Isnin, 25 Februari 2013

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Minimalis konsep fesyen jalanan

Posted:

Minimalis konsep fesyen jalanan

Minimalis konsep fesyen jalanan

Oleh HAFIZ AHMAD

CUTI hujung minggu rugi rasanya dibiarkan berlalu tanpa melakukan sebarang aktiviti. Lelah selama lima hari bekerja perlu direhatkan dengan beriadah atau sekadar berjumpa teman-teman di pusat beli-belah dan kafe-kafe yang menjadi kunjungan tetap anak muda.

Menyusuri butik-butik pakaian sekitar ibu kota, mata tertumpu dengan penampilan ditonjolkan oleh para remaja yang tidak mahu mengalah dengan penataan fesyen gaya tersendiri.

Ada yang penuh yakin membawa imej harajuku ala gadis comel negara Jepun. Di satu sudut kelihatan anak muda dengan penampilan grunge persis kumpulan rock penuh edgy. Kedengaran ketawa kecil anak gadis manis bertudung lilit, berjalan riang berkasut but. "Oh, itu yang terkini, hijabista," bisik seorang teman.

Fesyen kini tidak lagi terhad kepada kelompok tertentu sahaja kerana ia mula mendapat perhatian anak muda dengan fesyen jalanan yang mempunyai aura tersendiri.

"Tidak semestinya kita memakai pakaian mewah untuk tampil bergaya. Jika bijak memilih dan menata pakaian serta aksesori pasti penampilan anda menarik banyak mata ketika di luar," ujar jurutera muda, Mohd Ridwan Mustafa, 26.

Mengikut falsafah fesyen jalanan bagi Ridwan, tidak perlu menyarung pakaian berlebihan, cukup sekadar memakai baju-T dipadankan seluar jean yang kena dengan susuk tubuh.

"Saya lebih senang bergaya ala fesyen jalanan kerana ia lebih ringkas, malah tidak banyak memerlukan aksesori tambahan. Cukup sekadar topi atau jam tangan," jelas anak kelahiran Dungun, Terengganu itu lagi.

BAJU T berkonsep kenegerian melambangkan jati diri anak tempatan yang bangga dengan tempat kelahiran masing-masing.


Jika inginkan kelainan, kata Ridwan, pilih baju T yang mempunyai penegasan melalui rona atau motif pada rekaan.

"Sekarang banyak jenama tempatan yang mengetengahkan fesyen jalanan dengan menampilkan rekaan menarik setanding produk luar," ujar Ridwan.

Tidak dinafikan fesyen jalanan yang dihasilkan pereka anak watan mempunyai keistimewaan dan cita rasa yang tersendiri.

Jika sebelum ini, penggemar fesyen jalanan hanya mengenali nama-nama seperti Obey, Huf dan Rebel8, kini kita boleh berbangga kerana jenama lokal turut berdiri sama tinggi sebaris dengan produk import lain.

Kebangkitan tahun 2012

Sekadar menyebut beberapa nama seperti The Super Sunday, Abstrax dan Kuku Besi, jenama lokal sudah mula menawan hati golongan belia untuk mengikut rentak fesyen yang menjurus kepada identiti selera tempatan.

"Bermula tahun 2012, arena jenama lokal melalui fesyen jalanan mula kembali mendapat sambutan dengan kemunculan banyak label yang menampilkan produk berkualiti," ujar Pengarah Seni Abstrax, Fahmi Fabilah ketika ditemui Stailo bersama dua lagi tunjang utama jenama lokal iaitu Super Sunday, Tengku Aminuddin Syafiq Tengku Ibrahim dan Kuku Besi, Muhammad Fazli Ab. Latif.

Jelas Fahmi, remaja kini mula sedar tentang kewujudan jenama fesyen jalanan tempatan melalui pendedahan band-band muzik alternatif seperti Bunkface dan Hujan.


KONSEP Street Rebel oleh Abstrax memupuk penampilan agresif dari segi disiplin diri.


"Jenama Abstrax mula dikenali apabila kami berkolaborasi dengan Bunkface untuk menghasilkan barangan jualan mereka sekitar tahun 2009," tambahnya.

Perhatian yang meluas tidak dipersia-siakan, malah digunakan sebaiknya sehingga muncul beberapa koleksi bagi mengukuhkan lagi jenama Abstrax.

"Setakat ini kami mempunyai 10 koleksi sejak ditubuhkan pada tahun 2008. Terbaharu, Abstrax menampilkan koleksi yang memberi penghargaan kepada dua pemimpin negara di bawah koleksi Malaya Heroes," kata pemuda berasal dari Dengkil, Selangor.

Memegang konsep Street Rebel, Fahmi menjelaskan fesyen Abstrax menjurus kepada penampilan agresif dan berdisiplin tinggi seperti seorang askar.

"Pada tahun ini, kami mengeluarkan item-item yang lebih berkarakter dan lasak, berbeza dengan jenama lain.

"Bagi memudahkan pemakai menzahirkan imej Abstrax, padanan warna-warna gelap amat bersesuaian untuk konsep kali ini. Mereka boleh menyesuaikan jenama Abstrax dengan memakai seluar jean hitam dan kasut but Dr. Marten," jelas Fahmi.

Selain baju T, jenama itu turut mengeluarkan produk-produk seperti jaket varsiti, topi dan seluar denim.

Resipi nusantara

Jika Abstrax menggunakan ilham rekaan berprofil tinggi, jenama Kuku Besi menunjukkan rasa kecintaan kepada negara melalui ciptaan seni berunsurkan negeri-negeri di Malaysia. Setiap baju T dihiasi jata-jata negeri dengan diterapkan fahaman fesyen Kuku Besi.

"Koleksi itu mendapat sambutan menggalakkan kerana seni reka kami berlainan dengan konsep jenama lain. Walaupun dijual pada harga yang tinggi, pembeli masih dapat menerima item-item keluaran Kuku Besi," kata Fazli.

Kuku Besi bermula pada tahun 2000 sebagai pengeluar baju T untuk komuniti laman web seperti Melayu.com dan band Butterfingers secara kecil-kecilan. Penglibatan dalam dunia fotografi menghasilkan produk atas nama Fotoradikal.



"Selepas mendapat pengikut yang semakin ramai, saya secara serius menubuhkan jenama Kuku Besi pada tahun 2006," imbas Fazli.

Tambah pereka kelahiran Cameron Highlands, Pahang itu, Kuku Besi banyak mengambil konsep dari negara luar sebagai rujukan. Melalui pengamatan yang dilakukan, Fazli mengubahnya mengikut adunan resipi nusantara.

"Selain itu, jenama saya mengetengahkan rekaan berdasarkan beberapa isu dan budaya di sekeliling kita dengan harapan ia mendapat perhatian pelancong luar untuk dijadikan barangan cenderahati," jelas Fazli yang aktif dalam dunia fotografi dan suntingan gambar.

Sehingga kini, jenama Kuku besi mempunyai 50 rekaan yang merangkumi baju T, kemeja, kasut but kulit dan item terbaharu ialah dompet kulit.

"Secara purata 80 peratus penjualan kami adalah menerusi dalam talian. Selain itu, Kuku Besi juga boleh didapati di beberapa butik-butik terpilih seluruh negara," jelasnya.

Rekaan berstruktur menyerlah gaya

Posted:

Rekaan berstruktur menyerlah gaya

Rekaan berstruktur menyerlah gaya


NILAI maskulin pasti terserlah apabila menyarungkan jaket ini.


PAKAIAN santai dan gaya relaks merupakan kunci penampilan yang perlu dipegang setiap kali menjelang musim panas. Lupakan sejenak etika formal atau konsep fesyen mewah mahupun elegan.

Sesekali cuba ciptakan perwatakan nakal melalui gaya kasual ringkas. Koleksi musim bunga/panas 2013 keluaran Timberland mampu memenuhi kehendak lelaki dan wanita yang mahukan perbezaan dalam penampilan.

Meskipun masih mengekalkan identiti Timberland yang bersesuaian dengan gaya lasak, namun kali ini ia bermain dengan rekaan lebih berstruktur agar dapat menarik pandangan si fashionista.

Jaket earthkeepers technical wharf yang dihasilkan daripada material chambray iaitu fabrik kapas biasa menggunakan benang lungsin berwarna dan benang pakan putih dilihat menepati karakter jejaka yang sentiasa bergerak aktif.


PAKAIAN yang tahan lasak sesuai digayakan ketika melakukan aktiviti luar seperti memancing.


Ia sesuai disarungkan di rumah, tepi pantai atau ketika melakukan aktiviti air. Jaket tersebut turut dilengkapi pelapik kalis air beserta jaring trikot bertujuan mengekalkan kehangatan tubuh, kering dan selesa.

Dengan perincian menarik, jaket earthkeepers wharf bagi wanita pula cukup stailo untuk digayakan saat bersiar-siar di atas kapal layar atau bersantai di tepi pantai.

Selain menyumbang kepada pemuliharaan alam semula jadi, jaket yang menggunakan 100 peratus kapas organik itu juga memberi keselesaan serupa seperti kapas tradisional.

Siluet feminin pada jaket tersebut menyuntik gaya ranggi kepada wanita agar penampilan kekal lembut walaupun dibayangi sedikit elemen maskulin.


SIFAT feminin masih dapat dikekalkan walaupun pakaian ini berkonsep lasak.


Mereka yang memilih untuk berkelah di sungai atau pantai, anda disarankan mencuba pakaian berstail kasual seperti baju T polo berkolar dengan cetakan jalur oxford. Timberland turut memodenkan siluet baju T klasik polo agar selari dengan perkembangan semasa.

Buat si gadis yang sedang meningkat dewasa, apa kata anda tampil bersahaja dengan celana pendek chino yang diperbuat daripada 98 peratus kapas organik.

Rona-rona ceria termasuk biru laut dan pastel seperti warna pasir semestinya membangkitkan semangat saat bergembira.

Kecantikan daripada sumber alam

Posted:

Kecantikan daripada sumber alam

Kecantikan daripada sumber alam


PRODUK Linden Leaves menyatukan bahan semula jadi dengan kandungan bahan berkualiti tinggi.


KEPELBAGAIAN produk kecantikan dalam pasaran menimbulkan kesukaran kepada kita memilih yang terbaik untuk diri dan keluarga.

Jika tersilap pilih, kulit mungkin akan timbul kesan kemerah-merahan atau kegatalan kerana produk yang digunakan itu tidak sesuai.

Ia sering berlaku kepada pengguna yang mempunyai kulit sensitif akibat alahan pada sesetengah bahan dalam produk kecantikan. Alahan boleh terjadi disebabkan tindak balas kimia antara produk dan kulit. Oleh yang demikian, produk yang berasal daripada bahan semula jadi adalah pilihan yang tepat untuk kulit sensitif.

Banyak produk kini diperbuat daripada bahan semula jadi dengan gabungan sains dan teknologi kecantikan. Salah satu daripada produk tersebut ialah Liden Leaves yang berasal dari Christchurch, New Zealand.

Produk edaran theSkintopic mengeluarkan produk mandian, aromaterapi dan pembersih wajah yang sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif.

Mengimbas kembali sejarah di sebalik terciptanya Linden Leaves, formulasi dan kandungan yang terdapat dalam produk tersebut dihasilkan oleh pengasasnya, Brigit Blair, untuk anaknya yang menghidap penyakit ekzema dan alahan kulit.

Disebabkan tidak mendapat produk yang bersesuaian dengan kulit anak dan ahli keluarga lain, Brigit mula mencari penyelesaian dengan mencipta produk kesihatan dan kecantikan daripada bahan-bahan semula jadi berkualiti tinggi.

"Produk syarikat kami diperbuat menggunakan bahan-bahan semula jadi yang diperoleh daripada sumber tempatan. Kami memilih kandungan gred terbaik kerana percaya produk yang bermutu diperbuat daripada bahan berkualiti," ujar Brigit.

Seleksi produk pembersih wajah Linden Leaves mengandungi organik teh putih dan minyak rosehip yang memberikan nutrisi asli untuk memulih serta mengembalikan seri kulit muka.

Rangkaian aromaterapi mengandungi produk-produk seperti minyak badan, krim tangan, losen pelembab, gel mandian dan sabun sayuran. Ia direka dengan warna menarik dan empat haruman berbeza mengikut mood untuk meningkatkan keserian dan kesegaran pada tubuh.

Set mandian pula terdiri daripada losen badan, krim mandian dan semburan wangian. Ia terdapat dalam beberapa pilihan iaitu fid licorice, ginger peach, markisa, teh hijau, daun limau nipis dan ginseng.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved