Kosmo Online |
- PM Sedih dua komando polis terkorban di Lahad Datu
- Lahad Datu: Jangan percaya berita tidak sahih - Musa
- Jenazah komando polis terkorban tiba di Subang malam ini
PM Sedih dua komando polis terkorban di Lahad Datu Posted: RuangTragedi gajah kerdilRABU lalu, negara digemparkan dengan penemuan bangkai 10 ekor gajah pigmy atau gajah kerdil Borneo yang mati dalam keadaan menyayat hati di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, kira-kira 130 kilometer dari Tawau, Sabah. Lagi... InfinitiJana idea dan inovasi tempatanMENINGGALKAN kenderaan seperti kereta di rumah lantaran terpaksa bertugas di luar daerah selama beberapa hari merupakan perkara normal yang dilalui ramai individu. Lagi... KesihatanMinum air kencing sendiriCARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam. Lagi... |
Lahad Datu: Jangan percaya berita tidak sahih - Musa Posted: Lahad Datu: Jangan percaya berita tidak sahih - Musa01/03/2013 9:52pm KOTA KINABALU — Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan tidak sesekali percaya kepada khabar angin dan sumber berita tidak sahih disebarkan menerusi media sosial berkaitan insiden serangan kumpulan penceroboh bersenjata terhadap anggota keselamatan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata apa yang lebih penting pada masa kini ialah jangan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan khabar angin dengan tujuan untuk memburukkan lagi keadaan. "Pihak berkuasa akan memberikan maklumat terperinci berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Musa yang mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden serangan penceroboh itu terhadap anggota keselamatan negara. "Sesungguhnya kita berasa amat sedih dan bersimpati serta amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan negara," katanya. Musa berkata, pihak berkuasa keselamatan sedang menangani krisis tersebut. "Pihak keselamatan berupaya dan mampu untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini. Dua anggota keselamatan Malaysia terkorban dan tiga lagi cedera manakala 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh. — BERNAMA |
Jenazah komando polis terkorban tiba di Subang malam ini Posted: Jenazah komando polis terkorban tiba di Subang malam ini01/03/2013 9:51pm KUALA LUMPUR — Jenazah dua anggota komando polis pasukan gerakan khas 69 Komando yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, hari ini, diterbangkan ke ibu negara malam ini. Penerbangan itu dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini, pada kira-kira 11.30 malam, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yusof kepada pemberita. Anggota terkorban yang berkhidmat di Kem Ulu Kinta itu ialah Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46. Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang isteri, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun. Sementara Allahyarham Sabarudin meninggalkan seorang isteri, Nurunisa Abu Bakar, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Allahyarham berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor dan alamatnya kini adalah di Kem Polis Komando Ulu Kinta, Perak. Tiga anggota komando polis yang cedera dalam kejadian itu ialah Koperal Mohd. Tarmizi Hashim, 32, Koperal Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22. Ramli berkata, Mohd. Tarmizi cedera di tangan dan kaki manakala Azman yang cedera di paha dan punggung, kini dirawat di Hospital Lahad Datu. Sementara Mohamad Qaiyum'aiqal yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki kini ditempatkan di Hospital Sandakan, katanya. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan