Rabu, 20 Mac 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


15,268 pelanggan Syabas alami gangguan bekalan air

Posted:

15,268 pelanggan Syabas alami gangguan bekalan air

15,268 pelanggan Syabas alami gangguan bekalan air

20/03/2013 9:21pm

KUALA LUMPUR — Kira-kira 15,268 akaun pengguna sekitar wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip jenis keluli lembut di persimpangan Jalan Damansara Damai menuju Sungai Buloh pecah hari ini.

Penolong Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred dalam satu kenyataan berkata kerja pembaikan dijangka selesai pada 12 tengah hari esok.

"Syabas telah melantik kontraktor dan kerja pembaikan sedang dilakukan bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan dengan kadar segera.

"Kerja pembaikan menghadapi kesukaran dan mengambil sedikit masa kerana konkrit cerucuk yang telah menembusi batang paip tersebut sukar dikeluarkan," katanya.

Kawasan yang terjejas adalah Damansara Damai, Saujana Damansara, Kampung Baru Sungai Buloh, Kampung Sungai Buloh, Kampung Merbau Sempak, Penjara Sungai Buloh, Kampung Paya Jaras, Kampung Kubu Gajah, Kampung Selamat, Kem Tentera Sungai Buloh, Desa Aman, Hospital Sungai Buloh dan Bandar Baru Bukit Rahman Putra.

Syabas juga menyediakan 10 lori tangki air dalam keadaan tunggu sedia dan satu lori tangki digerak ke kawasan terjejas.

Berikutan itu, pengguna disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan paip.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252.

— BERNAMA

KR1M: Pendapatan boleh guna rakyat meningkat

Posted:

KR1M: Pendapatan boleh guna rakyat meningkat

KR1M: Pendapatan boleh guna rakyat meningkat

20/03/2013 8:52pm

KUALA LUMPUR — Pelbagai kedai jenama 1Malaysia terbukti dapat meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat kerana ia menawarkan barangan berkualiti dengan harga lebih rendah.

Pensyarah Ekonomi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr. Shazali Abu Mansor berkata, kesannya rakyat boleh berjimat-cermat semasa berbelanja dan mampu membeli keperluan tambahan lain hasil penjimatan tersebut.

Ia memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk yang berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah kerana ia terbuka kepada semua rakyat, katanya ketika mengulas mengenai Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) yang dibentangkan Perdana Menteri semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain menyentuh mengenai kedai jenama 1Malaysia yang memberi alternatif kepada rakyat untuk mendapatkan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos secara puratanya 20 hingga 40 peratus lebih rendah dari harga pasaran.

Kedai tersebut termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M), Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).

Sementara itu, beberapa peniaga dan pengguna kedai 1Malaysia menyifatkan kedai di bawah jenama 1Malaysia adalah langkah transformasi murni yang dilakukan kerajaan kepada rakyatnya.

Rata-rata mereka memberitahu, keprihatinan kerajaan jelas dibuktikan apabila kebajikan rakyat tidak pernah dilupai meskipun kerajaan sentiasa berusaha keras menjadikan Malaysia sebuah negara maju. - Bernama

Showcase Anak Muda tawar 1,000 peluang kerjaya

Posted:

Showcase Anak Muda tawar 1,000 peluang kerjaya

Showcase Anak Muda tawar 1,000 peluang kerjaya

20/03/2013 8:43pm

SHAH ALAM — Sejumlah 1,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada anak muda Selangor lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga peringkat ijazah pada Showcase Anak Muda 2013 di Sungai Besar, Ahad ini.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Budiman Zohdi berkata sejumlah 30 syarikat swasta telah bersetuju untuk menyertai showcase itu untuk mencari calon pekerja yang sesuai pada acara yang akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 11 malam di Stadium Sungai Besar.

Selain itu, maklumat berkaitan dengan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan skim perumahan Syarikat Perumahan Negara Bhd akan turut diedarkan kepada para pengunjung, katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. Budiman berkata SERANG dan Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam mengambil inisiatif mengadakan showcase itu kerana masalah perumahan dan peluang pekerjaan adalah antara isu yang membelenggu kehidupan anak muda.

Program sehari itu akan disi dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika, pertandingan masakan dan gubahan untuk beliawanis, pertandingan futsal dan tarik tali untuk belia, permainan kavadi, jelajah berbasikal di Sungai Besar serta konsert oleh kumpulan Nasyid Mestica dan band Al-Farabi serta legenda rock Ramli Sarip. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved