Rabu, 20 Mac 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ranking FIFA tidak penting

Posted:

Ranking FIFA tidak penting

Ranking FIFA tidak penting

Oleh NAN HIDAYAT NAN
AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PEMAIN-PEMAIN Yemen yang bakal membawa cabaran pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 tiba di KLIA, Sepang semalam.


PENGENDALI Yemen, Tom Saintfiet senada dengan pendapat jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menjelang aksi Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam malam esok.

Saintfiet berkata, ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya perbezaan di atas kertas semata-mata.

Ketika ini, Yemen sekadar menduduki tempat ke-170 selepas ketinggalan beberapa kedudukan di belakang Malaysia (164).

"Ranking tidak penting, ia tidak menggambarkan kekuatan sebenar mana-mana pasukan bola sepak.

"Biarpun pemain dari Asia Barat dilihat memiliki skil yang lebih baik, saiz pemain Asia Tenggara yang kecil dan pantas juga boleh menyukarkan kami.

"Pada pendapat saya, kekuatan kedua-dua pasukan dilihat seimbang. Jadi, kami tunggu sahaja perlawanan itu nanti," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.

Sebelum ini, Rajagobal beberapa kali menegaskan, ranking skuad negara tidak penting ekoran kegagalan mereka beraksi dalam aksi persahabatan berstatus A.

Mengulas lanjut, Saintfiet yang mula membimbing skuad kebangsaan Yemen, Oktober tahun lalu memberitahu, anak-anak buahnya kini bersedia memburu mata pertama selepas tumpas 0-2 kepada Bahrain pada aksi pembuka tirai kumpulan bulan lalu.

Begitupun katanya, ia bukan satu tugas yang mudah kerana menghormati pasukan negara yang pastinya tampil garang depan penyokong sendiri.

"Saya menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Qatar dan Arab Saudi tempoh hari. Bagi saya, mereka pasukan yang kuat kerana berjaya menjaringkan gol.

"Kami tidak datang ke sini (Malaysia) untuk tewas. Menang sudah bagus tetapi saya lebih gemar memikirkan kemampuan kami mencuri satu mata," katanya.

Saintfiet memberitahu, beliau juga arif dengan corak taktikal yang diamalkan Rajagobal apabila mula mengikuti perkembangan skuad negara sejak muncul juara Piala Suzuki AFF 2010.

"Saya telah bersahabat dengan Rajagobal sejak sembilan tahun lalu dan sering berhubung menerusi e-mel.

"Pertemuan ini pastinya menarik kerana kedua-dua pasukan memburu kemenangan pertama bagi menghidupkan peluang menyambar slot ke pusingan akhir Piala Asia," katanya.

Menurut Saintfiet, beliau terpaksa melakukan rombakan kecil ketika berdepan Malaysia ekoran kecederaan yang dialami pemain utama, Akram Kamel Ali Al-Selwi.

"Namun pada masa sama, saya gembira dengan kehadiran semula penyerang berbisa, Aiman Saleh Abdullah Al-Hagri yang sebelum ini terpaksa diketepikan ketika berdepan Bahrain gara-gara kecederaan," katanya.

Skuad Yemen akan menginap di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam sepanjang berada di Malaysia selain menjalani latihan di Stadium UiTM, Shah Alam.

'Itu pandangan peribadi Raja'

Posted:

'Itu pandangan peribadi Raja'

'Itu pandangan peribadi Raja'

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


SULTAN AHMAD SHAH (kiri) dan Tengku Abdullah merasmikan Restoran Pandu-Lalu McDonald's di Pekan, Pahang semalam.


TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menganggap kenyataan jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal (gambar) yang mendakwa, lambakan pemain import dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) menjadi punca negara ketandusan penyerang sebagai tafsiran sendiri.

"Seingat saya, pemain tetap sama, sebelum pemain import datang pun, para pemain inilah yang dia guna.

"Soal kekurangan (penyerang) itu saya tidak berani kata betul atau tidak, sebab pemain tetap ada.

Namun baginda bertitah, hal tersebut seharusnya tidak dijadikan alasan tetapi Rajagobal harus bijak menggunakan kepakaran dan kemahiran pemain sedia ada untuk melakar kejayaan buat negara.

"Kalaupun ada yang mengatakan mutu bola sepak pada peringkat liga tidak begitu tinggi, itu pandangan dia.

"Isu kekurangan pemain itu saya rasa tidak timbul," titahnya kepada pemberita selepas merasmikan Restoran Pandu-Lalu McDonald's di Pekan, Pahang semalam.

Mengulas mengenai kritikan Rajagobal yang dilakukan secara terbuka berkaitan hal itu pula, baginda menyerahkan kepada pihak sekretariat dan Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk mengkajinya.

"Saya tidak tahu sejauh mana kritikan itu tetapi saya rasa, kalau keluar daripada syarat-syarat ditetapkan, satu tindakan perlu diambil dan kalau tidak, kita terima dengan positif," titahnya.

Semalam akhbar melaporkan, kritikan Rajagobal berhubung lambakan pemain import dalam saingan Liga Malaysia sehingga menyebabkan kekurangan penyerang tempatan yang berwibawa akan dibawa ke mesyuarat badan induk FAM minggu depan bagi menilai sama ada kenyataan tersebut melanggar Artikel 88 ataupun tidak.

Sementara itu, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah menyeru para pemain Harimau Malaya supaya menjadikan kekalahan 1-4 kepada Arab Saudi pada perlawanan persahabatan Ahad lalu sebagai satu pengajaran.

Baginda bertitah, selepas kekecewaan itu, mereka perlu bangkit dan mempamerkan rentak permainan terbaik ketika bertemu Yemen bagi aksi Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, Selangor malam esok.

"Insya-Allah, perlawanan kali ini lebih baik daripada yang sebelum ini. Ia suatu pengajaran kepada mereka dan perlawanan menentang Yemen mudah-mudahan lagi baik," titah baginda.

Impian besar Danny

Posted:

Impian besar Danny

Impian besar Danny

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


DANNY (kanan) menunjukkan cara-cara memukul bola dengan betul kepada pemain-permain cilik di KLGCC, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.


MAHU buang badi.

Itulah impian pemain negara, Danny Chia pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia-Maybank (MMO) 2013 yang membuka tirainya hari ini.

Berdasarkan laluan pada beberapa kejohanan berprestij termasuk MMO dan Terbuka Kuala Lumpur CIMB tahun lalu, pemain berusia 40 tahun itu berjaya menduduki kelompok 10 teratas dan menjadi antara pendahulu kejohanan.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu sering kali tidak bernasib baik sebaik permainan memasuki pusingan kedua dan akhirnya menamatkan pukulan di tempat tercorot.

"Setiap pemain mempunyai hari dan pusingan yang buruk. Saya akui sering bermula dengan baik pada dua pusingan pertama dan sukar mengekalkan momentum pada hari seterusnya.

"Bagi saya, apa yang penting ialah bagaimana kami menamatkan hari yang buruk itu. Jika pemain ternama mencatat satu atau dua bawah par, saya perlu berada di tahap itu," katanya ketika ditemui pada sidang media di Kelab Golf dan Desa Kuala Lumpur (KLGCC), Bukit Kiara semalam.

Meskipun sudah 'masak' dengan lapangan di KLGCC, Danny enggan memandang mudah cabaran di lapangan yang dianggap sangat licin itu.

"Lapangan golf di sini sangat mencabar dan setiap kali beraksi, saya pasti gementar terutama pada pusingan pertama. Ia berlaku bukan saja disebabkan keadaan lapangan tetapi mungkin tekanan bermain di tempat sendiri.

"Teknik dan pengalaman anda akan menentukan nasib anda pada hari perlawanan itu tanpa mengira berapa kali anda pernah bermain di sini," jelasnya.

Masih segar dengan kemenangan pada acara Jelajah Asian Development (ADT) dua minggu lalu, Danny mahu tuah pada kejohanan tersebut berpanjangan.

"Saya memulakan musim ini dengan rentak yang agak baik. Di samping mengejar kemenangan, peningkatan dari aspek permainan seperti kawalan pukulan bola dan strategi semakin meningkat. Bagi saya, itu lebih penting dan ia banyak dibantu oleh jurulatih saya, Steven Giuliano.

"Sejak berlatih secara intensif dengannya sejak Disember lalu, hasilnya semakin baik dan keyakinan saya semakin meningkat," jelasnya.

Ditanya mengenai persediaan mental untuk menghadapi MMO termasuk berdepan dengan pemain ternama seperti Luke Donald dan Charl Schwartzel, Danny berkata, dia perlu bermain dengan lebih tenang.

"Saya cuba kawal tahap kesabaran saya setiap kali melakukan pukulan serta bermain dengan kemampuan sendiri. Saya pernah berjumpa pakar psikologi tetapi halangan seperti kekerapan menyertai perlawanan di luar negara menyebabkan saya tidak lagi berjumpa dengannya sejak dua tahun lalu.

"Bagaimanapun, saya masih gunakan beberapa tip dan panduan yang diberikan. Ia benar-benar membantu saya untuk berdepan dengan tekanan dan cabaran ketika bermain," kata Danny.

Dalam pada itu, Danny turut menjelaskan, peluang pemain Malaysia melakar kejutan pada kejohanan berprestij seperti MMO itu tetap ada.

"Potensi mereka amat besar dan lihat saja Gavin (Green) yang bermain pada minggu ini. Saya berpeluang bermain dengannya dalam beberapa pusingan baru-baru ini dan ia amat menakjubkan terutama pukulan jauh.

"Saya percaya, lapangan golf ini akan memberi peluang untuk dia membuktikan kemampuannya. Tidak mustahil dia akan berjaya," kata Danny.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved