Rabu, 13 Februari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Saya tak bunuh karier pemain'

Posted:

'Saya tak bunuh karier pemain'

'Saya tak bunuh karier pemain'

JURULATIH Harimau Muda, Ong Kim Swee mendedahkan bahawa beliau tidak pernah 'membunuh' karier mana-mana pemain muda negara.

Sebaliknya, beliau sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pemain muda yang mempamerkan prestasi cemerlang untuk diserapkan dalam skuad kendaliannya itu.

Jurulatih kelahiran Melaka itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peluang pemain muda berbakat negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang kini kembali ke tanah air selepas menamatkan kontrak dengan kelab Portugal, S.C Beira-Mar.

"Saya tidak 'membunuh' karier mana-mana pemain. Nazmi tetap berpeluang untuk beraksi bersama Harimau Muda A, tetapi dia perlu membuktikan keupayaannya terlebih dahulu," tegas Kim Swee.

Selangor mendapat semangat baru

Posted:

Selangor mendapat semangat baru

Selangor mendapat semangat baru

KEJAYAAN muncul pasukan pertama menempah slot suku akhir Piala FA 2013 sebaik menjinakkan Sabah 3-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin, jelas menyuntik moral barisan pemain Selangor ketika melayan kunjungan musuh tradisi, Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam esok.

Pengendali Gergasi Merah, Irfan Bakti Abu Salim berkata, kemenangan itu pastinya membakar semangat juang anak-anak buahnya bagi memastikan The Red Warriors pulang hampa.

"Sudah tentu kemenangan ke atas Sabah menyuntik moral kami untuk berdepan Kelantan nanti.

"Sejujurnya, kami hanya mahu menang ke atas Kelantan di Shah Alam selepas ini," kata Irfan.

Dalam perlawanan kelmarin, penyerang import Merah Kuning, Francis Forkey Doe muncul wira apabila meledak dua gol pada minit ke-45 dan 87 sementara satu lagi gol dicetak oleh Raimi Mohd. Nor (52).

Dengan kemenangan itu, Selangor yang juga juara lima kali Piala FA bakal berdepan pemenang antara pasukan elit, Johor Darul Takzim dan Kedah yang hanya akan bertarung pada 26 Februari depan.

Begitupun kata Irfan, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki skuad kendaliannya jika tidak mahu dimalukan Sang Kijang malam esok.

"Masih ada beberapa pemain yang memandang mudah perlawanan (menentang Sabah).

"Cuaca yang panas juga sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan kami, namun saya gembira dapat menyambar slot suku akhir biarpun tidak menjangkakan kemenangan besar," katanya.

Untuk rekod, pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan liga juga dilihat seimbang musim lalu apabila Selangor menang 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum Kelantan kembali bangkit menebus kekecewaan menang 1-0 hasil jaringan tunggal Mohammad Ghaddar di Kota Bharu.

Seluruh England tak penting

Posted:

Seluruh England tak penting

Seluruh England tak penting

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

JURULATIH perseorangan, Tey Seu Bock menganggap gelaran juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Seluruh England tidak penting buat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar).

Sebaliknya, Seu Bock menegaskan bahawa sasaran serta fokus utama Chong Wei tahun ini adalah untuk merangkul kejuaraan pada Kejohanan Dunia di Guangzhou, China Ogos depan.

Seu Bock berkata, gelaran juara di bumi China itu sangat penting buat pemain No. 1 dunia ini kerana ia masih belum berada dalam genggamannya lagi.

"Bukan hendak kata Seluruh England tidak penting, tetapi ia sama seperti kejohanan biasa yang perlu disertainya, ditambah pula 10 pemain terbaik dunia wajib beraksi dalam setiap kejohanan bertaraf Siri Super Premier.

"Jika tewas sekalipun, ia bukan masalah besar buat Chong Wei kerana sasaran utama adalah Kejohanan Dunia.

"Namun, Chong Wei pasti tidak akan memandang mudah setiap kejohanan yang disertainya dan akan mempamerkan aksi terbaik untuk sekali lagi memenangi gelaran Seluruh England kali ini," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Chong Wei sudah dua kali bergelar juara Seluruh England iaitu pada edisi 2010 dan 2011.

Ditanya sama ada ketiadaan seteru utama Chong Wei, Lin Dan dari China pada Seluruh England kali ini akan membuka ruang lebih besar buat jaguh negara itu untuk merekodkan kejuaraan, Seu Bock berkata: "Kita perlu perbetulkan tanggapan seperti itu.

"Tidak semestinya ketiadaan Lin Dan akan memberi laluan mudah buat Chong Wei untuk bergelar juara dan begitu juga sebaliknya. Chong Wei pernah bergelar juara biarpun ada Lin Dan termasuk ketika final Seluruh England 2011.

"Kita perlu sedar, biarpun Lin Dan dilihat sebagai pencabar utama tetapi barisan pemain muda China yang lain seperti Chen Long, Chen Jin dan Du Pengyu tidak boleh dipandang mudah termasuk pemain daripada negara-negara lain," katanya.

Mengulas mengenai persiapan Chong Wei untuk beraksi pada Kejohanan Dunia, Seu Bock menjelaskan bahawa tidak ada program khusus buat pemain berusia 31 tahun itu.

"Usia Chong Wei sudah meningkat. Jadi, saya lebih mengutamakan kualiti latihannya.

"Saya harap, pemain-pemain muda seperti Liew Daren, Chong Wei Feng dan yang lain-lain dapat membantu Chong Wei sebagai rakan sepelatih (sparring partner). Dalam masa yang sama, mereka juga akan dapat manfaat untuk meningkatkan lagi tahap prestasi masing-masing," jelas Seu Bock.

Seluruh England akan membuka tirai pada 5 hingga 10 Mac depan di Birmingham manakala Kejohanan Dunia pada 5 hingga 11 Ogos di Guangzhou, China.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved