Ahad, 10 Februari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Shila Amzah nafi lari daripada keluarga kerana Sharnaaz

Posted:

Shila Amzah nafi lari daripada keluarga kerana Sharnaaz

Shila Amzah nafi lari daripada keluarga kerana Sharnaaz

ND Lala (kiri) membuat laporan polis selepas Shila hilang tanpa berita selama seminggu.


KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Shila Amzah yang dilaporkan hilang selama seminggu menafikan dia cuba melarikan diri ekoran kemelut cinta yang mengaitkannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, sebaliknya menjelaskan, dia hanya ingin mencari ketenangan.

Penyanyi itu dalam akaun Twitternya petang semalam berkata: "Kamu tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri, saya hanya ingin tenangkan diri daripada semua orang. Kenapa tidak boleh? Beritahu saya."

Shila bagaimanapun gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut.

Bapanya yang juga pelakon, ND Lala, 53, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya itu.

Bagaimanapun, Shila yang popular dengan lagu Patah Seribu serta menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya di Kemaman, Terengganu malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi itu menghubungi bapanya selepas berita kehilangannya disiarkan akhbar semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PTPTN lupus hutang RM407.9 juta

Posted:

PTPTN lupus hutang RM407.9 juta

PTPTN lupus hutang RM407.9 juta

Oleh IKHWAN HAZWAN HAMIDUN
ikhwan.hamidun@kosmo.com.my


GRADUAN cemerlang boleh mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman di kaunter PTPTN di seluruh negara. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Seramai 14,492 graduan cemerlang dikecualikan daripada membayar balik hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan nilai keseluruhan RM407.9 juta sejak tahun 2003.

Jumlah itu termasuk kumpulan terbaru 1,300 graduan cemerlang yang dikecualikan daripada membayar pinjaman berjumlah RM32.9 juta sehingga bulan lepas.

Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata, pelupusan pinjaman tersebut membabitkan graduan yang telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf.

"Pihak kami juga sedang memproses permohonan kira-kira 800 lagi graduan untuk mendapatkan pengecualian tersebut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar pada bulan lalu mengenai 4,300 graduan yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama tetapi belum membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN berjumlah RM116 juta.

Menurutnya, PTPTN mengalu-alukan graduan cemerlang memohon pengecualian bayaran balik hutang pinjaman pendidikan sebagai penghargaan atas kegigihan mereka selain galakan kepada pelajar lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kerajaan belum putuskan kadar amah RM6,700

Posted:

Kerajaan belum putuskan kadar amah RM6,700

Kerajaan belum putuskan kadar amah RM6,700

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Kos pengambilan amah dari Indonesia masih kekal RM4,811 memandangkan kerajaan belum lagi menguatkuasakan cadangan kadar baru sebanyak RM6,700 seperti yang dikemukakan oleh Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) pada bulan lepas.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri. Dr. S. Subramaniam berkata, penetapan kadar baru hanya akan dibuat selepas perbincangan diadakan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia mengenai isu tersebut tidak lama lagi.

"Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Majikan Amah Malaysia (Mama) dan Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) telah sampaikan kehendak mereka kepada kementerian.

"Apa jua keputusan berhubung perkara ini akan kita ketahui selepas perbincangan dengan pemerintah Indonesia," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved