun 2012 yang telah banyak merangka program pembangunan pada peringkat akar umbi.

"Mesyuarat hari ini (semalam) lebih memberi fokus kepada laporan tentang pelaksanaan program-program sepanjang tahun 2012 dan kami sangat berpuas hati dengan apa yang telah dicapai pada tahun lalu.

"Turut dibincangkan ialah mengenai perancangan pada tahun ini dan keputusan telah dicapai mengenai program MyKids Soc- cer yang mana pusat-pusat latihan akan ditambah daripada 14 ke 30 buah keseluruhannya," jelas Razali lagi.

Katanya, pusat itu termasuk satu di Labuan dan satu lagi di Putrajaya untuk menjadikan jumlah 3,600 pelatih MyKids Soccer di seluruh negara membabitkan 224 jurulatih.

Jelas Razali lagi, beliau sangat berbangga kerana 900 pelatih yang dicadangkan pada tahun lalu telah berjaya mendapat tempat di tiga buah sekolah sukan utama di negara ini iaitu di Bukit Jalil; Gambang, Pahang dan Bandar Penawar di Johor.

Sementara itu, pihak jawatankuasa turut mengumumkan pemberian sumbangan kepada salah seorang pelatih MyKids Soccer dari Perak, Hazreq Zafri Sabaruddin, 12.

Dia telah kehilangan bapanya, Koperal Sabaruddin Daud, anggota Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbunuh dalam insiden serangan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah minggu lalu.

"Dengan sumbangan berjumlah RM5,000 ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga adik Hazreq Zafri.

"Seperti yang diberitahu kepada saya, Hazreq Zafri yang kini berada dalam darjah enam merupakan seorang pelatih yang mempunyai rekod baik dan saya berharap dia berusaha bersungguh- sungguh agar mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan bola sepak," katanya lagi.

ACC: Pelumba remaja hebat

Posted:

ACC: Pelumba remaja hebat

ACC: Pelumba remaja hebat

AFRY Qhairant turut menyumbang pingat perak pada aksi pembukaan ACC 2013 di India kelmarin.


KEM negara terus ceria pada hari kedua Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2013 di New Delhi, India apabila menambah satu lagi pingat gangsa setakat pukul 8 malam tadi waktu Malaysia.

Kilauan gangsa tersebut disumbang pelumba skuad pelapis kebangsaan, Mohd. Farid Razali dalam acara kejar-mengejar individu lelaki kategori remaja dengan menewaskan pelumba dari Korea Selatan.

Farid mencatat masa 3 minit 34.701 saat manakala lawannya, 3:40.530s.

Kejayaan pingat gangsa ini menyaksikan kem negara mengumpul dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa setakat ini.

Sementara itu, skuad kejar-mengejar wanita negara berjaya mencatat rekod baharu kebangsaan dalam kategori elit dengan catatan 5:08.969s pada pusingan kelayakan.

Pada perlumbaan 16 pusingan itu, skuad negara yang menampilkan Ju Pha Somnet, Lauretta Eva Adrian, Nurul Nadia Mohd. Fauzi dan Noor Azian Alis bagaimanapun gagal meneruskan kemaraan setelah mendapat tempat keenam di belakang Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, China dan Taiwan.

Pada hari pertama acara trek kelmarin, kem negara berjaya memenangi dua pingat emas menerusi pelumba pelapis kebangsaan, Muhammad Firdaus Mohd. Zonis dan Irwandie Lakasek.

Muhd. Firdaus menghadiahkan emas pertama dalam acara 1km ujian masa kategori lelaki remaja dengan mencatat 1:5.758s, sekali gus mencipta rekod baharu kejohanan.

Emas kedua pula hadir menerusi Irwandie dalam acara scratch lelaki remaja dengan mengatasi pelumba Hong Kong (perak) dan Taiwan (gangsa).

Pada hari pembukaan itu juga, skuad trek negara memperoleh dua pingat perak menerusi acara pecut berpasukan lelaki elit dan remaja.

Trio Mohamad Edrus Md. Yunos, Muhd. Arfy Qhairant Amran dan Mohd. Fattah Amri Zaid mencatat masa 47.163s pada final, namun terpaksa akur dengan kehebatan juara bertahan, China yang membuat 46.576s.

Trio remaja lelaki, Muhammad Firdaus, Asyraf Naim Ying dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencatat 48.335s dan tewas kepada Korea Selatan (48.275s).

Sementara itu, dalam perlumbaan mata (point race) pelumba elit wanita, Ju Pha turut menyumbang pingat gangsa selepas menamatkan saingan 80 pusingan tersebut di belakang Jamie Wong (Hong Kong) dan Minami Uwano dari Jepun.

Ju Pha yang berkongsi 29 mata dengan pelumba Taiwan, Tseng Hsiao Chia, lebih bernasib baik untuk meraih pingat gangsa selepas terlebih dahulu melintasi garisan penamat.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved