Ahad, 10 Februari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama

Posted:

Trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama

Trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama

10/02/2013 8:59pm

KUALA LUMPUR — Pergerakan trafik di beberapa kawasan di lebuh raya di negara ini dilaporkan bergerak perlahan disebabkan kemalangan.

Jurucakap PLUS Expressways Bhd. ketika dihubungi melaporkan bahawa, trafik bergerak perlahan dari Bangi menuju ke Kajang ekoran berlaku kemalangan di KM 300 membabitkan empat buah kenderaan dan menyebabkan satu lorong terpaksa ditutup.

Aliran trafik dari arah selatan turut dilaporkan perlahan dari Nilai menuju ke Seremban di KM 275.4 ekoran kemalangan kecil.

Di bahagian utara, trafik dilaporkan mengalami pertambahan kenderaan dan menyebabkan trafik bergerak perlahan dari Sungkai menuju ke Bidor.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan, berlaku pertambahan kenderaan di plaza tol Gombak menuju ke Karak ekoran warga kota yang ramai meninggalkan ibu negara.

Jurucakap itu juga melaporkan, trafik di beberapa lebuh raya lain turut bergerak perlahan terutama di selatan dari Yong Peng menuju ke Ayer Hitam ekoran terdapat kenderaan rosak.

Beliau berkata, secara keseluruhan trafik pada waktu petang masih terkawal. — BERNAMA

Perkhidmatan KTMB antara bandar di Utara pulih

Posted:

Perkhidmatan KTMB antara bandar di Utara pulih

Perkhidmatan KTMB antara bandar di Utara pulih

10/02/2013 5:28pm

BUKIT MERTAJAM — Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara bandar sektor Utara yang terjejas selepas keretapi Ekspres Sinaran Utara tergelincir dan terbakar di Kampung Baru, dekat sini petang semalam, pulih sepenuhnya hari ini.

Jurucakap KTMB berkata, perkhidmatan kereta api antara bandar beroperasi seperti biasa sejak 9.11 pagi ini selepas kerja baik pulih landasan selesai.

"Gerabak Ekspres Sinaran Utara yang tergelincir juga telah dialihkan ke tempat lain hari ini manakala gerabak selebihnya dibawa ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelangan KTMB di talian 1-300-88-5862.

Semalam lebih 150 penumpang keretapi Ekspres Sinaran Utara terkandas selepas tergelincir di Kampung Baru, di sini ketika dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur.— BERNAMA

Persembahan setiap hujung minggu di Muzium DiRaja

Posted:

Persembahan setiap hujung minggu di Muzium DiRaja

Persembahan setiap hujung minggu di Muzium DiRaja

10/02/2013 4:52pm

KUALA LUMPUR — Pengunjung Muzium DiRaja di sini yang dibuka sejak 1 Febuari lepas, bukan sahaja dapat melawat bilik-bilik di Istana Negara lama, malah berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan pada setiap hujung minggu bermula hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pengunjung yang datang ke Muzium DiRaja pada setiap hujung minggu akan berpeluang menyaksikan persembahan pancaragam dan kebudayaan.

"Untuk menyemarakkan lagi Muzium DiRaja ini, kami akan mengadakan pelbagai program contohnya persembahan silat dan pencaragam pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Program itu dipersembahkan oleh pasukan pancaragam polis, tentera dan sekolah menengah," katanya kepada pemberita selepas persembahan Pasukan Pancaragam Pusat Polis DiRaja Malaysia di muzium itu hari ini.—BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved