Isnin, 25 Februari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tembok di tapak pembinaan Ukay Perdana runtuh

Posted:

Tembok di tapak pembinaan Ukay Perdana runtuh

Tembok di tapak pembinaan Ukay Perdana runtuh

25/02/2013 7:11pm

KUALA LUMPUR — Tembok sepanjang kira-kira 50 meter runtuh akibat hujan lebat petang ini di sebuah tapak pembinaan rumah banglo di Taman Nusa Tropika, Ukay Perdana, di sini.

Seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu, Belinda Mohd. Ishak, 38, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 3 petang, beliau dalam perjalanan ke rumahnya di Bukit Antarabangsa.

"Masa itu hujan lebat sangat. Ketika melalui lokasi kejadian, saya nampak tembok rumah banglo yang sedang dalam pembinaan itu tiba-tiba runtuh beserta bunyi yang kuat.

"Nasib baik tembok itu tak jatuh betul-betul ke atas jalan dan mengenai kereta yang melaluinya," katanya.

Beliau berkata, pada ketika itu dilihat pekerja binaan rumah banglo tersebut bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri.

Belinda berkata, selepas kejadian itu, jalan raya di situ menjadi sesak kerana serpihan tembok dan pasir menutupi lorong kiri jalan dan air melimpah akibat paip yang pecah berhampiran kawasan perumahan itu.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati kerja-kerja membersih dilakukan oleh pekerja binaan.

Namun, usaha menemu bual pekerja binaan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), gagal. — BERNAMA

Bicara kes bunuh Dirang bermula hari ini

Posted:

Bicara kes bunuh Dirang bermula hari ini

Bicara kes bunuh Dirang bermula hari ini

25/02/2013 7:05pm

JOHOR BAHRU — Perbicaraan kes seorang buruh yang didakwa membunuh Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang rangkanya ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada Mac tahun lepas, bermula di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pada prosiding hari ini, Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar dalam ucapan pembukaannya berkata, pendakwaan akan memanggil beberapa saksi termasuk ibu dan nenek Dirang serta Doktor Mohamad Aznool Haidy Ahsorori yang melakukan bedah siasat ke atas mangsa.

"Keterangan saksi pakar ini akan membuktikan bahawa melalui penemuan fungal dan telur lalat pada mayat si mati membuktikan si mati telah mati pada 2 Mac 2012 atau lebih awal dari tarikh itu.

"Seterusnya, di akhir perbicaraan nanti, kesemua keterangan yang akan dikemukakan itu bakal membentuk suatu keterangan yang melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh terlibat dan menyebabkan kematian Nurul Nadirah," katanya.

Di kandang tertuduh ialah Muidin Maidin, 26, yang didakwa membunuh mangsa di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam di sini antara pukul 11.30 pagi pada 1 Mac 2012 dan 12 malam, 2 Mac 2012.

Tertuduh dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Nurul Nadirah dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar pada 12 Mac tahun lepas.

Kematiannya disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap rangka manusia yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac tahun lepas.

Hari ini, mahkamah mendengar keterangan ibu mangsa Roselyn Alan, Milnah Jul serta tiga jurugambar Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam iaitu Lans Koperal Mohamad Fouzi Zakaria, Koperal Rosman Abdullah dan Koperal Northa Basiman.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Abdul Halim Aman bersambung esok. — BERNAMA

25,290 dapat rawatan pemulihan dadah di C&C

Posted:

25,290 dapat rawatan pemulihan dadah di C&C

25,290 dapat rawatan pemulihan dadah di C&C

25/02/2013 6:50pm

KOTA BHARU — Sebanyak 25,290 orang pesakit yang mengalami masalah ketagihan dadah terutama golongan remaja menerima rawatan di 11 Klinik Pulih dan Rawat (C&C) di seluruh negara sejak ia diwujudkan pada Julai 2010.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Zuraidah Mohamed berkata, 85 peratus daripada pesakit itu terdiri daripada remaja dan pelajar sekolah.

Katanya, mereka datang ke pusat itu secara sukarela bersama ibu bapa mereka kerana terlibat dalam penagihan dadah jenis pil kuda.

Beliau berkata, AADK menyasarkan lebih ramai penagih dadah untuk datang mendapatkan rawatan di pusat berkenaan dengan sebuah lagi pusat seumpama itu akan ditubuhkan di Sungai Ruan, Pahang, pada tahun depan.

"Kita akan terus meningkatkan usaha dengan mengadakan pendekatan baharu sama ada dalam menerima dan merawat penagih yang memerlukan perkhidmatan," katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lanskap Laman Terapi Irama Alam, AADK 2012 peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Antara Klinik C&C yang diwujudkan setakat ini ialah di Sungai Buloh, Selangor, Kota Baharu (Kelantan); Tampin (Negeri Sembilan); Bukit Mertajam (Pulau Pinang); Tampoi (Johor), Papar dan Kuching (Sarawak). — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved